Sunday, 17 April 2011

cucuk haikal dan yousuff

hari ni haikal dan yousuff kena cucuk....
si adik nangis bila kena cucuk..tapi sekejap ja...rasanya yousuff nangis sebab pegang tangan dia kuat kot..

lepas adik giliran haikal pulak...

mama; Ok haikal ...haikal pulak kena cucuk ni...

haikal buat muka relax tapi nampak dia takut jugak sebab masa adik kena cucuk dia tengok

mama; Haikal cucuk ni untuk bagi haikal kuat, bagi haikal strong tau...
haikal; ha mama, haikal nak strong macam badman....haikal tak takut cucuk....

sambil duduk atas kerusi....pastu nurse suruh papa yang ribakan haikal...haikal tak nampak riak takut tapi nampak dia macam berhati hati..mesti gementar jugak tu dlm hati ...hihi

papa; haikal jangan tengok tau, tengok belakang...
haikal;ok

bila nurse cucuk...haikal diam ja..langsung tak nangis...dah selesai semua...haikal senyum ja, mama pun senyum jugak sebab haikal tak nangis

haikal; Tengok adik, abang tak nangis pun...abang tengok belakang barula tak takut...adik tak tengok belakang sebab tu adik takut nangis la...

haikal membebel kat adik yousuff....hihi .....abang haikal ni la....mentang mentang la dia tak nangis mengebat kat adik pulak .....adikkan kecik lagikan...

selesai sudah cucuk cucuk hari ni....nak balik hujan pulak dah. tak bawak payung dan baju hujan, nak redah kesian pulak kat yousuff dan haikal....papa pun terpaksala berkorban, kayuh basikal balik rumah ..ambik kereta...arigato papa!


macam biasa kalau gi Yoshida klinik ni...haikal memang suka main rocking horse sambil tengok kartun, hari ni haikal tak kacau mana mana budak...hihi selalunya haikal suka kacau kacau jugak kawankawan dia...makin besar dah kot haikal...bagus bagus

nila kaunter....kertas yang tertampal bawah IMFORMATION tu ada umumkan jumlah kutipan derma....23 309 yen kot jumlahnya......selalunya bila masukja klinik ni, staff staff kat kaunter tu akan jerit ...OHAYO! atau KONICHIWA!...bila nak balik depa akan jerit ODAIJINI! (selamat sihat)

papa bagi nasihat....

nurse nurse ...

nurse ajar papa cara pegang....masa daik yousuff mama yang pegang....tak ambik gambar pulak ..

haikal tengok belakang...ikut nasihat papa.....bagus haikal tak nangis...

masa tunggu papa ambik keta, haikal tengok tengok gambar dalam kamera...
haikal; Mama!...gambar mama ngan adik tak dak pun...mai haikal ambik gambar mama pulak...
hihi.....jadilah gambar ni, haikal tolong snap....kochi muite! (tengok sini!)...haikal jerit...

Wednesday, 13 April 2011

kura kura

teringat cerita upin ipin...."Seronoknya membaca"
dalam cerita tu suka ayat ni...."kura kura tetap terus berlari walaupun ketinggalan jauh"

*******************************************************************************

Yousuff selsema sikit hari ni....sejak dah masuk 6 bulan ni, tiap tiap hari saya suap nasi kat yousuff.....nasi campur ubi kentang dan tabur ikan bilis goreng yang dah dikisar.....yousuff suka makan.....nanti mama buat nasi campur carot pulak ok :)...
Yousuff suka tengok jari dia sendiri sekarang ni....angakt tangan dan yousuff akan gerak gerakkan jari dia....comel sangat tengok telatah tu....
Yousuff suka bangun awal sekarang ni....mama bangun subuh dia pun bangun jugak....
ooo lupa nak tulis sejak dua minggu dah kot, Yousuff dah ada buaian.....papa yang reka....papa terbalikkan katil yousuff...pastu sangkut spring dan kain buai...nanti la snap gambar bubuh kat blog...sejak ada buai ni yousuff memang senang tido siang.....alhamdullilah...

haikalpun selsema jugak hari ni tapi masih ke sekolah macam biasa...haikal suka sangat tengok cerita upin ipin...selalunya tengok upin ipin time makan pagi ....sambil makan sambil tgk komputer...

