Thursday, 27 January 2011

geram kat adik

haikal selalu geram kat adik....
kadang kadang dia sayang adik sambil ketap gigi....haikal geram sangat adik yousuf ni...gemuk sangat adik ni......
tu kadang kadang bahaya tinggalkan haikal ngan yousuff...walaupun selalu juga haikal jaga elok adik dia....
:)
semoga abnag dan adik ni membesar jadi anak soleh






vidio haikal dan yousuf

akhirnya jumpa jugak benda alah ni..papa yg simpan dlm beg papa...patutla puas cari tak jumpa....akhoirnya dapat juga upload vidio haikal dan yousuf
Masa ni Yousuff baru 2 bulan...time ni yousuff dah start keluarkan bunyi ...rasa excited sangat rasa bila Yousuff suka berbual dgn gaya dia tersendiri....renungan mata yousuff...mulut yg comel....buat mama rindu yousuff selalu....:)

Ni pula masa haikal umur 2 tahun 10 bulan....kena letak umur setiap vidio...nanti bila tgk balik bila dah besar blh la tau kan.....zikir munajat...tapi rentak zikir dah laju sgt...


satu ..kasih nan abdai
tiada tandingnya
Allah yang satu

dua...
sayang berpanjangan
membawa ke shurga kasihnya mama

tiga
lapar dan dahaga
rela berpayah
setianya papa....

(sekarang haikal dah panjangkan sikit dah lagu tu ...
tambah...)

mama kuingat dahulu menyisir rambutku
kemas selalu

papa menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu bila dewasa...




Wednesday, 26 January 2011

lauk oh lauk

hihi kadang kadang ingat nak snap...kadang kadang lupa...

Ni dia ayam goreng lengkuas...ni resepi mbak nety....
bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serai dimesin halus....kemudian perapkan dengan ayam...jgn lupa bubuh garam pulak....
lepas tu rebus ayam yang diperap tu...tak perlu tambah air...air perapan tu pun dah cukup....rebus sampai kering air....pastu baru goreng....hampas hampas tu pun digoreng sama....sedap!...ni car agoreng orang indonesia..tapi tak pasti indonesia bahagian mana...

Makan ayam goreng tu dengan sambal mbak nety..dan kari jepun...memang kena!...
sambal tu diberi nama sambal mbak nety sebab dia juga yang ajarkan....lain sikit sambal ni sebab guna cili campur taucu....saya guna cili kering jepun campur taucu(dari malaysia) perasakan dengan gula sikit dan asam limau...dan saya masukkan daun limau purut(yang ni ikut cara sambal mbak seko...bubuh daun limau purut)
sedap juga sambal ni...tapi saya makan yg mbak nety buat hari tu lagi sedap...mungkin taucu tu berbeza..mbak nety guna taucu jepun...saya pula guna taucu dari malaysia...ermmm

ayam kicap bermadu...ni kegemaran haikal...tak payah goreng ayam tu...perap dengan kicap, madu sostiram, bawang putih, garam....pastu masak atas pan yang tak lekat tu....sedap!...time ni tgh tak sihat, tak mau makan yg berminyak ...tu masak benda yang tak payah goreng

Daging kambing berlada...daging kambing direbus dengan bawang putih, bunga lawang dan kayu manis.....agak agak dah lembut....masukkan ke dalam cili yang dah ditumis....sepatutnya kena tumis ngan bawang merah juga...tapi sebab dah habis bawang...say amasak guna cili jepun semata...perasakan dengan garam dan gula...dan bubuh serai sikit.....sedap.....suami saya suka sangat...tapi lepas tu pening....daging kambing kot....sapa besa masak daging kambing ..macammana nak bagi tak pening....saya selama duk jepun ni baru dua kali beli daging kambing...ada lagi ni dalam peti yang tak masak lagi...tak berani nak masak, satgi takut pening pulak.....ada cara masak khas ka untuk daging kambing?

mainan kegemaran yousuff

Yousuff buka mulut duk keluar suara geram kat mainan dia la tu.....

nilah antara mainan kegemaran yousuff...papa belikan bulan 12 hari tu...
alat mainan ni boleh keluarkan 3 jenis bunyi semasa dia berpusing...bunyi muzik, bunyi jantung dan bunyi burung....

masa hari mula mula haikal la yang terlebih suka....haikal jadikan stereng keretala...papa dah marah si abang ni...sebab takut rosak mainan adik...abang lasak sangat....
pastu haikal asyik nak buka bunyi jantung sebab dia kata tu bunyi bom....sekarang haikal dah tak minat dah main benda ni....dia pun tau kot tu mainan budak kecik....

