Monday, 22 September 2014

Octard atau naturactor?

Assalamuallaikum ,

Hari ni ada yang bertanya,

 " kak noli, octard dan naturactor foundation...yang mana yang bagus, yang mana sesuai untuk saya"

Ok sebelum tu kak noli terangkan dulu beza octard dan naturactor dari segi bahannya.




Naturactor dan octard foundation kedua duanya memberikan hasil yang best, tetapi pada mereka yang pernah cuba kedua duanya, ramai yang jatuh hati lebih pada Octard kerana stukturnya yang lebih halus, moist dan color lagi natural skin tone..pinkish..nampak gebu dan tak putih melepak. walau pakai sikit pun dah ok dan hasilnya yang lebih flawless.

Namun begitu , untuk yang berwajah "sangat oily", disarankan menggunakan naturactor. Sebab naturactor ni adalah rice based powder, so ia menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

Tapi yang jenis oily sikit sikit kat area T zone tak ada masalah pakai octard pun ok, bila dah pakai loose powder atau pressed powder wajah akan glowing dan cantik!...

Ada setengah orang suka campur dua dua Octard dan Naturactor, pun ok .  :)

Kesimpulannya, kulit yang " sangat oily" lebih baik pilih Naturactor.


*** p/s = Ok, hati hati memilih octard dan naturactor di pasaran hari ini...banyak juga yang from China, jangan tertipu...kandungannya semua tak sama dengan yang original....ada juga yang rebranding dan repacking ...yang saya jual ni memang original from Jepun, di pos pun dari Jepun ...anda dapat parcel dari jepun la nanti :)


berminat untuk dapatkan rangkaian kecantikan dari 
Meiko cosmetic Japan
boleh hubungi atau sms 
Norlin 013-9270211
atau FB Hiyoko Shop 



Sunday, 21 September 2014

Collagen Shaklee ramuan mirip kecantikan jepun.



Promo collagen Shaklee berapa hari je lagi! lepas ni tak tahu bila lagi Shaklee nak buat promo untuk collagen , kepada yang nak cuba kehebatan collagen untuk kecantikan dalam dan luar nilah masa yang terbaik


- harga rendah
- kualiti terjamin
- cantik untuk diri dan pasangan 

ok antara kandungan collagen yang saya nak kongsikan adalah RSS collagen dari sisik ikan merah dan ekstrak biji benih Camellia.



Masa mula mula saya intai intai collagen Shaklee 2 tahun lepas , 2 bahan nila yang buat saya kata dalam hati

" patutla bagus collagen Shaklee ni, ramuan dia macam ada unsur unsur kecantikan dari jepun "

 mentang mentangla penah duduk jepun asal yang elok semua dari jepun. hihi. tapi betul saya memang terpengaruh dengan kecantikkan org jepun

ok di Jepun, khasnya di ehime tempat saya duduk dulu. ikan merah memang popular dipanggil ikan tai. makcik makcik jepun selalu cakap ikan tu khasiat tinggi dan mahal harganya. mereka percaya ikan tai memang baik untuk kecantikan. 

kandungan utama kolagen shaklee adalah sisik ikan merah.
sisik ikan merah merupakan sumber premium kolagen dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan pencemaran lebih kecil 



dan bunga camellia, memang banyak di jepun, minyak cammelia dari bijinya memang popular sebagai ramuan kecantikkan traditional...bunga camellia menjadi salah satu tarikan selepas sakura di jepun.



minyak camelia ni saya ada beli masa di jepun dulu, sapu di rambut dan kulit badan.



dan collagen, kat mana mana kedai 24 jam ( kombini) memang dijual macam jual air tin. dalam sup oden yang dijual dikedaipun dimasukkan collagen. collagen dah jadi macam makanan kecantikkan utama masyarakat jepun.

Jadi rebutla peluang tgh harga rendah ni untuk merasai collagen Shaklee, kesan dari hujung rambut sampai hujung kaki





Boleh hubungi saya
Norlin 013-9270211
Shaklee id 1028243

Tuesday, 16 September 2014

Buku "ibu ku ingin tahu"

Assalamuallaikum..