haikal baru baca iqrak sampai sim baris atas bunyinya SA.....
bila nak mengajar anak mengeja alif ba ta ni...baru saya sedar yang saya ni tak ingat atau masih tak pandai sebenarnya....haikal tanya saya kenapa zal kecik dan zal yang panjang bila baris atas tu bunyinya sama ZA....dan juga sim dan sa baris atas bunyinya sama...SA....saya tak tahu nak sebut yang betul macammana....ceteknya ilmu saya....
semalam saya tanya suami, nasib baik suami saya tahu ....bolehla saya ajar haikal....
saya berfikir, Allah kurniakan saya anak ...dan Allah berikan minat dan usaha untuk saya ajar ...rupanya Allah nak saya juga belajar....syukur sangat....

dari segi hafalan pula....
haikal dah ingat surah Al Maa''uun...malam tadi baru naik surah ke surah Al-Kauthar....3 ayat ja surah ni....harap haikal suka la surah ni....maksud surah ni pun jelas dan senang di faham....

kalau dalam surah Al Maa''uun haikal suka pada maksud "zalim", "yatim " dan "miskin"....haikal kaitkan dengan upin ipin yang yatim piatu....hihi macam macam
dalam surah Al-kauthar ni pulak....haikal suka dengan maksud "akhirat" dan "sembelihla korban"...walaupun baca surah surah ni sambil main main dan santai....tapi bila buat hari hari, insyaAllah melekat juga dalam minda anak anak kecikni.....

ok jom kangsi bersama maksud surah Al -Kauthar...

1. Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikkan (di dunia dan akhirat)

2. Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)

3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat segala yang diingininya)

Semoga Haikal ingat surah ni...dan saya dapat ambil pengajaran dari surah Al Kauthar ni....


Thursday, 7 April 2011

ada jishin lagi ka..

pagi tadi sambil duk masak buka facebook..ada jishin lagi rupanya semalam....inalilah...semoga Allah selamatkanlah kami semua di bumi jepun ni....harapnya kawasan matsuyama tidak berlaku gempa.....hati saya teringat pada rakan rakan yg berada di kawasan agak bahaya....moga Allah beri perlindungan...

saya terbaca sebuah blog yang bagus...banyak aktiviti aktiviti menarik untuk anak anak dalam blog tu.... http://cinta-rasul.blogspot.com/

semangat betul si ibu yang buat macam macam aktiviti untuk anak anak nya....kagum saya....
banyak mainan yang direka sendiri.....kreatif....
banyak juga bahan bahan untuk mengajar membaca ada dalam blog tu...

saya teringat pada haikal...saya masih belum mengajar membaca secara tersusun pada haikal....saya cuma membaca mengeja main main ja....sambil makan nampak tulisan sama sama baca dan mengeja.....just suka suka....rasanya kalau saya nak serius ajar membaca mungkin boleh jadikan blog tu sebagai panduan, bahan bahan pun ada dalam blog tu blh print ja.....

tapi saya confuse lagi patutkah saya mengajar membaca secara serius pada haikal pada usia baru 3 tahun....tak awal sangatka,,,ermmm yelah kalau zaman saya dulu 7 tahun baru belajar mengeja
...tapi zaman dah berubahkan...

ermmmm....mungkin boleh ajar tapi jangan paksa untuk dia boleh membaca....slow slow sambil main main...supaya dia enjoy!......ok lah haikal jom kita buka buku.....adik yousuff pun rajin tengok buku ni...habis basah buku kena makan ngan adik yousuff....

Wednesday, 6 April 2011

surah al masad dan surah quraisy

hihi saya ada daftar youtube...saya rasa vidio kalau simpan dlm youtube lebih jelas....


vidio haikal....aiskrim yg haikal pegang tu buat sendiri...senang ja masukkan jus budo (anggur) dalam bekas ais krim dan bekukan...siap!....


Tuesday, 5 April 2011

teringat

teringat pada cikgu Tajun Niswa, ustaz Rahim, cikgu Shah, cikgu Roswan dan cikgu Disdi munah....moga Allah merahmati cikgu semua

surah Al-Maa''uun

ermm pagi ni saya berfikir untuk mulakan baca surah Al-Maa''uun untuk haikal dan yousuff....
saya tengok tafsir surah ni maksud dia jelas dan senang nak cerita...kalau surah Quraisy susah sikit nak story kat haikal....surah Al-Maa''uun ni pun saya rasa dekat untuk diri saya sendiri ambil pengajaran...

saya kongsikan di sini maksudnya

1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama(meliputi hari pembalasan)

2. Orang itu ialah yg menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.

3. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

4. Maka kecelakaan besar bagi orang orang Ahli sembahyang

5. Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang

6. Juga bagi orang orang yang berkeadaan riak dalam ibadat dan bawaannya

7. Dan orang yg tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang yang berhak mendapatkannya


harap haikal suka surah ni....dan mudah hafal....

