Thursday, 28 August 2014

Buku Prophetic Parenting


                                   


Buku Prophetic parenting kini dalam Bahasa Malaysia!!!!

Buku ini merupakan buku best seller di Timur Tengah, best Seller juga di Indonesia..

Sebelum ini Buku Prpphetic parenting dalam bahasa indonesia moden mudah faham, atas permintaan tinggi terhadap buku ini, usaha telah dilakukan untuk terbitkannya dalam bahasa Malaysia 

dan yang bestnya harganya lebih murah hanya RM 40, dan sempena hari kemerdekaan kami beri 10% less untuk semua buku yang kami jual....alhamdullilah..


Buku Prophetic parenting adalah buku parenting no 1 yang saya suka dari segi pengisian ilmunya...memang dari bab pertama sampai akhir rasa penuh maklumat ilmu....insyaAllah saya akan tulis lagi isi bukunya untuk dikongsi bersama....

Di bawah ni adalah antara ilmu dari buku Prophetic parenting....




Kepada rakan rakan yang berminat untuk dapatkan buku ini 
boleh sms Norlin 013-9270211

bersama kita mencari ilmu 
agar sentiasa termotivasi menjadi ibu bapa 
yang puas mendidik anaknya

masa berlalu sangat cepat
jangan lepaskan detik detik masa kecil mereka
kerana ia sangat berharga :)











Wednesday, 27 August 2014

Membaca untuk tambah ilmu Shaklee...

Anak anak dah tidur ,
bangun slow slow, buka laptop teruskan membaca info pasal Phytocol , product terbaru Shaklee yang berfungsi khusus untuk menurunkan paras kolesterol..

Hari tu masa product ni dilancarkan masih dalam pantang rasanya, so saya buat tak endah dulu...fokus pada nak bersalin, berpantang dan penjagaan diri, so hampir saya tinggalkan terus internet....tak apalah rezeki tu insyaAllah ada , kadang kadang kena lepaskan sesuatu untuk menjaga sesuatu...ok no problem  :)

tak puas rasanya membaca di skrin internet , ilmu banyak sekali tapi mata yang dah berkaca mata ni rasa pening nak baca di skrin....alhamdullilah baru order buku nutrisi Shaklee, kawan kawan group wasup under mentor saya Ainul yang kumpul order....tak sabar rasanya nak dapatkan buku nutrisi tu, moga membantu saya mendalami ilmu supplement ni....

Berniaga perlukan ilmu, tambahan pula berniaga jenis supplemen ni....alhamdullilah, bertambah ilmu...

ok masa untuk teruskan membaca, bye bye blog !!

Gambar raya






Hari ni mood nak tengok gambar raya..

adik saya Nabilah baru kirimkan ke FB ....orang lain dah kongsi gambar raya saya baru nak tgk gambar raya...tertinggal keretapi sungguh

raya kali ni saya masih dalam pantang...21 hari masa raya pertama...

ikutkan peraturan memang duduk atas katil ja, tapi perasaan membuak buak nak pakai baju raya dan bergambar raya, nak bersalaman dengan tetamu sedara mara yang datang...saya pakai juga baju raya cuma tak lah gi bejalan rumah org merata hihi....cuma ke rumah nenek saja, untuk beraya dengan mak bide (nenek saya), mak bide tak leh jalan dah uzur sekarang....moga mak bide sihat dan bahagia selalu sentiasa di bawah rahmat Allah, amin.

Masa ni selepas balik solat hari raya, saya di rumah dengan Anas.  Tahun ni Nazli aimi sekeluarga tak ada, mereka beraya di perlis, nabilah pulak time ni tgk duk make up  :) hihi kan dah tertinggal dalam gambar kesian adikku  yg comey.


Pergi beraya rumah mak bide (nenek)
Tudia adik saya , anak anak panggil SU....yang baju biru tu sepupu yang paling rapat dah macam adik dah pun...namanya Husaini , nama manja POKSA

                             

kunjungan anak anak arwah ayah mea......besar besar belaka dah anak anak ayah mea
semua anak anak ayah mea ada...arwah ayah mea mesti seronok anak anak dia dah besar  dan bagus bagus semua alhamdullilah :)...al fatihah untuk ayah mea
kunjungan keluarga mak lonng dari pasir pekan...teringat arwah ayah long , alfatihah.
depa duk melayan tv
Anas pun dapat duit raya, paling banayk kot 

Haikal beraya dengan coklat, banyak betul coklat rumah mak bide, mesti budak budak suka sangat.