Saya kongsikan 

page 93 dari buku "Ibu Ku ingin Tahu"

Mari cipta masalah dan hubung kaitkan .
------------------------------------------------------

Untuk mengajar sesuatu , kadangkala kita perlu mencipta masalah. Sekadar memberitahu mereka, " Api neraka panastau", mungkin tidak akan menerbitkan rasa gerun di hati.

Apa reaksi anak sewaktu minum air yang agak panas?
pasti tindakbalasnya seperti terkena renjatan elektrik, kan?

Hal ini boleh menjadi langkah pertama memperkenalkan pada anak keadaan orang dalam neraka.Disebabkan tersangat dahaga, ahli neraka terpaksa minum air yang panas sehingga hancur lebur mulut dan seluruh badannya.

Saya suka bercerita kepada anak anak tentang neraka apabila
"bekerja bersama api". Jangan risau sekiranya anak jemu. anak kecil tidak akan jemu dengan cerita yang berulang ulang.
------------------------------------------------------------------------

Itulah idea dari page 93 buku "Ibu ku ingin tahu"

sekarang masanya kita berdialog dengan anak mengikut cara kita sendiri, lontaran intonasi , riak wajah....agar anak kita lebih "lekat" rasa gerun pada api neraka.

Cubalah 

Apa itu foundation?

Assalamuallaikum

Dah menjual foundation, jom kita ambil tahu apa tu foundation?
Sebelum tu nak inform saya ada menjual foundation dari Meiko cosmetic...OCTARD.
Produk ni memang direct dari jepun, original , bukan rebranding atau repacking ...dan semestiya bukan tiruan. :)

Foundation dalam bahasa melayu adalah bedak asas....
bedak asas bermakna, bedak yang mula mula di sapu di muka sebelum pakai bedak yang betul betul :)

terdapat beberapa jenis foundation antaranya adalah ;

- cecair
- cream 
- stick
- dual finish

Foundation jenis cecair 

Terdapat dua jenis liquid foundation

- oil based, berasaskan minyak...sesuai untuk orang yang berkulit kering
- non oil based, tidak berasaskan minyak...sesuai untuk orang jenis kulit berminyak

cara menggunakan nya boleh sapukan ke muka liquid fundation menggunakan span atau jari sahaja.

Selalunya jenis cecair ni, sesuai untuk orang yang berkulit kering.


Foundation jenis  cream

Cream foundation pula ada dua bentuk

-  Dalam bentuk stick
-  Dalam bentuk pancake 

Kelebihan foundation bentuk cream ni, ia dapat menutup cela di wajah, jadi kulit akan nampak sempurna, jenis ni sesuai untuk wanita wanita yang berumur 25 ke atas....selalunya make up pengantin menggunakan foundation jenis cream ni sebab senang nak make up kan wajah...

bagi yang suka make up juga disyorkan foundation jenis ni. ia lebih tahan lama dan boleh cover bekas bekas jerawat atau tone wajah yang tak sekata.




Foundation jenis dual finish / 2 way foundation

Menariknya foundation jenis ni, kita boleh pakai menggunakan dua cara

- Dengan cara membasahkan span , bertindak seperti pakai foundation
- Dengan menggunakan span kering, bertindak seperti memakai bedak powder.

Foundation jenis ni sesuai untuk jenis kulit kombinasi.
Kulit kombinasi tu macammana?
Berminyak pada kawasan T zone ( area dahi, hidung dan dagu) dan kering pada kawasan lain seperti pipi.




Jika berminat untuk dapatkan foundation foundation ni , 
boleh sms atau wasup saya
norlin 013 9270211

Harganya

Octard foundation RM 58 include post ( direct from Japan to you)
Octard soft 2 cake foundation  RM 63 include post (direct from japan to you)






Berbincang dengan adik ipar...jadual suri rumah...

