Tuesday, 26 November 2013

Istimewanya bisnes Shaklee?


Mengapa bisnes Shaklee best???


1.    Mendekatkan diri pada yang Esa, Kebergantungan sepenuhnya pada Allah SWT , dididik untuk memaksimumkan amalan rohani, tahajud, solat di awal waktu, solat dhuha, membaca Al Quran, zikir. Bagi saya kalau tak dapat apa apa keuntungan wang ringgit dari bisnes Shaklee pun tak apa kerana saya dapat sesuatu yang lebihhhhh bernilai dari itu. Group Shaklee umpama usrah kecil yang selalu menyuntik rasa kehambaan pada illahi, usaha mencari rezeki dalam rahmat Allah. Alhamdulilah. J

2.    Bisnes Shaklee memberi ruang untuk saya mencari ilmu dengan tekun dan sungguh sungguh. Sebagai seorang ibu, rasanya mencari ilmu tentang pemakanan, kesihatan diri suami dan anak anak adalah sesuatu yang sering kita lakukan kadang kadang tanpa kita sedar. Anak demam, kita google di internet cara sesuai mengurangkan panas,bila suami pula sakit perut…kita cari info tentang puncanya dan cara cara penyedian ramuan ramuan tradisi dari halia atau bawang putih misalnya untuk diberi pada suami agar melegakan sikit rasa kurang selesa, dan apabila diri sendiri yang sakit sakit badan bila terlalu letih uruskan rumah tangga, kita jugalah yang mencari info apakah vitamin sesuai untuk maksimumkan tahap kesihatan kita agar dapat lakukan kerja sebaiknya untuk suami dan anak…ilmu tentang pemakanan kesihatan ini kita terokai tanpa kita sedar, so kalau dah alang alang kita membaca, mendalaminya lebih baik kita terus berkongsi secara aktif info info ini, dan join Shaklee adalah ruang terbaik anda mencari, selami dan seterusnya berkongsi ilmu yang anda perolehi…..bermakna sangat join Shaklee dari segi menambahkan ilmu, trust me J


3.    Bisnes Shaklee mudah dan sesuai untuk semua…..betul, memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki atau wanita…samada yang bekerja atau tak berkerja, suri rumah tangga seperti saya lagilah sesuai…..
Bagi saya seorang surirumah dengan 3 orang hero kecil yang lasak, bisnes Shaklee antara yang mudah jika dibandingkan dengan bisnes berasaskan makanan, menjahit atau menjual pakaian dan beg…bayangkan kalau saya jual kek, jenuhla nak berebut dengan 3 hero saya yang memang suka tolong saya buat kek (yousuff anak no dua saya memang suka minta mamanya buat kek)….nak buat kek untuk makan sendiri pun dah kelam kabut inikan pula nak buat jual tak mungkin bagi saya…..dan nak jual baju atau beg, saya kurang pandai berfesyen…dan tak mungkin rumah saya penuh dengan stok pakaian dan baju, lagila penuh berselerak rumah ni….

Dan paling mudah, sesuai bagi saya adalah Shaklee….kongsikan info di internet, order online pada Shaklee, dan Shaklee yang akan bungkus dan hantarkan barang order kepada pembeli…semuanya di hujung jari tanpa saya perlu simpan stok, tanpa perlu saya bungkus dan pos….sangat mudah kan?

4.    Bisnes Shaklee sentiasa memberi bimbingan, kita akan ada mentor  yang akan sentiasa ikuti perkembangan kita, beri tunjuk ajar, akan beri idea untuk kita bertindak, mentor dan secret group akan sentiasa naikkan semangat kita untuk terus berjuang dalam Shaklee ( Yer, mudah mudah pun kena berjuang juga, bukanlah boleh goyang kaki)..semuanya akan dibimbing dan dipantau secara online, so anda tak perlulah hadiri meeting semuanya anda boleh lakukan sambil anda lakukan aktiviti harian…contohnya sambil memasak, sambil tidurkan anak, sambil susukan anak….tak perlu secara formal. Alhamdullilah saya di bawah group yang sangat best, mentor yang sangat mengujakan….saya pernah juga terbaca ada ahli yang tersilap pilih group, mentornya kurang aktif, jadi ahli ahlinya pun kurang inspirasi….sampai jadi isu nak keluar tukar group lain…..sebab tu lah berhati hati pilih group dan pilihlah group yang anda yakini…silakan ke group kami insyaAllah anda akan puas hati , belajar dari orang yang dah berjaya dalam Shaklee sangat bermakna, insyaAllah.

