Wednesday, 26 March 2014

sciatic nerve pain


Pada kandungan 6 bulan untuk anak ke 4 ini...saya melalui saat paling getir setakat ni dalam fasa mengandung....sudah beberapa hari saya menderita sakit pada saraf di tulang pinggul kaki kiri..

 sakit tajam dan menikam pada pergerakan tertentu..hampir 90% aktiviti harian saya slow...buat ker rumah bila tak sakit, cepat cepat buat sidai baju, sapu samaph , lipat kain...saya hanya ada masa 5 minit untuk free dari sakit...dan kemudian untuk tempoh sesingkat itu saya akan rasa sakit semula pada setiap gerakan kaki...dan saya perlu baring dan betulkan kedudukan, relax sekejap tarik nafas tahan air mat abila sakit....dan begitulah seterusnya...

kasihan anak anak, saya bercadang nak buat bermacam aktiviti sempena cuti sekolah tapi sayangnya saya hanya boleh biarkan mereka menonton telivisyen dan sekadar bercerita di atas katil dengan mereka...cuma tadi saya gagahkan juga buat aktiviti "buat lori"....berpeluh tahan sakit pada setiap gerakan , takpalah asal anak ada juga aktiviti

memasak pun begitu, saya masak kari telur dan sudah dua hari perangat kuah yang sama...cuma tambah ikan atau ayam goreng untuk makan ...sangat terhad semuanya pergerakan saya...rasa nak nangis sangat sebab rasa tertekan tak dapat control anak dan buat kerja rumah....buat pun sambil tahan sakit, untuk ke kedai atau bawa anak ke petrosains seperti yg saya janjikan adalah tak mungkin kerana bimbang lebih memudaratkan...

lebih menguji kesabaran bila tgh sakit anak yg kecil minta susu, anak yang besar minta teman main , anak yang kecil buang seluar nak berak...sedangkan say anak bergerak turun katil pun pejam mata tahan sakit...dan bila anak yg kecil dah tidur, abg abg buat bising adik pun sedar...

solat juga tak sempurna rukuk sujudnya....

Ya Allah banyak sungguh rungutan saya pada ujian kecil sakit ini...tak tahu apa puncanya setiap kali mengandung begini...

moga Allah bantu saya

Sunday, 9 March 2014

dalam sujud cintaku ....



Saya tujukan lagu ini khas untuk suami tersayang Amir Izzani Mohamed, terima kasih kerana selalu ingatkan untuk baca Al Quran :)

DALAM SUJUD CINTAKU


Kau berikanku segala-galanya

dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu



Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu



Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu



Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Thursday, 27 February 2014

Buku Ahmad Ammar dan Al fateh


DAPATKAN 2 BUAH BUKU HEBAT INI SEMENTARA STOK MASIH ADA!

HANYA RM 54 TERMASUK POS UNTUK 2 BUAH BUKU INI

SAYA SYORKAN BUKU INI BUAT IBU BAPA, REMAJA DAN BELIA UNTUK MENANAM RASA DAN NALURI UNTUK JADI MUSLIM YANG KENTAL DAN HEBAT






BUKU CERITA CINTA AMMAR

BUKU SETEBAL 400 MUKA SURAT , PERKONGSIAN DARI 15 ORANG INSAN TERDEKAT DENGAN ARWAH AMMAR. 
Menurut Editor Kanan Buku Karya Bestari, Zahiruddin Zabidi berkata, istimewanya buku Ahmad Ammar ini adalah buku ini ditulis sendiri oleh ahli keluarga Ahmad Ammar.

"Grup Buku telah memilih 15 orang penulis yang terdiri daripada keluarga terdekat Allahyarham Ahmad Ammar dan ditulis berdasarkan persektif mereka sendiri, antara yang menulis ialah, ayahnya, kakak, abang ipar, kawan-kawan daripada Abim, serta kawan-kawan beliau dari Universiti di Turki.