Assalamuallaikum...

alhamdullilah dah sampai dari Terengganu...
sebelum bertolak balik, sembang sembang dengan adik ipar...nana
dari cerita aman palestin, al qasam...cerita pasal bisnes shaklee, bisnes buku, sampailah nana cerita pasal sebuah buku yang best untuk membantu kita jadualkan kerja kita seharian...salah satu pengisian buku tu yang nana kongsikan adalah buat perancangan memasak dan menyediakan bahan memasak untuk satu tempoh masa tertentu....satu hari yang sibuk, sediakan bahan paste untuk digunakan selama dua minggu contohnya...jadi kerja memasak akan jadi cepat dan kita akan ada lebih masa untuk aktiviti dgn anak anak...

contoh lain  yang nana sebutkanlah adalah...
mencuci bilik air, mungkin hari ni just cuci singki, esok cuci cermin tandas...so semuanya sikit sikit, jadi kita tak letih sangat...mungkin kita boleh berkongsi tugas tu dengan anak anak juga, buat jadual tugas untuk mereka....mungkin papa pun kena join :)

menarik...

saya pun dah buat jadual untuk saya cuci toilet, jadual kemas ruang dapur, jadual kemas rumah...so saya taklah nak tumpu semua sekali...

harap akan dapat membantu saya buat kerja rumah dgn lebih efektif,,,hihi anak dah 4 pun masih mencari cara...siapa ada anak 4 lelaki semua tahulah macammana tunggang langgang rumah pada suatu masa setelah kita baru kemaskan segalanya....tarik nafas diam sekejap.... :)

bagaimana cara memilih produk nutrisi????


Untuk memilih produk nutrisi kita perlu tahu...

1. Siapa syarikat pengilang produk supplemen?

Syarikat yang mengeluarkan produk tertentu mungkin tidak mengeluarkan produk mereka. Betulkan? Mereka mungkin hanya "mengedar" produk. Sepatutnya produk produk supplemen yang terbaik di pasaran akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama. ini memastikan lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan. Shaklee adalah syarikat yang mengkaji, mencipta dan mengilangkan sendiri produknya ...dan kami adalah agen jualannya :)

2. Adakah pengeluar supplemen mematuhi prosedur FDA bagi perkilangan yang baik?

Penting untuk mengetahui sama ada produk supplemen yang telah dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan Baik FDA (GMP). GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukan undang undang. Sebenarnya prosedur ini tidak diperlukan oleh industri supplemen namun syarikat syarikat yang terkenal selalunya bersedia untuk mematuhi syarat syarat GMP. Namun, terdapat hanya segelintir syarikat nutrisi yang telah melaksanakan garis panduan ini dalam prosedur pembuatan mereka.

3. Adakah syarikat nutrisi ini menjalani ujian kualiti ke atas bahan bahan mereka?

Setiap produk pemakanan perlu mempunyai bahan bahan mentah yang dianalisis untuk menentukan kualiti dan keberkesannya. Shaklee merupakan pengeluar supplemen terbaik dengan mempunyai 300 ujian kualiti untuk produk produk nya.

4. Adakah produk nutrisi mempunyai makmal bebas yang mengesahkan kualiti ?

Shaklee sanggup mengeluarkan belanja yang lebih dengan menghantar produk ke makmal bebas untuk disahkan kualitinya. banyak produk di pasaran yang mempamerkan jumlah kandungan tertentu di label, tapi sayangnya ia tidak betul. Ramai yang tertipu dengan membaca label di botol semata mata.

5. Adakah produk supplemen ini lulus ujian air?

Ujian ini digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk pemakanan di pasaran mempunyai banyak bahan tiruan , bahan pengisi dan bahan pewarna yang apabila dimakan, sistem pencernaan kita tidak dapat memecahkan pil untuk penyerapan.

cara mudah untuk kenalpasti

ambil segelas air, masukkan pil anda. Pil itu sepatutnya larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit . Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak dapat memecahkan produk produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.


Ada banyak lagi soalan soalan yang perlu anda tanya pada diri anda sendiri untuk memilih supplemen.