dapat la yousuff menikmati mainan sepuasnya....yousuff memnag suka tengok benda tu pusing pusing ...mulala dia mengeluarkan suara happy dia...tangan pulak terkayuh kayuh nak capai...tapi tak pandai capai lagi....ada sekali tu yousuff ralik tengok benda tu pusing pusing sampai tertido....tapi sekali tu ja baru benda tu berjaya menidurkan yousuff...:)
terima kasih papa belikan yousuff mainan yang bestni.... :)

(mama ada rakam aksi yousuff yang seronok tengok mainan dia berpusing ...tapi tak dapat nak upload lagi ...entah ke mana mama letak benda yang nak kena sambung kat labtop ni...tak jumpa jumpa cari...hihi careless mama ni)


Sunday, 23 January 2011

Kaabah

ermmm...sekali tulis...banyak banyak entry....
saya jadikan blog ini sebagai mengumpul cerita saya dan famili untuk dibaca kemudian hari....tu yang saya pakai humban ja bila free....nak tulis hari hari kadang kadang macam mood tu tak datang....hihi takpalakan...

ni pun kejadian yang berlaku minggu lepas kot...
pasal haikal lagi...

tengah duk tengok tv...tv malaysia...ada laungan azan...pastu keluar gambar kaabah...
haiakl tiba tiba bertanya pada saya dengan kuat...masa tu pun papa ada juga depan tv

"Mama, mama!...tu apa mama...tu mama?"

"OO...tu kaabah"saya jawab ringkas...

"Tok ayah dengan Tok umi pegi situ la"...haikal dengan sungguh sungguh tunjuk ke arah kaabah tu ..

saya terus bertanya pada suami...pernah tunjuk gambar kaabah atau bercerita pasal kaabah ka....sebab saya tak pernah story pun pasal kaabah kat haikal...saya cuma bagitau haikal...tok ayah tok umi gi mekah....suami saya pun tak pernah cerita apa apa...

saya dan suami agak tekejut...saya rasa gugup sekejap...adakah anak anak kecil boleh melihat sesuatu yang kita tak mampu lihat.....subhanaAllah....tiba tiba saya rasa takut dan seram...nak tidolah ...bye


kek oh kek!!

Kek milo...bagus juga resepi kek ni....lain kali boleh buat lagi...tempek resepi kat sini untuk rujukan akan datang...diambil dari SINI

Kek milo

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1/3 sudu soda bikarbonat
1/3 cawan serbuk milo dicampur 2 sudu besar air panas ( jadikan pes)
1 biji telur
1/4 cawan minyak masak
1/3 sudu kecil sedikit coklat emulco

Caranya
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur dan gula hingga agak kembang, kemudian masukkan pes milo, coklat emulco dan minyak masak, pukul sebentar. panaskan oven 170 darjah.

2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula ataupun senduk kayu, kaup balik. alas acuan bulat dengan kertas minyak dan akhir sekali bakar selama 30 minit.

3. sejukkan atas redai dan toppingkan dengan coklat masakan atau ape jua hiasan yang anda gemari. sesuai untuk si kecil anda, selamat mencuba.


Kek Yougurt...resepi ni pun jadi...kalau ikut resepi asal , letak buah peach...tapi kat rumah ni tak ada ...saya letak mix fruit ja...pun ok jugak rasanya...teringat resepi kek nanas Mbak seko, entah kemana saya hilangkan resepinya....
ok ni resepi kek yougurt untuk rujukan sendiri next time ok!

  • ½ cawan yogurt
  • ½ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • ½ cawan minyak masak
  • buah peach (dipotong dadu)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
  4. Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
  5. Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
  6. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.




Kek pandan...ni ada dua resepi berbeza...saya lebih suka yang potong besar besar tu...sedap....unik resepi ni sebab bubuh kelapa kering, jadi lemak lemak basah kek tu...
ni resepi kek pandan ni...buat makan pagi degan nasi goreng style kak liza....tak pernah goreng nasi guna marjerin...best juga...dan nasi goreng kak liza ni, pecahkan telur siap siap dalam nasi, kacau...pastu baru bubuh dalam kuali...tujuannya supaya nasi tu tak lekat lekat...almaklumlahlah beras jepun memang melekit sikit....bagus cara kak liza ni...kata kak lizatu cara org jepun buat nasi goreng....

Kek pandan kelapa

125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri(saya bubuh satu sudu baking powder dgn sodabikarbonat)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.

