Assalamuallaikum
Saya ingin berkongsi resepi kek kukus munira yang sedap dan moist ni...
sebelum ni kalau buat kek coklat saya ikut resepi dari Fendi di My resepi , tapi semenjak belajar buat kek kukus coklat dari adik ipar saya Aimi, terus melekat kat resepi kek coklat kukus ni....
Saya belajar buat kek kukus ni masa balik bercuti raya haji di kampung...Aimi yang ajarkan...mudah sangat danhasilnya sungguh lembut moist dan sedap....saya suka resepi ni sebab tak guna hand mixer so tak perlulah saya berebut dengan anak anak especially Yousuff yang suka tolong saya buat kek... :)
ok ni resepinya,
3/4 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Semua bahan diatas dicampur ke dalam satu bekas, kemudia dipanaskan di atas api yang perlahan, kacau sehingga gula larut, rehatkan sekejap bila dah sebati.
Kemudian,
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
semua bahan ini diayak,ketepikan
Kemudian, balnderkan 4 biji telur sehingga kembang.
Akhirnya campurkan berselang seli campuran tepung dan telur ke dalam bahan yang dimasak tadi...
kukuskan selama 45 minit..
peringatan,
semasa tengah sukat dan campur bahan tu dah boleh panaskan kukusan, supaya bila kek dah ready nak dikukus, kukusan dah panas so jimat masa
tutup kukusan dengan kain atau tutup bekas kek dgn aluminium foil supaya air tak jatuh atas kek...
Jangan buka kukusan sehingga 40 minit....nanti tak comey kek tu
Ok selamat mencuba
Tuesday, 12 November 2013
Thursday, 7 November 2013
Usaha untuk kurus dengan Shaklee
Bismillahirrahmanirahhim
Kalau cakap bab kurus ni, ramai yang berminat…tak
kira lelaki atau perempuan ramai yang nak sangat kurus….
Nak kawin - saya nak nampak kurus atas pelamin
Nak raya – saya nak kurus pakai baju raya baru
Nak naik stage – oh saya nak sangatt kurus….
Kurus kurus kurus kurus….
Teman teman ingatlah dalam kita mengejar untuk
kelihatan kurus, janganlah abaikan keselamatan dan kesihatan diri. Andai kurus
sekalipun tetapi badan sakit, nikmat kurus tu tak membawa erti lagi. Sebab tu
sebelum kita consume sesuatu untuk tujuan kurus atau untuk mencantikkan badan
kaji dulu apa bahannya, berapa dosnya, apa kesannya,…semua tu anda perlu tahu
untuk anda kurus dengan sihat.
Banyak produk pengurusan badan di pasaran, anda
boleh pilih yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada juga yang murah
murah….semuanya menjanjikan yang elok elok, jadi andalah yang bertanggungjawab
membuat pilihan terbaik untuk diri anda, ambil masa kaji dan fikir dahulu
sebelum laburkan duit anda, jangan perjudikan kesihatan anda.
Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang produk
set kurus Shaklee, saya ingin menulis tentang tips tips kurus semulajadi. Tips
kurus semulajadi ni sangat penting untuk anda amalkan dalam masa mengambil
supplemen Shaklee. Supplemen Shaklee boleh membantu dan merangsang badan anda untuk
kurus dengan lebih cepat jika anda mampu seiringkan usaha dengan tips tips ini.
Untuk kurus dengan cepat dan berpanjangan, bukan
seminggu kurus, minggu depan dah naik balik L anda sangat perlu
meningkatkan kadar metabolism badan anda. Apa itu metabolism? –jumlah tenaga
atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi fungsi tubuh asas.
Jadi pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolism akan kurang membakar
kalori dalam badan. Mereka yang tinggi kadar metabolism akan lebih cepat
membakar lebih banyak kalori.
Jadi apakah cara untuk meningkatkan metabolism
badan?
1.
Jangan berlapar (tatapi andai anda mahu jadikan puasa sebagai amalan
untuk anda kurus disamping mendidik iman, itu adalah bonus untuk anda kurus.
Contohnya puasa nabi Daud, puasa selang sehari J
Puasa adalah amalan yang sangat baik, memang kita menahan lapar dan dahaga
tetapi Allah suruh kita bersahur dan berbuka, anda tidak kelaparan sebenarnya,
anda sedang mendidik jiwa….