Saya memang dah yakin sangat dengan Shaklee...dari segi kualiti memang best!!...so kalau ada nak persoalkan pasal kualiti memang tak boleh nak nafikan kualiti nya sangat bagus...

syarikat besar yang dah bertahan lama, ada modal besar untuk laburkan bagi tujuan kajian saintifik, ramai saintis , siap ada journal lagi...tu bukan main main, bukan supplemen yang cikai cikai ni...so beruntunglah kita jika memilih shaklee sebagai supplemen harian kita :)

alhamdullilah


Anda boleh hubungi saya
Norlin 013-9270211
saya bersedia untuk membantu anda insyaAllah .
ID Shaklee : 1028243

Octard from meiko cosmetic, CANTIK MACAM ORANG JEPUN!!

Assalamuallaikum...

Beberapa hari yang lepas saya telah mulai menjual octard,....

Sejujurnya saya mulai minat dengan bisness dan mencari sesuatu yang saya yakin...setakat ni saya adalah SID Shaklee, dan saya adalah pengguna vitamin C SR, ostematrik, alfalfa dan ESP yang agak tegar....hihi saya yakin dan sukakan hasilnya....

dan juga saya menjual buku buku parenting, saya sukakan buku parenting kerana ia membina jiwa saya yang selalu layu dan letih...jadi ia terbaik untuk saya...

dan octard!!..saya pengguna Oktard dah setahun lebih...pertama kali guna sebab dipengaruhi oleh adik adik ehime...masa tinggal kat jepun dulu saya suka tengok orang jepun comey comey ja semua , mereka takkan keluar rumah kalau tak bermake up...boleh dikatakan kalau ketuk pintu rumah mereka, bila keluar aik!!! dengan lipstik, rambut dandan cantik....itulah orang jepun :)...

masa tu adik adik ehime yang belajar kat sana, semua pandai make up bergaya semua...hihi ni mesti dipengaruhi rakan rakan jepun la ni...so depa promote Octard, katanya best...saya yang jenis hanya pakai bedak ni cubalah ..memang betul kata mereka best!...foundation dan bedak dia saya suka sangat!...bila dah sukakan octard sebelum balik terus ke malaysia ( sebab suami dah tamat study), saya pun belilah set penjagaan muka octard...ada essence royal, cream dan pencuci muka, saya puas hati sebab rasa lembut tak bau chemical, kulit tak kering dan rasa natural...harganya pun berpatutan :) tapi set tu dah tak dijual, telah di upgredkan pada octard ex series....erm semestinya lagi bagus kot insyaAllah

ok

saya sekarang  memang nak jual octard ni, fresh dari jepun tau!...original!....sangat selamat dan bersumberkan yang semulajadi....dan yang ni bukan tiruan, ha sebab octard di pasaran malaysia ada juga yang tiruan, kena hati hati tau ...yang ni memang fresh dari jepun, ada bau sakura tak nanti hihi :)

OCTARD COVER FACE (FOUNDATION)





Octard Cover Face (Foundation)#100% ORIGINAL MADE IN JAPAN.

# ISO9001 OBTAINED CERTIFICATION - for improving the International Standard of Quality.
# ISO14001 ACHIEVED CERTIFICATION - tackling the environmental problem.
# AMAZING QUALITY - REASONABLE PRICINGORIGINAL FROM JAPAN!!! OCTARD MEIKO- Cover foundation ( seperti cover face naturactor)


** diperbuat dari royal jellly
** texture lebih halus & lembut drp cover face naturactor
** ada 1 code colour lebih gelap dr cover face naturactor
** sgt2 best


OCTARD Cover Foundation Range

S31: kulit cerah mcm cina (cover face 130)
S41: kulit cerah melayu (cover face 140)
S51: kulit sawo matang (cover face 141)
S52: kulit hitam manis (cover face 151)
S71: concealer (cover face 171)

RM58 each including postage

OCTARD SOFT 2 CAKE (FOUNDATION) with sponge puff





★SOFT 2 CAKE(FOUNDATION) with sponge puff

Moisturizing formulated of Jojoba oil.. 100% ORYGINAL from Japan.
From Meiko Cosmetics JAPAN