Banyak lagi tetamu tetamu yang datang tapi tak snap...seronoknya raya walaupun serba sederhana tahun ni, sebab nak tumpu kenduri adik ...jadi raya tahun ni syarat raya je..yang penting berkunjung bermaafaan...bila lah nak dapat berkumpul lengkap satu keluarga...tahun ni nazli aimi sekeluarga beraya di perlis...tahun depan turn saya beraya di lubuk meriam pulak...nampak gayanya kena tukar jadual raya...bagi dapat kumpul semua...atau plan kumpul bila bila pun ok...asalkan ada semua...teringin nak pergi bercuti, ...tak pernah lagi bercuti dgn ayah umi sejak kawin...dulu masa bujang bujang, umi ayah selaulu bawak anak anak bercuti...mungkin kena fikirkan satu hari untuk kita pulak bawak mereka bercuti .... :)







Hamil dengan Shaklee

An excellent Shaklee alternative would be:

◇1 tablet of Vitalea with Iron.

◇1 tablet of B-Complex with Folic Asid. (Basic prenatal nutrients)

◇2-4 tablets of Ostematrix to meet needs for calcium, vit D and other bone health nutrient.

◇3 softgel capsules of Omega Guard to support your baby brain development.

◇1 tablet of Vit C to help your body fight infection, as antioxidant and help body to absorb iron.


◇2 scoops of ESP to supply quick energy, and increases immune system. Protein is important for your baby development.





dapatkan juga 2 buah buku ini sebagai persedian kelahiran dan berpantang



RM 60 tidak termasuk pos.

Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 

RM 35 tidak termasuk post

Boleh hubungi saya 

Norlin 013 9270211








Tuesday, 26 August 2014

Giant Journey puzzle

Assalamuallaikum ,

Saya tertarik dengan floor puzzle ni, terus rasa nak jual...

Anak anak saya memang suka bermain puzzle, Haikal pernah dibelikan tok ayah puzzle peta Malaysia dan peta dunia, bila selalu susun puzzle tu ingatan tentang kedudukan negeri dan negara secara mudah diingati...

sebab tu bila jumpa puzzle ni, terus berkenan...floor puzzle ni mungkin agak mudah untuk susunnya jika anak dah berumur 5 tahun ke atas, tetapi untuk umur anak 4 tahun ke bawah insyaAllah ligat otak anak kita nak menyusunnya nanti...yang menariknya adalah floor puzzle ni menunjukkan cerita kisah para nabi...part tu yang saya berkenan sangat tu...

anak anak saya suka sangat dengar cerita nabi, mereka sukakan puzzle, so sangat tepat Giant journey puzzle ni...sambil mereka menyusun bolehla saya bercerita...insyaAllah mama nya lagi rajin bercerita bila ada alat bantu macam ni.... :)

ok saya copy paste info tentang puzzle ni

Giant Journey puzzle

RM 45, kos post RM 10








Piece together this most incredible journey!

The Giant Journey is a 30 piece floor-puzzle vividly illustrating the lives and sequences of the Prophets mentioned in the Noble Quran. The image shows a pathway along which a symbol from each of the Prophets story is illustrated. As an invaluable resource, it includes removable name inserts used to assess the child's understanding of the sequence of the Prophets and their associated stories. This revised 2nd edition also includes Arabic inserts.

The Giant Journey is made of generously thick board with a glossy laminate finish. When completed, it measures 58cm by 78cm. The puzzle comes in a compact yet sturdy box and has a complete image for easy reference. A short description of each section of the image is also included.


Ini pula vidio giant journey puzzle , mungkin lebih jelas untuk kita lihat lebih dekat :)

http://www.youtube.com/watch?v=A0Sylyfw0i0&list=UUB6E9eV_onIZx3DDp5Ig8yQ




Jika anda berminat untuk dapatkan 
floor puzzle ini untuk anak anak bijak soleh anda
boleh msg saya di 013-9270211

Monday, 25 August 2014

Impian Berpantang dengan Shaklee

Assalamuallaikum

(draf dah agak lama, sekarang dah habis pantang pun, dan alhamdullilah saya berpantang dengan Shaklee :)  )

Hari ni dah 35 minggu pregnant...
Cepat ja masa...saya dah start kemas kemas barang baby...keperluan untuk berpantang pun saya dah start ready...