Diet yang aggressive juga menyebabkan
badan anda terkejut , anda kelaparan …otak anda tidak menerima signal untuk
membakar kalori…lama kelamaan amalan berlapar ini menyebabkan kadar metabolism
badan akan semakin rendah dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk kurus. Jadi
untuk kurus jangan tak makan ok J
2.
Tambahkan
protein dalam diet. Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolism. Ini
kerana , badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein
berbanding karbohidrat.
Ikan merupakan sumber protein yang
sangat baik. Ikan Salmon misalnya mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat
meningkatkan jumlah pembakaran lemak dalam badan (omega guard Shaklee the best)
3.
Makanlah dengan
kerap. Menguyahlah sekerapnya, semakin kerap kita makan semakin tinggi kadar
metabolism badan. Tapi jangan pula mengunyah makanan ringan tu memudaratkan…dan
janganlah pula setiap 3 jam makan nasi penuh pinggan itu menggemukkan…
Anda boleh pilih buah buahan seperti
epal, pisang atau kekacang.semakin kerap anda makan, otak anda sentiasa
mendapat signal untuk membakar kalori. Setelah menjadi amalan, otak anda akan
terbiasa untuk merembeskan enzim membakar kalori lantas metabolism badan anda
dapat ditingkatkan. Jadi senanglah usaha anda untuk kurus.
4.
Minumlah teh
hijau, kopi atau air kosong.
Kopi atau teh hijau mengandungi kafein.
Kafein adalah bahan semulajadi yang dapat meningkatkan kadar metabolism
badan.Teh hijau juga mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisma
, anda dapat rasai kesannya dengan pengambilan 4 atau 5 cawan teh hijau sehari.
Cubalah.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya
tinggal di Jepun. Teh hijau menjadi minuman utama semua golongan termasuk kanak
kanak ,remaja, orang tua dan dewasa….
Teh hijau diterapkan sejak usia kecil
lagi , contohnya anak saya Haikal ke sekolah setiap hari dihidangkan (oocha) teh
hijau setiap kali makan tengahhari dan minum petang. Jika mereka keluar jalan
jalan (oosampo), dan perlu bawa bento(bekal makanan) dan minuman, cikgunya akan
berpesan agar bawa oocha sahaja bukan minuman milo atau berperisa yang lain. Di
kedai kedai makan oocha sentiasa terhidang, oocha menjadi sesuatu yang wajib
dalam kehidupan masyarakat Jepun. Sebab itulah, susah nak jumpa orang jepun
yang gemuk. Mereka telah berjaya membudayakan cara makan yang dapat meningkatkan
metabolism badan.
(
Shaklee mencadangkan Cinch tea untuk meningkatkan metabolism badan…saya percaya
dan yakin ianya produk hebat kerana saya tahu sejauhmana kebaikkan teh hijau
dan ketelusan serta kesungguhan Shaklee memilih bahan berkualiti untuk hasilkan
produk hebat)
5.
Bersenamlah dan kekal aktif setiap hari. Bersenam bunyi macam mudah
tapi tak dinafikan banyak alasan yang kita berikan seperti malas, tak ada masa, tak suka letih letih…
Mungkin kita
dapat mencari inisiatif bersenam tanpa sedar, contohnya:
-
Berjalan laju
-
Gunakan tangga, berlumba dengan rakan pejabat siapa sampai atas dulu J
-
Buat kerja rumah cepat cepat, sidai baju cepat cepat, sapu sampah cepat
cepat..
-
Window shopping sampai letih dan banyak lagi mungkin idea kreatif dari
anda.
Senaman menggunakan pemberat khusus untuk otot
juga baik untuk membantu anda kurus dengan cepat dan cantik. 1 paun otot akan
membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10
kalori. Oleh itu meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar
metabolism badan anda.
Sekali lagi saya ingin kongsikan tips membina otot
tanpa menggunakan pemberat, tips ini saya dapat dari rancangan jepun….caranya
mudah saja…contohnya untuk otot perut,
Bersedia untuk lakukan sekarang……
Ok, sekarang…
Keraskan perut anda…keraskan …ya keraskan dan
tahan 30 saat….
Anda berjaya buat…..ulang lagi dan lagi….amalkan
setiap jam buat 10 kali…..lama ke lamaan anda akan membina otot di perut
anda…mudah tanpa pemberat tanpa bergerak, cuma keraskan otot anda di kawasan
perut sahaja….
Ok panjangnya, tapi apa yang saya tulis ini
penting untuk anda kuruskan badan….ditambah dengan set kurus Shaklee semuanya
akan jadi mudah insyaAllah.