5.    Tips tips berniaga sentiasa diberikan secara berterusan. Saya pernah terfikir segala tips dan petua yang disampaikan dalam group sebenarnya bukan hanya sesuai untuk Shaklee semata mata, malah ianya sesuai digunapakai untuk semua jenis bisness. Join Shaklee sebagai ahli RM 65.00 seumur hidup umpama anda mendaftarkan diri ke kelas usahawan. Beruntungnya, kerana jika ke kelas usahawan anda habis beratus untuk hanya kelas satu hari, tapi dengan Shaklee setiap hari anda disuntik dengan semangat keusahawanan. ( saya tak lah kata kursus keusahawanan tak bagus, cuma dengan Shaklee ianya bagaikan kursus keusahawanan yang berterusan, ianya penting terutamanya bila kita berada dalam keadaan berputus asa atau malas)

6.    Sesuai untuk yang baru berjinak dengan berniaga. Perniagaan adalah 9/10 dari punca rezeki….jika tak cuba mungkin kita pun ragu ragu..dan bagi yang baru mencuba, banyak sangat yang perlu kita pelajari terutamanya bisnes online. Seperti saya, terlalu banyak benda benda online yang saya kurang mengerti, alhamdullilah dengan Shaklee saya terbimbing…dan ketika ada masalah mentor saya akan cuba selesaikan.

7.    Keyakinan tinggi pada mutu produk Shaklee. Menjual sesuatu berteraskan keyakinan sangatlah penting. Bila kita dah cuba dan tahu hasilnya kita akan jadi lebih yakin. Antara sebab bisness Shaklee ni best adalah kerana Shaklee tu sendiri, produknya bukan calang calang, Shaklee telah bertapak sejak 1956 lagi, pengasasnya Dr Shaklee juga seorang saintis hebat, yang memainkan peranan penting dalam penerokaan vitamin sejak 1915. Kini Shaklee mempunyai kepakaran dan teknologi yang terkini untuk hasil produk yang bermutu. Produk produk Shaklee banyak yang telah dipatenkan dan sentiasa di bawah piawaian yang ditetapkan. Sangat safe dengan Shaklee, anda boleh lakukan lebih pembacaan tentang Shaklee, tak kenal maka tak cinta org kata J

8.    Pulangan yang lumayan, usaha lebih insyaAllah dapat lebih. Part ni saya banyak lagi nak berusaha, tanamkan azam, ikut tujuk ajar mentor, work hard, pray hard dan perbaikki diri untuk peroleh pendapatan lumayan seperti mentor saya Ainul. Ainul adalah mak Shaklee saya, saya ikuti perkembangannya dah lama….saya masih ingat dulu bonus ainul lebih kurang 8 ribu sebulan, masa tu saya dah start pasang impian nak join Shaklee tapi tak join join juga hihi….sekarang Ainul dah mencapai bonus RM 28 000 untuk Oktober lepas, wah banyakkan!! Semua tu boleh dapat dengan Shaklee….ya Allah ya tuhanku kau permudahkan lah urusan ku, peliharalah kesihatankuu agar aku dapat terus solat dengan sepenuh hati pada Mu…jika rezeki Shaklee ini baik untuk ku, boleh jadikan diri ini lebih baik untuk agamaMu, kau permudahkanlah urusanku untukmencapainya…amin. Ainul adalah inspirasi saya, sedang mengikut usahanya, caranya, semangatnya….anda ingin dapatkan sentuhan dan bimbingan dari Ainul dan mentor mentor lain dalam group kami dipersilakan  J…sama sama kita usaha dan sama sama kita berjaya insyaAllah, yang penting mendapat keredhaan Allah.


