Wednesday 3 September 2014

Gla komplek Shaklee penyelamat cysts

Assalamuallaikum

Malam ni saya stay up khas untuk GLA-CYSTS

Khas untuk customer saya yang bertanyakan GLA. Promo GLA bulan lepas, saya tak sempat ambil tahu sangat pasal Shaklee sebab tumpukan berpantang, jadi dengan rendah dirinya, saya mohon maaf kepada yang bertanya tentang GLA Shaklee saya kurang arif dan perlu membaca dan membaca lagi...

Customer saya ini bertanyakan GLA dan CYSTS

Sebelum saya mencoret lebih lanjut, saya doakan customer saya ini dikurniakan kesihatan yang baik, disembuhkan dari penyakit, segala sakit yang Allah beri adalah ujian dan nikmat sebenarnya untuk kita...moga tidak takut takut, ragu ragu dan bertindaklah dengan tepat.

Ok

Sebelum tu apakah cysts? 



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari.Selalunya cyst dapat dikesan melalui ultrasound.Kehadiran cyst sukar disedari kerana tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tetapi jika terus dibiarkan boleh menyebabkan kerosakkan pada rahim.

Cyst menyebabkan masalah sistem reproduksi wanita terganggu

a)kesukaran untuk hamil
b)senggugut teruk ketika datang haid/period tidak teratur
c)ketidaksuburan
d)rahim tidak kuat



Apakah tanda tanda cyst ?

Selalunya ketumbuhan atau cysts dalam rahim agak sukar dikesan secara langsung terutamanya jika saiznya kecil, tidak seperti ketumbuhan pada breast yang paling mudah untuk dikesan berbanding ketumbuhan pada bahagian bahagian lain badan.



Antara simptom mudah cysts adalah

~ Sakit dan rasa kembung pada perut, selalunya pesakit nampak buncit seperti orang mengandung 3 bulan.
~Sukar untuk kencing atau pun kerap kencing.
~Sakit ketika melakukan hubungan sex.
~Sakit ketika haid dan mengalami pendarahan yang tidak normal seperti keluar ketul ketulan darah
~Pertambahan berat badan
~Muntah muntah
~Hilang selera makan dan berasa kenyang dengan cepat.


Saya pernah mendengar cerita dari rakan saya, dia mengalami Cysts di dalam ovari, ketika itu usianya masih kecil dan tidak perasan tentang perubahan badan. pada suatu hari ibunya menegur perutnya nampak buncit, dan atas keprihatinan ibunya, dia terus di bawa ke hospital dan alhamdullilah tindakan pantas ibunya berjaya menyelamatkannya. Jadi mungkin sign yang paling jelas adalah "perut buncit".

Saya juga pernah melalui pengalaman seminggu di lab Histopatologi Hospital Pulau Pinang (ketika menjalankan latihan industri pada tahun kedua pengajian mikrobiology, USM ). Di lab histopatologi boleh dikatakan setiap hari kami dihidangkan dengan rahim rahim yang telah dibedah untuk dibuang. (ada juga spesimen lain seperti breast, organ dari bilik mayat untuk postmortem, dan sebaginya). Bentuknya pelbagai bagai saiz dan keadaan. Ada yang ketumbuhan ada yang kanser. Walaupun saya langsung tidak ada ilmu bab bab itu tapi saya gunakan sebaik mungkin seminggu yang dijadualkan untuk mendekati seorang Dr perempuan yang bertugas memotong (untuk check keadaan spesimen, dan seterusnya disediakan untuk dilihat keadaan sel yang abnormal di bawah mikroscop, ohh saya dah lupa apa nama kaedahnya).

Dr perempuan tersebut menjelaskan pada saya, (selalunya sambil sambil Dr tu buat kerja potong potong), yang ketumbuhan atau cysts boleh dikawal dengan pengambilan evening primrose oil, tetapi jika ianya telah ditahap yang berbahaya adalah sangat perlu dibuang segera sebelum cysts tersebut pecah dan meracuni badan pula. Saya memang ingat kata kata Dr tersebut sebab ummi saya pun memang mengamalkan evening primrose oil (ada dalam peti rumah so selalu ternampak), jadi nama evening primrose oil tu dah familiar cuma saya tak ambil tahu fungsinya dengan jelas, yang saya tahu ianya bagus untuk kesihatan wanita.

Melalui penerangan Dr tersebut, Cysts jika telah membesar dan jika Dr menasihatkan untuk dibuang lebih baik buang sahaja (bedah). Tetapi jika masih di peringkat awal, boleh menggunakan evening primrose oil untuk kawal. Sangat terkejut saya dan rakan rakan bila Dr tersebut membelah rahim rahim dan ovari ovari yang dibuang, ada yang keluar cecair busuk coklat, ada yang keluar gumpalan rambut, ada yang keluar cebisan tulang dan gigi, subhanaAllah...hebatnya penyakit yang Allah berikan. Kata Dr itu bukanlah baby ( kerana kami yang buta medic ni ingatkan baby :)... ) ...rupanya itu adalah ciri ciri ketumbuhan, subhanaAllah...

lebih kurang macam ni la rambut yang saya tgk tu.