Dalam set kurus Shaklee, kami bahagikan kepada 4
fasa penting
o Detox
o Pecahkan lemak
o Membina tisu dan otot
o Meningkatkan kadar
mtabolisma
Detox
Pilihan
untuk detox adalah Herb-lax atau
Alfalfa. Kedua dua produk ini bertindak membersihkan usus anda. Toksin, lemak
dan lendir yang melekat pada dinding usus akan disingkirkan melalui pembuangan
air besar. Proses ini penting untuk memastikan usus anda bersih dan memudahkan
penyerapan nutrient pada tahap optimum.
Selalunya
Herb-lax menampakkan kesan selepas 8 hingga 12 jam selepas pengambilan, ia
dapat membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk mempercepatkan
proses pembersihan secara lembut, anda akan membuang dengan lancar
insyaAllah…bila usus clear secara tak langsung ia mempamerkan perut yang
sedikit
kempis…
Yang mana
satu sesuai?
Herb-lax
dirumuskan dengan 9 jenis herba terpilih khusus untuk detoksifikasi, kombinasi
herba dalam herb-lax telah pun digunakan secara traditional untuk melegakan
sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas, oleh itu sesiapa yang
memang ada masalah sembelit terus saja pilih Herb-lax,
Dan untuk
yang tak ada masalah sembelit anda boleh pilih Alfalfa, terutamanya ibu ibu
yang menyusukan bayi kerana dikhuatiri akan menyebabkan baby anda cirit birit
pula nanti.
Memecahkan lemak
Pilihan
untuk memecahkan lemak adalah Lecithin atau Omega. Kedua dua nya tidak dapat
dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk fungsi badan, jadi bekalan
lecithin dan omega sangat perlu untuk badan anda.
Sejujurnya,
saya cadangkan anda ambil kedua duanya…kerana kedua duanya sangat berkesan
untuk memecahkan lemak….
Tetapi jika
anda tak cukup bajet boleh pilih antara dua produk ini.
Lecithin
merupakan pengemulsi lemak semulajadi, ia mempunyai kesan melekat pada lemak,
menyebabkan lemak terapung dalam darah, menghalang lemak dari melekat di
dinding membrane. Lecithin dapat menggalakkan metabolisma lemak dan mencairkan
lemak. Ini dapat menurunkan paras kolesterol dalam badan. Sebab tu dalam
perubatan, antara rawatan menurunkan paras kolesterol adalah dengan menggunakan
lecithin. So bila anda berjaya singkirkan lemak dari badan insyaAllah usaha
kurus anda hampir berjaya…dan ingatlah jangan tambahkan lagi lemak jahat dalam
pemakanan anda, susah susah nak buang senang senang anda ambil balik….sebab tu
orang kata “fikir dulu sebelum makan”
Omega guard
adalah minyak ikan yang mengandungi omega 3 fatty acid,ia mempengaruhi pelbagai
jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk leptin yang merupakan hormon
yang penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal
kepada otak untuk hadkan rasa lapar. Disamping itu juga omega 3 fatty acid
dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Banyak kajian yang telah
membuktikan omega dapat menggalakkan pembakaran lemak.
Membina otot dan tisu
Pilihan
untuk membina otot dan tisu semestinya ESP dan Cinch milk.
Bila anda
dah berjaya kuruskan badan, lemak dah berkurang , perut dah mengempis, lengan
paha dah berkurang saiznya, ESP dan Cinch dapat membantu anda membina tisu tisu
baru dan membentuk otot agar ianya tidak mengeleber, kusam dan tidak bermaya.
Pemakanan
tinggi protein sangat perlu dalam diet pengurusan badan, dan ESP dan cinch
sangat tinggi nilai proteinnya.
Kedua dua
ESP dan Cinch baik untuk bekalan tinggi protein bagi membina otot anda, tetapi
ESP lebih disyorkan pada ibu ibu yang menyusukan bayi kerana ia dapat
meningkatkan pengeluaran susu badan.
Meningkatkan metabolism
Ini adalah
pilihan jika anda ada bajet lebih, atau setelah anda berjaya mencapai tahap
kurus yang anda idamkan, teruskan dengan Cinch energy tea mix, rasa teanya yang
sangat umph! Tea mix ini dapat meningkatkan metabolisma, membakar lemak dan
mengekalkan kurus anda InsyaAllah.