Setakat itu dulu perkongsian saya tentang istimewanya bisness Shaklee…jangan tunggu lama untuk join, rugi…modal sangat sikit RM 65.00 , insyaAllah usaha tangga kejayaan…cubalah J


Boleh hubungi saya untuk info lebih lanjut

013-9270211
fb : Amir Izzani Norlin










Tuesday, 12 November 2013

Kek coklat kukus munira

Assalamuallaikum

Saya ingin berkongsi resepi kek kukus munira yang sedap dan moist ni...
sebelum ni kalau buat kek coklat saya ikut resepi dari Fendi di My resepi  , tapi semenjak belajar buat kek kukus coklat dari adik ipar saya Aimi, terus melekat kat resepi kek coklat kukus ni....

Saya belajar buat kek kukus ni masa balik bercuti raya haji di kampung...Aimi yang ajarkan...mudah sangat danhasilnya sungguh lembut moist dan sedap....saya suka resepi ni sebab tak guna hand mixer so tak perlulah saya berebut dengan anak anak especially Yousuff yang suka tolong saya buat kek... :)

ok ni resepinya,

3/4 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Semua bahan diatas dicampur ke dalam satu bekas, kemudia dipanaskan di atas api yang perlahan, kacau sehingga gula larut, rehatkan sekejap bila dah sebati.

Kemudian,

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

semua bahan ini diayak,ketepikan

Kemudian, balnderkan 4 biji telur sehingga kembang.

Akhirnya campurkan berselang seli campuran tepung dan telur ke dalam bahan yang dimasak tadi...
kukuskan selama 45 minit..

peringatan,

semasa tengah sukat dan campur bahan tu dah boleh panaskan kukusan, supaya bila kek dah ready nak dikukus, kukusan dah panas so jimat masa

tutup kukusan dengan kain atau tutup bekas kek dgn aluminium foil supaya air tak jatuh atas kek...

Jangan buka kukusan sehingga 40 minit....nanti tak comey kek tu

Ok selamat mencuba




Thursday, 7 November 2013

Usaha untuk kurus dengan Shaklee


Bismillahirrahmanirahhim

Kalau cakap bab kurus ni, ramai yang berminat…tak kira lelaki atau perempuan ramai yang nak sangat kurus….

Nak kawin - saya nak nampak kurus atas pelamin
Nak raya – saya nak kurus pakai baju raya baru
Nak naik stage – oh saya nak sangatt kurus….

Kurus kurus kurus kurus….

Teman teman ingatlah dalam kita mengejar untuk kelihatan kurus, janganlah abaikan keselamatan dan kesihatan diri. Andai kurus sekalipun tetapi badan sakit, nikmat kurus tu tak membawa erti lagi. Sebab tu sebelum kita consume sesuatu untuk tujuan kurus atau untuk mencantikkan badan kaji dulu apa bahannya, berapa dosnya, apa kesannya,…semua tu anda perlu tahu untuk anda kurus dengan sihat.

Banyak produk pengurusan badan di pasaran, anda boleh pilih yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada juga yang murah murah….semuanya menjanjikan yang elok elok, jadi andalah yang bertanggungjawab membuat pilihan terbaik untuk diri anda, ambil masa kaji dan fikir dahulu sebelum laburkan duit anda, jangan perjudikan kesihatan anda.

Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang produk set kurus Shaklee, saya ingin menulis tentang tips tips kurus semulajadi. Tips kurus semulajadi ni sangat penting untuk anda amalkan dalam masa mengambil supplemen Shaklee. Supplemen Shaklee boleh membantu dan merangsang badan anda untuk kurus dengan lebih cepat jika anda mampu seiringkan usaha dengan tips tips ini.