Mari membaca Haikal


...dah lama nak tulis pasal perkembangan haikal ...tapi asyik tertunda tunda...
mengimbas kenangan lalu...haikal mula menghafal lagu ABC..dan boleh menyebut ABC mengikut turutan hingga Z...pada usia 1 tahun 10 bulan....saya masih ingat lagi , saya mengajar ABC bermula dalam kereta ketika ke LAMU...pastu setiap kali naik tangga turun tangga...mesti akan sama sama baca ABC...haikal akan ikut...seronok bermain begitu ...namun pada masa itu, saya tak mengharapkan haikal untuk menghafal...dan saya tak terfikir yang haikal sesuai menghafal pada usia itu, maklumlah anak pertam atak ada pengalaman mengajar anak lagi...cuma sekadar suka suka, tak tahu nak sebut apa...jadi bacalah ABC dan haikal ikut...rupa rupanya ia terkesan pada minda sikecil haikal....saya menyedari yang haikal hafal ketika mendaki anak tangga di taman Dogo...haikal menyebut turutan ABC sampai Z...pada masa tu saya amatlah seronok kerana tak sangka...tulah antara pengalaman manis saya dengan haikal...

Bila saya dah tahu yang haikal telah menghafal , saya jadi teruja...dan ingin haikal tahu lebih lagi....saya mula memasang azam untuk haikal mengenal huruf ABC, bukan sekadar menghafal....saya gunakan konsep yang sama...bermain sambil belajar....tapi usaha saya tak berjaya...haikal tidak cenderung untuk mengenal huruf....saya masih ingat lagi...saya belikan poster ABC, haikal mengoyaknya...saya tampal di tempat yang tinggi...haikal susun bantal tinggi tinggi untuk ambik poster tu...memang tak berjaya, jadi say abiarkan saja...pada masa tu haikal lebih suka bermain mainan...bergurau, menyanyi, melompat, panjat kerusi untuk basuh pinggan dalam singki....walaupun tak mahu mengenal ABC, haikal sukakan buku...dan amat suka kalau dibacakan cerita...dan pada masa tu buku kegemeran haikal adalah Hiyoko...mama masih ingat lagi haikal :)...

dan akhirnya pada bulan lepas, pada usia 2 tahun 10 bulan...ketika makan pagi....saya letakkan tin biskut JACOB di atas meja..tin tu ada gambar orang makan biskut...haikal berminat dengan gambar tu...di amula tanya itu dan ini...dah habis gambar gambar kat tin tu yang di tanya , akhirnya haiakl beralih pada huruf J...

"Mama, mama...ni huruf Jay kan..huruf jay..macam payung".
"Betul..pandai haikal..., yang ni pulak huruf apa..."

haikal berfikir dan berjaya menyebutnya....
"wah haikal ingat dah huruf ni"....saya pun mula la seronok tanya dia perkataan perkataan besar yang lain yang tertera pada tin tu...sejak hari itu...haikal memang suka sebut huruf huruf yang dia nampak...contohnya pada kotak tisu, pada kotak makanan. pada signboard di jalan...
jadi sejak tu, aktiviti di atas kereta selain dari membebel ...haikal akan sebut huruf huruf yang dia nampak....tapi yang kelakarnya...haikal akan menyebut bermula dari kanan perkataan...contohnya JUSCO...haikal akan baca dari O dulu...lawakla anak mama ni :)

disebabkan haikal sudah boleh mengenal huruf....saya suka untuk mengajarnya mengeja...tapi nampak nya haikal tak suka belajar mengeja...hinggalah suatu hari, rancangan upin ipin terbekas dalam fikiran haikal...ada satu episod tu...upin eja AYAM...haikal asyik tiru ja...A..aa....YAM..yammm...AYAM....
pastu saya ajar haikal...kalau mama..MA..ma...MA..ma..MAMA
Haikal seronok!...dia mula berminat...
antara perkataan awal yang saya ajar adalah..MAMA, PAPA, CUCU, SUSU, KUKU, PUPU, PIPI,GIGI dan ADIK,,,namun saya tak pasti haikal mengeja atau menghafal...say abiarkan saja dia ikut mood dia...mungkin sampai masa nanti dia mula suka untuk belajar mengeja pula...

Saya juga ada mengajar haikal mengenal alif ba ta...namun sampai kini, haikal masih belum mengenal sepenuhnya....tak apalah slow slow...haikal masih berusaha menghafal surah surah awal pendek...masih belum lancar sepenuhnya....semuanya sambil main main...
bab mengaji ni saya agak risau sikit..sebab orang orang tua kata, bila budak dah dapat mulut wajib ibu bapa ajar mengaji..moga Allah mudahkan haikal mengenal alif ba ta...

Itu sahaja perkembangan haikal....
selain dari tu ...papa ada belikan haikal puzzle baru bulan 11 hari tu....kiranya haikal dah ada dua jenis puzzle....yang pertama adalah hadiah hari sukan sekolah...yg kedua yang papa beli....
haikal amat amat suka main puzzle...tapi yang tak bestnya...pandai main tapi tak pandai simpan....semalam pegi hard off haikal nampak puzzle dan minta dibeli....tapi papa mama tak mau beli lagi sebab haikal tak pandai jaga puzzle....kena pandai jaga puzzle baru boleh beli yang baru ok! :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...