"...jadi buku ini seolah-olah Allahyarham yang tulis dari isi hatinya...oleh itu bagi saya buku ini sesuai untuk dibaca oleh anak muda, pelajar sekolah dan universiti serta orang awam selain itu ibu bapa mesti baca sekali buku ini untuk mendapat 'idea' serta motivasi daripada buku ini," katanya.




Buku Al fateh ini mengisahkan secara terperinci tentang pembebasan Konstantinopel dan menggambarkan sejelas jelasnya keperibadian Mehmed II Al Fateh dan keyakinannya pada janji Allah SWT dan rasulnya.

Buku Al fateh ini sangat buat saya rasa "kagum"...kagum pada Al fateh...kagum pada strategi perangnya, kagum pada didikan ayahnya, kagum pada kekuatan umat islam dahulu...

Saya suka dengan penulisan Felix Siaaw ni, untuk makluman Felix Siauw baru 9 tahun bergelar Muslim....tapi usaha kesungguhan dan minatnya pada Islam sangat mendalam,
Buku ini telah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. 


Saya suka untuk berkongsi Strategi Murad II ayah Al Fatih dalam membentuk peribadi anaknya...

kalau anda perhatikan cara ayah Ammar juga seperti meniru cara Sultan Murad

TIPS AYAH AMMAR DALAM MENDIDIK ANAKNYA.

"Wajibkan mereka SOLAT, ajari mereka SEJARAH ISLAM supaya mereka bersemangat untuk memperjuangkan agama ALLAH ini serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari BAHASA ASING. Sebab itu saya hantar Ammar ke Turki (Negara Konstantinopal yang dibuka oleh Muhammad Al-Fateh) supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/.../ayah-ammar-kematian...

Kerana itu saya syorkan gandingan buku Al fatih dan Cerita Cinta Ammar sebagai bacaan anda 



JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI ATAU WASSUP 
NORLIN 013-9270211
ATAU 
PM KAMI 
FB: HIYOKO ISLAMIC PARENTING

( Banyak lagi buku buku islamic Parenting di Hiyoko Islamic Parenting)

Sunday, 23 February 2014

Gotong royong sekolah haikal




Assalamuallaikum ,

Malam ni saya nak cerita pasal gotong royong sekolah anak saya, Tabika Perpaduan Bandar Kuantan Puteri.

Sebenarnya saya hampir terlupa pasal gotong royong tu , saya confuse hari sabtu atau ahad...pagi ahad baru saya teringat dan minta nak tengok surat yang diberi oleh pihak selokah, tersimpan dalam beg sekolah Haikal...

Oh Hari Ahad, ibu bapa diminta membawa peralatan gotong royong dan juga makanan :) (bab makanan ni saya tak bersedia langsung)
Pagi tu kami baru lepas makan nasi goreng dan keropok...so saya fikir takpalah saya just goreng keropoklah...nak buat kuih  memang dah tak sempat sebab gotong royong start pukul 8 pagi...

Suami dan anak anak bergegas ke Sekolah , sementara saya goreng keropok dan kemas rumah jemur kain...saya pergi agak lewat..dan masa sampai ke sekolah saya lihat suami dah start bergotong royong dengan ibu bapa yang lain...nampak macam meriah dan bersemangat, ini adalah kali pertama kami dapat join gotong royong sekolah Haikal...tahun lepas kami ada hal di Kuala Lumpur so tak dapat hadir, alhamdullilah...seronok gotong royong ni :)

Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya snap....hihi banyak gambar suami saya, berbaju merah...tahniah papa!...bertungkus lumus bergotong royong :)


Dasyat sikit gotong royong kali ni, "kapal korek" pun join jugak... :).Proses gali lubang, cadangnya nak tanam pokok Rhu.