Dan saya masih ingat lagi Dr tersebut menerangkan kepada kami, cysts ada dua jenis....iaitu "benign" atau cysts bukan kanser dan sejenis lagi cysts kanser. Sebab tu penting untuk ke hospital dan lakukan pemeriksaan untuk kenalpasti jenis cysts. Kalau kanser, lebih baik buanglah bahaya nanti merebak pula...dan jika Cysts benign mungkin boleh "tunggu dan lihat" (time nilah boleh guna GLA) jika membesar juga lebih baik operate dan buang.

Cysts pula dari pengalaman saya seminggu di lab histopatogi tu ada yang kecil besar guli, besar bola pingpong, besar bola tenis....dan kami berpeluang melihat cysts seberat 15 kg, di bawa menggunakan troli masuk ke lab...

dan pesan Dr tu lagi,
jangan takut untuk buang ovari....wanita dikurniakan Allah dua ovari...jika buang satu demi keselamatan kita masih ada satu lagi, dan keberangkalian untuk mendapat zuriat tetap ada. Nenek saya bidan, ramai juga yang datang dengan satu ovari selamat mengandung dan melahirkan bayi, bukan 1 atau 2 anak tetapi yang anak ramai pun ada walau dengan satu ovari. Ada juga beberapa rakan saya dengan satu ovari tiada masalah , jadi jika anda berada di tahap bahaya perlulah bertindak cepat dan bijak.

Ok,
melalut cerita pengalaman lama pula saya....alhamdullilah saya dapat berkongsi sama pengalaman tu dengan pembaca blog hari ini....

saya tertarik dengan Evening primrose oil yang Dr tersebut kongsikan.

apa yang menyebabkan ia baik untuk mengawal cysts?

rupanya disebabkan oleh kandungan GLA ( gamma-linolenic acid) yang merupakan sumber terbaik Omega 6. Omega 6 diperlukan oleh badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawalatur proses badan yang normal.

Dengan pertambahan prostaglandin, ia dapat mengecutkan cysts dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cysts sekaligus merawat masalah cysts.

Evening primrose oil vs GLA COMPLEX SHAKLEE

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening primrose oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesannanya terpelihara oleh shakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovaibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalm sel dan tisu.

Sumber Asli GLA

Sumber GLA yang paling tinggi adalah dari Borage


Jadi jika anda ada pilihan untuk dapatkan sumber GLA dari sumber sumber lain, tentulah kita akan pilih yang terbaik....EPO juga baik, tetapi sumber dari Borage lebih tinggi kandungan GLAnya, kerana itulah Shaklee memilih Borage untuk mendapatkan yang terbaik.


Jika anda ada Cysts?

Cubalah dulu gunakan GLA kompleks, mana tahu dengan khasiatnya dapat seimbangkan hormon dan dapat kecutkan cysts anda , tak perlu dibedah, tak sakit, tak trauma. Jaga pemakanan harian, elakkan makanan yang boleh rangsang atau tingkatkan aktiviti cysts.

kagum juga saya dengan Shaklee, ramai yang menggunakan GLA komplex untuk rawat Cysts dan ianya berjaya, anda boleh lihat banyak testimoni yang berjaya...sakit cysts ni bukan macam sakit kepala, nak kurus, nak kulit cantik...yang boleh perasan sendiri kesan positif dia...tapi berdasarkan check up Dr, perlukan operasi khas untuk lihat keadaan Cysts, jadi jika hasilnya kecut, memang kecut...jadi sangat berbaloi jika anda yang bermasalah cysts mencubanya. InsyaAllah usaha doa tawakal.

tetapi, 

jika Dr mengatakan anda perlu buang, dan cysts anda tetap tidak mahu mengecut malah semakin membesar, jangan tunggu tunggu...bertindak dengan cepat dan tepat! Kepakaran Dr berdasarkan ilmu dan praktikal disamping pengalaman luas, mungkin itu yang terbaik.


Manfaat lain GLA 

GLA Complex Shaklee bukan hanya untuk wanita. Tapi juga sesuai untuk lelaki, remaja dan kanak-kanak. Antara manfaat utama terhadap kesihatan daripada pengambilan GLA Complex secara konsisten ialah:

1. Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen Dan TestosteronGLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopause - Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang Kanser - GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap, Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan Dan Menghalang Tambah Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

10. Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopause dan andropause (menopause lelaki)


Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih detail
boleh hubungi saya
sms atau wasup di 
Norlin 013-9270211

id Shaklee saya: 1028243

Moga kita dapat berkongsi ilmu 
Moga Allah kurniakan sihat pada kita
amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...