Untuk kurus dengan cepat dan berpanjangan, bukan seminggu kurus, minggu depan dah naik balik L anda sangat perlu meningkatkan kadar metabolism badan anda. Apa itu metabolism? –jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi fungsi tubuh asas. Jadi pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolism akan kurang membakar kalori dalam badan. Mereka yang tinggi kadar metabolism akan lebih cepat membakar lebih banyak kalori.

Jadi apakah cara untuk meningkatkan metabolism badan?

1.                    Jangan berlapar (tatapi andai anda mahu jadikan puasa sebagai amalan untuk anda kurus disamping mendidik iman, itu adalah bonus untuk anda kurus. Contohnya puasa nabi Daud, puasa selang sehari J Puasa adalah amalan yang sangat baik, memang kita menahan lapar dan dahaga tetapi Allah suruh kita bersahur dan berbuka, anda tidak kelaparan sebenarnya, anda sedang mendidik jiwa….

Diet yang aggressive juga menyebabkan badan anda terkejut , anda kelaparan …otak anda tidak menerima signal untuk membakar kalori…lama kelamaan amalan berlapar ini menyebabkan kadar metabolism badan akan semakin rendah dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk kurus. Jadi untuk kurus jangan tak makan ok J

2.                    Tambahkan protein dalam diet. Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolism. Ini kerana , badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat.
Ikan merupakan sumber protein yang sangat baik. Ikan Salmon misalnya mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan jumlah pembakaran lemak dalam badan (omega guard Shaklee the best)

3.                    Makanlah dengan kerap. Menguyahlah sekerapnya, semakin kerap kita makan semakin tinggi kadar metabolism badan. Tapi jangan pula mengunyah makanan ringan tu memudaratkan…dan janganlah pula setiap 3 jam makan nasi penuh pinggan itu menggemukkan…
Anda boleh pilih buah buahan seperti epal, pisang atau kekacang.semakin kerap anda makan, otak anda sentiasa mendapat signal untuk membakar kalori. Setelah menjadi amalan, otak anda akan terbiasa untuk merembeskan enzim membakar kalori lantas metabolism badan anda dapat ditingkatkan. Jadi senanglah usaha anda untuk kurus.

4.                    Minumlah teh hijau, kopi atau air kosong.
Kopi atau teh hijau mengandungi kafein. Kafein adalah bahan semulajadi yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan.Teh hijau juga mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisma , anda dapat rasai kesannya dengan pengambilan 4 atau 5 cawan teh hijau sehari. Cubalah.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya tinggal di Jepun. Teh hijau menjadi minuman utama semua golongan termasuk kanak kanak ,remaja, orang tua dan dewasa….
Teh hijau diterapkan sejak usia kecil lagi , contohnya anak saya Haikal ke sekolah setiap hari dihidangkan (oocha) teh hijau setiap kali makan tengahhari dan minum petang. Jika mereka keluar jalan jalan (oosampo), dan perlu bawa bento(bekal makanan) dan minuman, cikgunya akan berpesan agar bawa oocha sahaja bukan minuman milo atau berperisa yang lain. Di kedai kedai makan oocha sentiasa terhidang, oocha menjadi sesuatu yang wajib dalam kehidupan masyarakat Jepun. Sebab itulah, susah nak jumpa orang jepun yang gemuk. Mereka telah berjaya membudayakan cara makan yang dapat meningkatkan metabolism badan.
( Shaklee mencadangkan Cinch tea untuk meningkatkan metabolism badan…saya percaya dan yakin ianya produk hebat kerana saya tahu sejauhmana kebaikkan teh hijau dan ketelusan serta kesungguhan Shaklee memilih bahan berkualiti untuk hasilkan produk hebat)


5.                    Bersenamlah dan kekal aktif setiap hari. Bersenam bunyi macam mudah tapi tak dinafikan banyak alasan yang kita berikan seperti malas, tak  ada masa, tak suka letih letih…
Mungkin kita dapat mencari inisiatif bersenam tanpa sedar, contohnya:

-       Berjalan laju
-       Gunakan tangga, berlumba dengan rakan pejabat siapa sampai atas dulu J
-       Buat kerja rumah cepat cepat, sidai baju cepat cepat, sapu sampah cepat cepat..
-       Window shopping sampai letih dan banyak lagi mungkin idea kreatif dari anda.