Pengerusi tabika Perpaduan Bandar Kuantan Puteri, yang pakai baju kemeja biru tu...orang taman kami panggil "Kapten"...tapi anak anak saya panggil "ATOK"...dia sangat aktif dan banyak memberi sumbangan pada Taman kami ni....tengokla suami saya sibuknya :)

Ramai ibu bapa yang hadir, masing masing ada kerja sendiri...saya jadi tukang buat air :)

Suami saya sedang pindahkan tanah ke dalam beg palastik,....beg beg plastik ni kemudiannya di tanam dengan tanaman herba macam cekur, kunyit , pegaga, dan beberapa ulam yang saya pun tak kenal.

Anak anak makan dulu..Haikal Yousuff pakai baju malam tadi...ni kes tak mandi pagi, terus gi gotong royong la ni :)

Anak anak pun sibuk nak bantu juga, mereka bising bila jumpa belalang!

Program gotong royong selesai pukul 12 tgh...saya tak sempat ambil gambar pokok Rhu...Kapten dan beberapa orang para bapa cari pokok Rhu liar yang tumbuh di sekitar kawasan dekat dengan perumahan kami...mesti Cikgu Puspa terkejut tengok pokok Rhu besar dah tertanam dihalaman sekolah. cikgu Puspa tak dapat hadir hari ni sebab ada kursus, sebelum balik kami makan lagi dan kemas semuanya. alhamdullilah selesai gotong royong hari ini.

Saturday, 22 February 2014

Buat bangunan kertas ?!

Projek anak anak malam ni, bina bangunan tinggi ... Haikal dan Yousuff berjaya buat setinggi ketiak Yousuff, tapi projek berhenti tengah jalan sebab Umar dah runtuhkan ... tak sempat mama nak snap hasil akhir...takpalah..

Yousuff bagi cadangan,

"mama, lain kali kita kena buat guna kayu baru kuat...ni kertas bukan bangunan"

:)




Monday, 17 February 2014

Yang tak kena dengan Shaklee


Assalamuallaikum kawan kawan..

Ya saya nak konsikan yang baik baik tentang Shaklee...yang tak baik saya nak diamkan ker?..oh tak, saya juga nak kongsikan.....

saya nak kongsikan apa yang tak kena dengan Shaklee

1. Yang tak kena dan tak baiknya...jika supplemen Shaklee diambil sebagai satu satunya jalan penyelesain kesihatan anda....

makan Herblax dan lecitine ni, aku tak payah diet, tak payahsenaman...cukup 1 bulan turun 5 kilo....kolesterol, lemak boleh hilang macam tu ja....cepat kita borong banyak banyak herblax ni...

aduih takutnya kalau jumpa dengan orang orang yang berfikiran macam ni...100% salah ....Shaklee bukan ubat kurus, rangkaian vitamin Shaklee adalah supplemen...nak kurus anda tetap kena jaga pemakanan dan bersenam...

2. Yang tak kenanya lagi...anggap Shaklee ni ada pil ajaib, macam dalam cerita doremon...makan pil kenyang terus tak perlu makan apa dah...

bahayanya...janganla macam tu....terus makan makanan berkhasiat yang ada, makanlah makanan seimbang....jadikan supplemen Shaklee sebagai pelengkap nutrisi anda, bukan punca nutrisi anda...

3. Telan semahu mahunya semua supplemen Shaklee yang memberi banyak khasiat.....rasa rugi bila tak makan semuanya....

pendapat peribadi saya...jangan kita berlebih lebih....beri peluang badan kita rasa nikmat vitamin tu...kalau bagi banyak sangat , badan pun dah muak dan tak tahu nilai sedap ke ok ker...bagus ker...

Itu sahaja dulu yang nak saya kongsikan....dapatkan info tentang vitamin dengan jelas, jika anda ada masalah kesihatan, mungkin ada sesetengah produk Shaklee yang tak sesuai dengan anda...
dan ada juga sesetengah vitamin Shaklee yang tak boleh diambil bersama...so maklumat jelas anda patut tahu dan tanya ....

pm Hiyoko supplement shop untuk dapatkan info tentang Shaklee...jangan malu segan ok.