Semoga kita
mendapat manfaat dari perkongsian ini…
Saya ingin
ingatkan teman teman, cadangan set kurus Shaklee ini bukanlah ubat kurus
seperti ubat kurus di pasaran, set ini merupakan supplement semulajadi yang
sememangnya diperlukan oleh badan tetapi sering terabai akibat cara pemakanan
dan kuantiti pengambilan yang tidak mencukupi. Ianya sangat semulajadi dan
tiada kesan sampingan berbahaya, anda hanya perlu konsisten mengambilnya dan
usahakan seiring dengan tips tips yang saya berikan di atas. Kesannya pantas
jika anda committed untuk kurus…jangan lupa berdoa kerana Allah sangat
sayangkan kita dan moga usaha kita dirahmatiNya.
Saya doakan
anda berjaya dengan SET KURUS SHAKLEE ini J
Boleh
hubungi saya untuk dapatkan info lebih lanjut tentang cara pemakanan atau
sebarang persoalan tentang Shaklee, moga kita boleh berkongsi ilmu J
NORLIN
013-9270211
Shaklee id :
1028243
Wednesday, 6 November 2013
Shaklee (dekatkanlah hatiku pada apa apa yang mendekatkanku pada Mu)
Alhamdullilah saya mahu menulis
juga pada satu satunya blog yang tersimpan banyak kenangan untuk saya.
Alhamdullilah saya kini merupakan seorang suri rumah sepenuhmasa dan telah
hampir dua bulan belajar dan berkongsi tentang Shaklee.
Banyak yang saya belajar dari Shaklee.
Shaklee bukan sekadar pengeluar produk makanan tambahan, kesihatan dan
kecantikkan yang bersih, berkualiti, “green”, dan unggul malah Shaklee berjaya
membentuk kumpulan yang membimbing untuk menjadi insan yang lebih baik.
Mengapa saya pilih Shaklee?
Pada mulanya, saya amat letih
menjadi seorang suri rumah, Ya itulah jawapan ikhlas dari saya, saya letih
menguruskan rumah tangga, minda yang saya rasakan sempit, kosong, saya rasa
sunyi walaupun hakikatnya saya amat sibuk dengan tiga orang hero kecil yang
bijak, aktif dan cergas. Namun kadang kadang hati saya rasa kosong, saya
perlukan sesuatu agar saya tidak terlalu melayan rasa letih yang mengundang
rasa bosan, saya perlukan sesuatu yang dapat menyuntik semangat dan memberi
cabaran untuk saya, saya perlukan sesuatu yang dapat mengalihkan rasa letih dan
keluhan yang sentiasa memberi ruang untuk syaitan membisikkan yang negative,
saya mahukan sesuatu yang muhibah yang dapat memberi ruang untuk diri saya
mencipta impian dan belajar berusaha
memburunya.
Saya sering berdoa
“Ya Allah dekatkanlah aku pada
apa apa yang boleh mendekatkan aku pada Mu, dekatkanlah aku pada apa apa yang
boleh mendisplinkan diriku untuk sentiasa taat dan mencintaiMu, dekatkanlah aku
pada apa apa yang boleh memaksaku tika aku malas untuk merinduiMu”
Setelah membaca blog teman saya
Ainul yang sekarang merupakan mentor dan mummy Shaklee saya, hati saya sangat
sangat terdetik dan terpanggil pada Shaklee.
Saya tertarik kerana Shaklee
mengajak saya untuk berdoa pada sang pencipta, Shaklee mengajak saya untuk
berharap, merayu, merintih pada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Shaklee
meniup semangat untuk saya berazam menginfakkan rezeki yang ada, Shaklee
mengingatkan saya untuk berbakti pada ibu bapa, Shaklee menanam rasa cinta pada
agama. Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku kerana lalai padaMu.
Itulah yang menarik saya pada
Shaklee, Tika saya berdoa, tika jiwa saya meronta ronta untukNya, Allah
datangkan Shaklee untuk saya.
Alhamdullilah kini saya berada dalam group yang tepat, alhamdullilah
alhamdullilah alhamdullilah. Ikhlas saya katakan group Shaklee bagaikan group
usrah bagi saya..mentor saya bagaikan nakibah untuk saya, Ya Allah dekatkanlah
apa apa yang mendekatkanku pada Mu.