Senaman menggunakan pemberat khusus untuk otot juga baik untuk membantu anda kurus dengan cepat dan cantik. 1 paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Oleh itu meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolism badan anda. 

Sekali lagi saya ingin kongsikan tips membina otot tanpa menggunakan pemberat, tips ini saya dapat dari rancangan jepun….caranya mudah saja…contohnya untuk otot perut,

Bersedia untuk lakukan sekarang……

Ok, sekarang…

Keraskan perut anda…keraskan …ya keraskan dan tahan 30 saat….
Anda berjaya buat…..ulang lagi dan lagi….amalkan setiap jam buat 10 kali…..lama ke lamaan anda akan membina otot di perut anda…mudah tanpa pemberat tanpa bergerak, cuma keraskan otot anda di kawasan perut sahaja….


Ok panjangnya, tapi apa yang saya tulis ini penting untuk anda kuruskan badan….ditambah dengan set kurus Shaklee semuanya akan jadi mudah insyaAllah.




Dalam set kurus Shaklee, kami bahagikan kepada 4 fasa penting



o   Detox
o   Pecahkan lemak
o   Membina tisu dan otot
o   Meningkatkan kadar mtabolisma



Detox

Pilihan untuk detox adalah  Herb-lax atau Alfalfa. Kedua dua produk ini bertindak membersihkan usus anda. Toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan disingkirkan melalui pembuangan air besar. Proses ini penting untuk memastikan usus anda bersih dan memudahkan penyerapan nutrient pada tahap optimum.
Selalunya Herb-lax menampakkan kesan selepas 8 hingga 12 jam selepas pengambilan, ia dapat membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut, anda akan membuang dengan lancar insyaAllah…bila usus clear secara tak langsung ia mempamerkan perut yang sedikit
kempis…

Yang mana satu sesuai?

Herb-lax dirumuskan dengan 9 jenis herba terpilih khusus untuk detoksifikasi, kombinasi herba dalam herb-lax telah pun digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas, oleh itu sesiapa yang memang ada masalah sembelit terus saja pilih Herb-lax,

Dan untuk yang tak ada masalah sembelit anda boleh pilih Alfalfa, terutamanya ibu ibu yang menyusukan bayi kerana dikhuatiri akan menyebabkan baby anda cirit birit pula nanti.

Memecahkan lemak

Pilihan untuk memecahkan lemak adalah Lecithin atau Omega. Kedua dua nya tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk fungsi badan, jadi bekalan lecithin dan omega sangat perlu untuk badan anda.

Sejujurnya, saya cadangkan anda ambil kedua duanya…kerana kedua duanya sangat berkesan untuk memecahkan lemak….
Tetapi jika anda tak cukup bajet boleh pilih antara dua produk ini.

Lecithin merupakan pengemulsi lemak semulajadi, ia mempunyai kesan melekat pada lemak, menyebabkan lemak terapung dalam darah, menghalang lemak dari melekat di dinding membrane. Lecithin dapat menggalakkan metabolisma lemak dan mencairkan lemak. Ini dapat menurunkan paras kolesterol dalam badan. Sebab tu dalam perubatan, antara rawatan menurunkan paras kolesterol adalah dengan menggunakan lecithin. So bila anda berjaya singkirkan lemak dari badan insyaAllah usaha kurus anda hampir berjaya…dan ingatlah jangan tambahkan lagi lemak jahat dalam pemakanan anda, susah susah nak buang senang senang anda ambil balik….sebab tu orang kata “fikir dulu sebelum makan”

Omega guard adalah minyak ikan yang mengandungi omega 3 fatty acid,ia mempengaruhi pelbagai jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk leptin yang merupakan hormon yang penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk hadkan rasa lapar. Disamping itu juga omega 3 fatty acid dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Banyak kajian yang telah membuktikan omega dapat menggalakkan pembakaran lemak.