Monday, 4 April 2011

majlis masuk kelas baru sekolah haikal...

pagi tadi kami berempat berbasikal ke sekolah haikal...papa bawa yousuf di belakang, mama bawa haikal....haikal dah naik kelas kuma gumi (group beruang).....ramai ibu bapa yang hadir....ada acara suai kenal untuk setiap kelas secara beramai ramai dalam dewan kecil....sensei(guru) akan panggil nama sorang sorang dan murid bangun angkat tangan dan jerit haik!...kali ni lain sikit dari majlis lain sebab guru yang buat persembahan di depan...lagu hajimemashite (macam salam perkenalan)...

dah habis majlis suai kenal, semua anak anak masuk kelas masing masing...tapi ibu bapa kena dengar sedikit talk dari pengetua...agak mengantuk, suami pula asyik jeling jam sebab ada kerja lagi di lab...yousuff baik ja menghisap jari....senang sungguh yousuff ni boleh bawak masuk majlis ....

lepas tu ibu bapa kena ke kelas anak anak masing ada talk dari cikgu kelas pulak....suami saya tak dapat nak join ada kerja lab....saya dan yousuff ke kelas haikal....seronok sangat muka haikal bila nampak saya masuk kelas dia....duk cerita macam macam , pasal tempat tido dia la, mainan, buku.....lepas habis talk saya pun nak balik....ha time ni la haikal riau punyala kuat, nak ikut balik...ish serba salah saya....kalau papa tinggalkan basikal yang ada sit belakang haikal tu ok jugak nak bawak haikal balik, tapi papa tinggalkan basikal yg tak ada sit belakang....so memang tak boleh bawak haikal balik, biar je haikal nangis, berat hati jugak nak melangkah tadi.....

sampai kat tempat basikal, ada satu lagi masalah...eh macammana nak galas yousuff kat belakang ni....selama ni suami saya yang bawa yousuff kalau naik basikal.....saya agak risau bercampur tak yakin....dah galas agak agak kemas saya cuba yakinkan diri yousuff selamat, tapi ketika kayuh basikal tangan sebelah kiri saya pegang yousuff di belakang, masih terdetik rasa tak harap takut jatuh.....bila dah separuh perjalanan baru saya yakin untuk tidak pegang yousuff..galas macam galas beg naik basikal...yousuff diam ja dari tadi mungkin tido.....
alhamdullilah selamat sampai rumah...lega

perkembangan haikal....
haikal dah sihat demam, papa baru potong rambut depan haikal....hihi macam helmet...
ermmm minggu lepas haikal cuti seminggu, seminggu tu haikal banyak main kereta, susun puzzle, dan tido.....
mengaji ikrak trgendala sikit minggu lepas, semalam baru start balik....baru sampai zal.....
haikal dah berjaya hafal surah al masad dua minggu lepas lagi....dalam masa minggu demam minggu lepas,saya naikkan ke surah Quraisy,.... saya ada bacakan surah tu, tapi haikal tak mahu baca, mungkin sebab tak sihat dan lebih suka main kereta....tapi saya tetap bacakan satu satu untuk dia dengar lepas maghrib atau sebelum tido...

malam tadi saya nampak haikal dah cergas, jadi saya suruh dia baca surah Quraisy, saya terkejut sebab haikal dah hafal surah tu sampai habis....cuma ada yang sebut tak kena lagi....ohh macamtu rupanya, walaupun dia tak baca tapi dia ingat bila kita baca kat dia.....betulla orang tua tua kata otak budak budak ni macam span, serap ja semua...alhamdullilah.

yousuff pula....amat suka hisap jari....kalau dulu yousuff masukkan semua jari tapi sekarang yousuff lebih gemar ibu jari kanan...kadang kadang ibu jari kiri...dan kadang kadang jari kaki pun dia hisap jugak,,,hahaha....lawakla yousuff ni....
seingat saya haikal dulu ada juga hisap jari tapi sekejap saja dan tidaklah membawa tidur....tapi yousuff ni memang sampai tertidur....saya rasa amalan hisap jari ni menenangkan bayi dan juga memudahkan ibu.....alhamdullilah shukur pada Allah sejak 2 minggu ni sejak yousuff suka hisap jari mudah banyak nak menjaga yousuff, kebetulan mama kurang sihat pulak tu, terima kasih yousuff bucuk....

gambar majlis pagi tadi ada di kamera papa...nanti mama bubuh dalam blog ni lain kali ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...