Buat teman teman yang mahu
dibimbing group Shaklee rahsia alam maya kami insyaAllah mampu membantu. Alhamdullilah
sekali lagi, diri yang kosong dengan ilmu bisnes ini juga semakin terisi,
semakin berani untuk berniaga, rasa malu tak yakin pada diri mulai hilang
dengan motivasi dari mentor yang tak henti, ilmu dan semangat yang ditiup oleh
mentor dan rakan rakan group sangat berharga bukan saja untuk bisnes Shaklee
semata mata malah untuk apa apa yang dilakukan dalam kehidupan. Buat yang malu
untuk berbisnes, tiada ilmu untuk memulakan, Shaklee sangat sangat membantu
anda untuk berjinak jinak dalam perniagaan, kita dibimbing berterusan dan yang
penting kita juga dibimbing untuk meningkatkan usaha dan iman juga berserah
padaNya. Moga Allah beri ruang untuk saya lebih lama bersama Shaklee ,
berkongsi ilmu, tingkatkan iman, kukuhkan ekonomi dan saling pengaruh
mempengaruhi yang baik baik untuk agama islam tercinta. Amin.
Tuesday, 1 October 2013
lembaran baru
Assalamuallaikum,
Bismilahhirahmanirrahim.
Alhamdullilah saya membuka semula blog peribadi yang lama saya tinggalkan sepi.....
agak kekok untuk mulai menulis :)
banyak kenangan dalam blog ini,
post terakhir saya adalah semasa di Jepun, ketika masih mengandungkan Umar hero ke tiga saya.
Kini Umar sudah pun berumur setahun lebih,
Moga dapat saya gunakan blog ini untuk mendidik diri untuk dekat padaNya,
moga Allah dekatkan diri saya pada apa saja yang mendekatkan diri saya pada Allah.
Moga blog ini dapat memotivasikan saya, dekat pada orang orang yang boleh memberi inspirasi pada saya, membesar dan mendidik anak dengan jayanya, belajar menjadi insan yang lebih baik.
moga blog ini menjadi ruang untuk saya mencari ilmu dan berkongsi ilmu.
Moga Allah beri kekuatan untuk saya memperbaikki kesilapan dan kelemahan diri,
Alhamdullilah dan insyaAllah saya akan terus menulis.
Bismilahhirahmanirrahim.
Alhamdullilah saya membuka semula blog peribadi yang lama saya tinggalkan sepi.....
agak kekok untuk mulai menulis :)
banyak kenangan dalam blog ini,
post terakhir saya adalah semasa di Jepun, ketika masih mengandungkan Umar hero ke tiga saya.
Kini Umar sudah pun berumur setahun lebih,
Moga dapat saya gunakan blog ini untuk mendidik diri untuk dekat padaNya,
moga Allah dekatkan diri saya pada apa saja yang mendekatkan diri saya pada Allah.
Moga blog ini dapat memotivasikan saya, dekat pada orang orang yang boleh memberi inspirasi pada saya, membesar dan mendidik anak dengan jayanya, belajar menjadi insan yang lebih baik.
moga blog ini menjadi ruang untuk saya mencari ilmu dan berkongsi ilmu.
Moga Allah beri kekuatan untuk saya memperbaikki kesilapan dan kelemahan diri,
Alhamdullilah dan insyaAllah saya akan terus menulis.
Thursday, 29 December 2011
yousuff dah pandai minum susu guna botol
sekarang yousuff dah pandai pegang botol susu dan minum sendiri....alhamdulilah...tapi masih menyusu badan pada waktu malam ketika tidur, atau ketika mood yousuff tak elok...memang masih tak boleh pisah sepenuhnya lagi...takpalah slow slow...
kalau waktu siang , kalau yousuff nak susu...dia akan ambik botol bagi kat mama suruh buat..atau pun kalau yousuff nak susu mama (tunjuk tunjuk kat baju)...saya akan cakap..."mama buat susu botol ok"...yousuff akan angguk dan akan minum susu btol yang saya buat tu...seronok sangat rasa...
cuma time malam memang susah sikit sebab yousuff nak rapat dengan saya kot...yerlah musim sejuk ni memang dingin ja malam malam..takpalah yousuff mama bagi peluang untuk kita sama sama tinggalkan fasa menyusu slow slow ok....
ni ada vidio yousuff habiskan sebotol susu atas riba abang haikal sambil abang haikal nyanyikan lagu nasyid kat dia....memang best tgk yousuff minum susu botol sekejap ja habis...hihi lagipun botol kecik ja, dulu masa mula mula perkenalkan botol susu lagi kecik botolnya...susah sangat nak habis...tapi kali ni lajuja...mungkin tak lama lagi kena tukar botol besar pula...haikal pula memang dah tak sentuh botol...kalau saja saja usik dia suruh minum susu botol adik ...haikal mesti tak mau hihi...dah besar haikal...
ok itu saja ...baby dalam kandungan sihat...masih belum tahu jantina lagi...sekarang dah masuk 21 minggu...keadaan kesihatan saya masih sama sakit saraf kaki dan pinggul kiri ...setakat ni hasil ujian doktor semuanya ok , cuma bab bab sakit saraf ni lepas bersalin nanti kot baru boleh check detail...
ok gambatte mama...!