Membina otot dan tisu

Pilihan untuk membina otot dan tisu semestinya ESP dan Cinch milk.
Bila anda dah berjaya kuruskan badan, lemak dah berkurang , perut dah mengempis, lengan paha dah berkurang saiznya, ESP dan Cinch dapat membantu anda membina tisu tisu baru dan membentuk otot agar ianya tidak mengeleber, kusam dan tidak bermaya.
Pemakanan tinggi protein sangat perlu dalam diet pengurusan badan, dan ESP dan cinch sangat tinggi nilai proteinnya.

Kedua dua ESP dan Cinch baik untuk bekalan tinggi protein bagi membina otot anda, tetapi ESP lebih disyorkan pada ibu ibu yang menyusukan bayi kerana ia dapat meningkatkan pengeluaran susu badan.

Meningkatkan metabolism

Ini adalah pilihan jika anda ada bajet lebih, atau setelah anda berjaya mencapai tahap kurus yang anda idamkan, teruskan dengan Cinch energy tea mix, rasa teanya yang sangat umph! Tea mix ini dapat meningkatkan metabolisma, membakar lemak dan mengekalkan kurus anda InsyaAllah.

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini…

Saya ingin ingatkan teman teman, cadangan set kurus Shaklee ini bukanlah ubat kurus seperti ubat kurus di pasaran, set ini merupakan supplement semulajadi yang sememangnya diperlukan oleh badan tetapi sering terabai akibat cara pemakanan dan kuantiti pengambilan yang tidak mencukupi. Ianya sangat semulajadi dan tiada kesan sampingan berbahaya, anda hanya perlu konsisten mengambilnya dan usahakan seiring dengan tips tips yang saya berikan di atas. Kesannya pantas jika anda committed untuk kurus…jangan lupa berdoa kerana Allah sangat sayangkan kita dan moga usaha kita dirahmatiNya.

Saya doakan anda berjaya dengan SET KURUS SHAKLEE ini J

Boleh hubungi saya untuk dapatkan info lebih lanjut tentang cara pemakanan atau sebarang persoalan tentang Shaklee, moga kita boleh berkongsi ilmu J

NORLIN
013-9270211
Shaklee id : 1028243




















Wednesday, 6 November 2013

Shaklee (dekatkanlah hatiku pada apa apa yang mendekatkanku pada Mu)


Alhamdullilah saya mahu menulis juga pada satu satunya blog yang tersimpan banyak kenangan untuk saya. Alhamdullilah saya kini merupakan seorang suri rumah sepenuhmasa dan telah hampir dua bulan belajar dan berkongsi tentang Shaklee.

Banyak yang saya belajar dari Shaklee. Shaklee bukan sekadar pengeluar produk makanan tambahan, kesihatan dan kecantikkan yang bersih, berkualiti, “green”, dan unggul malah Shaklee berjaya membentuk kumpulan yang membimbing untuk menjadi insan yang lebih baik.

Mengapa saya pilih Shaklee?

Pada mulanya, saya amat letih menjadi seorang suri rumah, Ya itulah jawapan ikhlas dari saya, saya letih menguruskan rumah tangga, minda yang saya rasakan sempit, kosong, saya rasa sunyi walaupun hakikatnya saya amat sibuk dengan tiga orang hero kecil yang bijak, aktif dan cergas. Namun kadang kadang hati saya rasa kosong, saya perlukan sesuatu agar saya tidak terlalu melayan rasa letih yang mengundang rasa bosan, saya perlukan sesuatu yang dapat menyuntik semangat dan memberi cabaran untuk saya, saya perlukan sesuatu yang dapat mengalihkan rasa letih dan keluhan yang sentiasa memberi ruang untuk syaitan membisikkan yang negative, saya mahukan sesuatu yang muhibah yang dapat memberi ruang untuk diri saya mencipta impian dan belajar  berusaha memburunya.