Berminat untuk dapatkan info lebih lanjut tentang produk shaklee, 
silakan pm saya di fb: Amir Izzani Norlin
atau ke fanpage kami: Hiyoko supplement shop
atau msg di 013-9270211

Sunday, 9 February 2014

mati itu pasti.....

Assalamuallaikum

Dua minggu lepas ketika bercuti di kampung Lubuk Meriam Pulau Pinang, saya dan suami dikejutkan dengan berita kematian ayah kawan kami Ainul dan Dzuha...kami hanya sempat mengirim ucapan takziah dan al fatihah.....

Ketika dapat berita itu melalui hebahan FB, hati saya terus teringat pada ayah di kampung...ayah juga dah semakin nampak tua...kalau dulu ayah nampak kemas dengan baju kemeja seluar slack ke pejabat...tapi sekarang ayah selesa dengan t shirt dan selipar sahaja...berbaju melayu berkain batik ke surau ...kulit ayah dah semakin nampak tua, mata ayah...moga Allah panjangkan umur ayah dan umi....ayah tidak ada penyakit yg serius tapi baru baru ini kami dikejutkan apabila ayah rasa kebas di bibir sebelah kiri, dan bibir sebelah kiri juga tidak dapat berfungsi dengan baik,...seperti ketika minum, senyum, meniup belon....

Inilah kali pertama kami adik beradik mendapat berita buruk tentang kesihatan ayah, sebelum ini ayah boleh dikatakan sentiasa sihat dan cergas...kalau ayah demam atau cirit birit pun ayah tetap boleh senyum...ayah jarang nampak dan tunjuk sakit....

alhamdullilah sekarang bibir ayah dah pulih sepenuhnya setelah 2 minggu...punca bibir ayah jadi macam tu disebabkan ayah makan madu campur telur puyuh dan lada hitam berturut turut  setiap hari, pada hari ke empat ayah rasa kebas di bibir dan bibir jadi tak sensitif....mungkin kesan lada hitam dan madu yang menyebabkan otot di bahagian muka terjejas...alhamdullilah sekarang dah ok...

Berbalik pada cerita pemergian arwah pakcik Saad (ayah Dzuha) , saya ingin berkongsi cerita yang saya rasakan sangat baik untuk dikongsi bersama.....memang kematian itu menyedihkan, namun disebalik kesedihan tu terdapat banyak kemanisan...

jika kawan kawan nak baca blog anak pada pakcik Saad, Firdaus (abang dzuha)...silakan ke

part 1:abah-damailah-engkau-di-sana

part-2-abah-damailah-engkau-di-sana.

part-3-abah-damailah-engkau-di-sana.html

Betapa manis dan nikmatnya dapat memandikan, mengkafankan, mengetuai doa, mengimamkan, membaca talkin, dan seterusnya menguruskan urusan jenazah ayah kita sendiri...
Pastinya setiap bacaan doa itu adalah tulus ihklas dari hati...sangat berbeza doa yang org lain baca, dari doa anak kandung sendiri....

Firdaus (anak ke tiga arwah membaca doa)

Ya Allah saya juga nak macam tu ya allah...

Kawan kawan ,...anak anak pakcik saad ni bukanlah ustaz atau mengambil bidang agama...tapi mereka mampu buat macam tu.....kerana apa?

pendapat peribadi saya...kerana mereka memang dah lama menyimpan niat untuk buat macam tu sejak dari sekolah lagi...sejak dari kecil lagi ...jadi Allah mudahkan usaha mereka ke arah itu..

Buat adik adikku, nazli aimi, najiy dan nabilah...
serta adik adik ipar,,,taufiq azam , dekdi wafa, nana zakwan, ila , alin, dayah ali,

Mungkin kita belum terlambat untuk belajar semua tu, dan simpan niat kemas kemas untuk buat semua tu....

Untuk suami tersayang...lin pun kalau mati nak abang boleh buat macam tu jugak untuk lin.

Al fatihah untuk arwah pakcik Saad,
takziah untuk seisi keluarga dan moga makcik tabah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...