HARGA RM63 inc postage from Japan

*texture sangat lembut dan tahan lama(berpeluh@air)
*natural skin color
*mengandungi jojoba oil
*include sponge+mirror in case

5 color untuk dipilih mengikut kesesuaian color kulit anda

731 - untuk kulit putih Chinese
(Naturactor cover face kod 130| Octard cover foundation kod S31)

743 - untuk kulit putih Melayu 
( Naturactor cover face kod 140 | Octard cover foundation kod S41)

744 - untuk kulit cerah melayu 
(Naturactor cover face kod 141| Octard S41@S51)

750 - Untuk kulit sawo matang
(Naturactor cover face kod 151|Octard cover foundation S51)

752 - untuk kulit melayu sawo matang @ sebagai highlighter di tulang pipi (Naturactor cover face 151 | Octard cover foundation S52 )

*soft..sedap je rasa time pakai tu
*wangi..hehe
*tahan lama.ni penting kan
*color natural n nmpak smooth je
*2 in 1..bila letak air..jadi foundation.kering..jadi powder!

OCTARD EX Series (NEW ITEM from Meiko Cosmetic)





This series is upgraded from royal jelly preparation skincares (meiko has stopped this series). Made up from hydrolyzed royal jelly & honey. Honey is used as the main ingredient with combination of royal jelly and flower extract as moisturizing component. Plus, Lipidure and Hyaluronic acid also is used in this product which they are well-known as mosturizing component, make your skin gentle and soft. Less chemicals and NO flavouring or artificial colour colouring added.

This series contains 5 items which are ;

1. OCTARD EX SAVON 120g (beauty soap)
<< RM85 each inc postage >>

This soap is been fermented by traditional method for 3 months before manufactured as products. Appearance and fragrance derived from honey, combination of honey, hydrolized royal jelly and hydrolized collagen. Got creamy soap's bubbles so this will left your skin moisturized as needed. Wash well the excess sebum and old keratin in your skin.

2. OCTARD EX JELLY-RH 55g
<< RM140 each inc postage >>

Promise you the efficient of moisturizing to your skin. Wash away any flaw and improve your skin texture after applying this jelly to your gentle skin. Other ingredients are honey, hydrolized royal jelly, Lipidure and Hyaluronic acid, camomille extract, Tilia miqueliana flower extract.

3. OCTARD MILK-RH 150ml
<< RM140 each inc postage >>

Mild sensation of latex moisturizer. Sooth your skin very well and prepare the lengthen of moisturizing into your skin. This lotion is very easy and comfortable to use as it did not has unpleasant sticky texture, quick dry. Ingredients are honey, hydrolized royal jelly, Lipidure and Hyaluronic acid, camomille extract, Tilia miqueliana flower extract.

4. OCTARD LOTION-RH 200ml (makeup moisturizer)
<< RM140 each inc postage >>

Has thick makeup moisturizer texture, promise you gentle and soft adn mild skin after applying it on your dry skin. Ingredients are honey, hydrolized royal jelly, Lipidure and Hyaluronic acid, camomille extract, Tilia miqueliana flower extract.

5. OCTARD CREAM-RH 40g
<< RM140 each inc postage >>

Light and rich with moisturizing effect cream. Contains Glycyrrhetinic acid 2K which acts as component to rearrange your skin texture, make you skin flawless and glow even on seasons change. Can use it on day and night. Ingredients are honey, hydrolized royal jelly, and Hyaluronic acid, camomille extract, Tilia miqueliana flower extract.

KEPADA KAWAN KAWAN YANG BERMINAT 
BOLEH SMS ATAU WASUP SAYA
DI 013-9270211-NORLIN

ORIGINAL DARI JEPUN, DIPOS DARI JEPUN UNTUK ANDA
DIJAMIN BERKUALITI , DIPERBUAT DARI BAHAN SEMULAJADI
RAHSIA KECANTIKAN WANITA JEPUN .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...