Saya sering berdoa
“Ya Allah dekatkanlah aku pada apa apa yang boleh mendekatkan aku pada Mu, dekatkanlah aku pada apa apa yang boleh mendisplinkan diriku untuk sentiasa taat dan mencintaiMu, dekatkanlah aku pada apa apa yang boleh memaksaku tika aku malas untuk merinduiMu”

Setelah membaca blog teman saya Ainul yang sekarang merupakan mentor dan mummy Shaklee saya, hati saya sangat sangat terdetik dan terpanggil pada Shaklee.

Saya tertarik kerana Shaklee mengajak saya untuk berdoa pada sang pencipta, Shaklee mengajak saya untuk berharap, merayu, merintih pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Shaklee meniup semangat untuk saya berazam menginfakkan rezeki yang ada, Shaklee mengingatkan saya untuk berbakti pada ibu bapa, Shaklee menanam rasa cinta pada agama. Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku kerana lalai padaMu.

Itulah yang menarik saya pada Shaklee, Tika saya berdoa, tika jiwa saya meronta ronta untukNya, Allah datangkan Shaklee untuk saya.  Alhamdullilah kini saya berada dalam group yang tepat, alhamdullilah alhamdullilah alhamdullilah. Ikhlas saya katakan group Shaklee bagaikan group usrah bagi saya..mentor saya bagaikan nakibah untuk saya, Ya Allah dekatkanlah apa apa yang mendekatkanku pada Mu.

Buat teman teman yang mahu dibimbing group Shaklee rahsia alam maya kami insyaAllah mampu membantu. Alhamdullilah sekali lagi, diri yang kosong dengan ilmu bisnes ini juga semakin terisi, semakin berani untuk berniaga, rasa malu tak yakin pada diri mulai hilang dengan motivasi dari mentor yang tak henti, ilmu dan semangat yang ditiup oleh mentor dan rakan rakan group sangat berharga bukan saja untuk bisnes Shaklee semata mata malah untuk apa apa yang dilakukan dalam kehidupan. Buat yang malu untuk berbisnes, tiada ilmu untuk memulakan, Shaklee sangat sangat membantu anda untuk berjinak jinak dalam perniagaan, kita dibimbing berterusan dan yang penting kita juga dibimbing untuk meningkatkan usaha dan iman juga berserah padaNya. Moga Allah beri ruang untuk saya lebih lama bersama Shaklee , berkongsi ilmu, tingkatkan iman, kukuhkan ekonomi dan saling pengaruh mempengaruhi yang baik baik untuk agama islam tercinta. Amin.


Tuesday, 1 October 2013

lembaran baru

Assalamuallaikum,

Bismilahhirahmanirrahim.
Alhamdullilah saya membuka semula blog peribadi yang lama saya tinggalkan sepi.....
agak kekok untuk mulai menulis :)
banyak kenangan dalam blog ini,
post terakhir saya adalah semasa di Jepun, ketika masih mengandungkan Umar hero ke tiga saya.
Kini Umar sudah pun berumur setahun lebih,
Moga dapat saya gunakan blog ini untuk mendidik diri untuk dekat padaNya,
moga Allah dekatkan diri saya pada apa saja yang mendekatkan diri saya pada Allah.
Moga blog ini dapat memotivasikan saya, dekat pada orang orang yang boleh memberi inspirasi pada saya, membesar dan mendidik anak dengan jayanya, belajar menjadi insan yang lebih baik.
moga blog ini menjadi ruang untuk saya mencari ilmu dan berkongsi ilmu.
Moga Allah beri kekuatan untuk saya memperbaikki kesilapan dan kelemahan diri,

Alhamdullilah dan insyaAllah saya akan terus menulis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...