Monday, 5 December 2011
daun luruh
semalam kami bertiga ke klinik..sampai klinik lagi 2 minit atau satu minit nak pukul 12...saya terlupa yg klinik tutup pukul 12...sangka saya kami tak deterima...tapi alhamdullilah nurse nurse kat klinik tu sambut ketibaan kami macam biasa sebab belum pukul 12 lagi...kosong ja klinik tak dak orang...jadi depa memang beri perhatian kat kami jelah time tu...
selalunya, bila sampai kaunter..setiap ibi bapa kena check suhu anak anak sendiri dengan termometer..tapi kali ni nurse yang tolong buatkan untuk haikal..sambil buka baju sejuk dan sarung tangan haikal nurse tanya kenapa dengan hidung haikal ada kesan luka...nurse tanya haikal dalam bahasa jepun...
tersengih saya bila haikal ceritakan pada nurse tu macammana dia boleh jatuh...panjang lebar cerita dia....hahaha...terkedu mama...haika cakap nihongo(bahasa jepun) dan boleh jadi cerita...mama yang tak faham apa yang haikal cakap...kat rumah tak dakla jadi ayat panjang nihongo dia...oooo anak mama ni memang dah boleh komunikasi jepun, kat rumah tak rancak pun....
lepas diperiksa haikal dan yousuff..ambik ubat...yousuff disapu ubat luka kat hidung dia, sebab masa nak datang tadi yousuff jatuh tersembam atas jalan raya masa depan rumah...luka sikit hidung yousuff, kesian anak mama ni..tula tak duduk diam sangat dua beradik ni...
masa berjalan balik saya terlihat deretan pokok berdaun kuning ...sekarang ni musim luruh...jadi kami habiskan sedikit masa tengok daun kuning area situ jap...ada ambik vidio...dan
semoga batuk haikal dan yousuff semakin ok...selamat sihat anak anak mama
Sunday, 4 December 2011
haikal dan yousuff batuk
check up untuk pregnancy jumaat lepas batal sebab Yumiko, penterjemah bahasa untuk saya ada hal...jadi kami batalkan temujanji dengan doktor dan buat temujanji baru...
hari ni haikal dan yousuff batuk....nak bawa mereka ke klinik hari ni...teruk haikal batuk semalam....mesti sakit dada dia...kesian..
baby dalam perut dah rasa gerakan..bagi gelombang rasanya..rasa best sangat bila dah dapat rasa ni...semoga sihatla baby mama
sabtu yang lepas semasa di majlis perpisahan mbak netty, saya bertemu dengan isteri pak zainal, mbak nurul...mbak nurul baru datang ke jepun..mungkin tak lama...mbak nurul seorang doktor perubatan di Indonesia...saya ambil peluang tu untuk bertanya tentang sakit belakang saya...kata mbak nurul, mungkin sebab sejuk, jadi saraf yang tersepit akibat perubahan badan semasa mengandung akan terasa sakit...jadi saranan mbak nurul saya harus letakkan sesuatu yang panas di kawasan kaki dan belakang seperti tungku....actually saya dah buat macam tu...so saya kena teruskan lah cara tu supaya menampakkan kesan positif...dan harus terus bersabar...
saya ada bertanyakan mbak nurul mungkinkah saya mengalami slip disk...mbak nurul terkejut, katanya kalau slip disk memang teruk dan amat sakit...(dalam fikiran saya...ermm mungkin kot sebab emi dulu sampai pengsan)..tapi kata mbak nurul untuk memuaskan hati saya, mungkin nanti lepas bersalin saya boleh buat xray untuk check apa yg tak kena...tapi berdasarkan pendapat mbak nurul....saraf saya cuma tersepit....harap betullah jangkaan mbak nurul tu...semoga Allah pelihara kesihatan saya amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