Untuk anak ke empat kali ni ...ada sedikit kelainan....
Saya akan gunakan set berpantang Shaklee selain dari jamu (jamu tak leh nak tinggal sebab dah sebati hihi...3 org anak makan jamu, insyaAllah moga bertambah sihat nutrisi badan)
dan saya juga dah order bangku tangas....nak bertangas cara duduk tu...
berdiang( baring tepi bara api)  mungkin tak dapat nak buat :)...so sebagai gantinya saya nak bertangas insyaAllah moga dipermudahkan urusan pantang saya nanti...

Ok bab vitamin Shaklee...saya dah list down vitamin apa yang perlu masa pantang nanti...kalau dulu dulu sebelum kenal shaklee saya juga ada ambil vitamin dalam pantang, saya ambil multivitamin dari klinik....sebab saya jenis yang berpantang strict , so sangat perlu ambil vitamin kalau tak memang terjejas nutrisi badan saya ni...

Yang bestnya produk Shaklee..ada antara vitamin yang memang dah digunakan dari awal pregnant lagi...so sangat jimat, boleh terus sambung guna dalam pantang...memang berbaloilah :)

Untuk makluman kawan kawan...saya memang tak ambil buah, sayur dalam tempoh berpantang 44 hari...so sangat perlu saya mencari alternatif lain untuk seimbangkan nutrisi ...alhamdullilah saya pengguna Shaklee....so kali ni ...kita tukar multivitamin pada vitamin Shaklee... :) lebih fokus


Ini dia set pantang Shaklee;

ESP
Vitamin C
Vitalea
B kompleks
Ostematrix
Alfalfa
Gla
Omega

dan mungkin saya nak ready Herblax untuk elakkan sembelit 
dan Peppermint ginger plus untuk buang angin dan panaskan badan



Maklumat bahan dalam herblax ni saya ambil dari internet , Herblax ni macam jamu jugakla, dirumus dari bermacam macam jenis herba terpilih fokus untuk detoksifikasi. Terbaik untuk elakkan sembelit.


Peppermint Ginger Plus ni saya ada amalkan masa pregnant , memang terbaik untuk buang angin, dan saya suka keselesaan lepas gunakannya :)


Last sekali ...selain jamu, vitamin...bagi ibu ibu yang pertama kali berpantang ...kena ada ilmu berpantang sikit...boleh baca buku yang sangat berguna ni ..


Buku ni hanya RM 35, kos pos RM 6

Boleh hubungi saya untuk dapatkannya

Norlin 013 9270211





Sunday, 24 August 2014

Bermulanya latihan coral spaking Haikal


Masa ambil haikal sekolah tadi, cikgu Puspa terus ke kereta saya...kalau dulu, bila nak ambil Haikal saya akan masuk hingga ke pintu sekolah sempat bertanya khabar hal sekolah anak...tapi sekarang dengan baby kecik Anas+ umar yang tak duduk diam dan Yousuff yang lincah,  saya just buka cermin kereta dan ucapkan terima kasih dan senyum saja pada cikgu Puspa yang selalunya setia temani anak anak yang tunggu ibu bapa datang menjemput...

Cikgu Puspa maklumkan pada saya, yang Haikal dan 6 orang teman sekelasnya terpilih untuk masuki acara coral speaking mewakili daerah Kuantan, jadi mereka akan mulakan latihan pada hari Rabu ini. Cikgu Puspa juga maklumkan yang Haikal turut terpilih untuk memasuki acara membaca dalam bahasa Inggeris. Cikgu puspa pesan pada saya untuk latih haikal membaca petikan akhbar berbahasa english dengan gaya macam pemberita  :) oh!! mama tak sempat dah nak latih haikal betul betul, tapi mama akan cuba sedaya upaya pulun untuk minggu ni ok :)

saya berterus terang pada cikgu Puspa saya agak tak sempat, tapi akan cuba latih Haikal...cikgu Puspa cadangkan saya beli akhbar the star dan cari petikan petikan mudah. Cikgu Puspa memang bersemangat, itulah yang saya kagum sangat dengan cikgu Puspa ni. Terima kasih kerana mendidik anak saya dengan sungguh sungguh.

:)

ok malam ni kita start berlatih membaca in english ok...

Yousuff pun basal join bang haikal berlatih ok

tahun lepas abang haikal berlatih hafal coral speaking , tengok tengok Yousuff pun ingat sekali rangkap pertama... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...