Wednesday, 27 August 2014

Hamil dengan Shaklee

An excellent Shaklee alternative would be:

◇1 tablet of Vitalea with Iron.

◇1 tablet of B-Complex with Folic Asid. (Basic prenatal nutrients)

◇2-4 tablets of Ostematrix to meet needs for calcium, vit D and other bone health nutrient.

◇3 softgel capsules of Omega Guard to support your baby brain development.

◇1 tablet of Vit C to help your body fight infection, as antioxidant and help body to absorb iron.


◇2 scoops of ESP to supply quick energy, and increases immune system. Protein is important for your baby development.





dapatkan juga 2 buah buku ini sebagai persedian kelahiran dan berpantang



RM 60 tidak termasuk pos.

Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 

RM 35 tidak termasuk post

Boleh hubungi saya 

Norlin 013 9270211








Tuesday, 26 August 2014

Giant Journey puzzle

Assalamuallaikum ,

Saya tertarik dengan floor puzzle ni, terus rasa nak jual...

Anak anak saya memang suka bermain puzzle, Haikal pernah dibelikan tok ayah puzzle peta Malaysia dan peta dunia, bila selalu susun puzzle tu ingatan tentang kedudukan negeri dan negara secara mudah diingati...

sebab tu bila jumpa puzzle ni, terus berkenan...floor puzzle ni mungkin agak mudah untuk susunnya jika anak dah berumur 5 tahun ke atas, tetapi untuk umur anak 4 tahun ke bawah insyaAllah ligat otak anak kita nak menyusunnya nanti...yang menariknya adalah floor puzzle ni menunjukkan cerita kisah para nabi...part tu yang saya berkenan sangat tu...

anak anak saya suka sangat dengar cerita nabi, mereka sukakan puzzle, so sangat tepat Giant journey puzzle ni...sambil mereka menyusun bolehla saya bercerita...insyaAllah mama nya lagi rajin bercerita bila ada alat bantu macam ni.... :)

ok saya copy paste info tentang puzzle ni

Giant Journey puzzle

RM 45, kos post RM 10








Piece together this most incredible journey!

The Giant Journey is a 30 piece floor-puzzle vividly illustrating the lives and sequences of the Prophets mentioned in the Noble Quran. The image shows a pathway along which a symbol from each of the Prophets story is illustrated. As an invaluable resource, it includes removable name inserts used to assess the child's understanding of the sequence of the Prophets and their associated stories. This revised 2nd edition also includes Arabic inserts.

The Giant Journey is made of generously thick board with a glossy laminate finish. When completed, it measures 58cm by 78cm. The puzzle comes in a compact yet sturdy box and has a complete image for easy reference. A short description of each section of the image is also included.


Ini pula vidio giant journey puzzle , mungkin lebih jelas untuk kita lihat lebih dekat :)

http://www.youtube.com/watch?v=A0Sylyfw0i0&list=UUB6E9eV_onIZx3DDp5Ig8yQ




Jika anda berminat untuk dapatkan 
floor puzzle ini untuk anak anak bijak soleh anda
boleh msg saya di 013-9270211

Monday, 25 August 2014

Impian Berpantang dengan Shaklee

Assalamuallaikum

(draf dah agak lama, sekarang dah habis pantang pun, dan alhamdullilah saya berpantang dengan Shaklee :)  )

Hari ni dah 35 minggu pregnant...
Cepat ja masa...saya dah start kemas kemas barang baby...keperluan untuk berpantang pun saya dah start ready...

Untuk anak ke empat kali ni ...ada sedikit kelainan....
Saya akan gunakan set berpantang Shaklee selain dari jamu (jamu tak leh nak tinggal sebab dah sebati hihi...3 org anak makan jamu, insyaAllah moga bertambah sihat nutrisi badan)
dan saya juga dah order bangku tangas....nak bertangas cara duduk tu...
berdiang( baring tepi bara api)  mungkin tak dapat nak buat :)...so sebagai gantinya saya nak bertangas insyaAllah moga dipermudahkan urusan pantang saya nanti...

Ok bab vitamin Shaklee...saya dah list down vitamin apa yang perlu masa pantang nanti...kalau dulu dulu sebelum kenal shaklee saya juga ada ambil vitamin dalam pantang, saya ambil multivitamin dari klinik....sebab saya jenis yang berpantang strict , so sangat perlu ambil vitamin kalau tak memang terjejas nutrisi badan saya ni...

Yang bestnya produk Shaklee..ada antara vitamin yang memang dah digunakan dari awal pregnant lagi...so sangat jimat, boleh terus sambung guna dalam pantang...memang berbaloilah :)

Untuk makluman kawan kawan...saya memang tak ambil buah, sayur dalam tempoh berpantang 44 hari...so sangat perlu saya mencari alternatif lain untuk seimbangkan nutrisi ...alhamdullilah saya pengguna Shaklee....so kali ni ...kita tukar multivitamin pada vitamin Shaklee... :) lebih fokus


Ini dia set pantang Shaklee;

ESP
Vitamin C
Vitalea
B kompleks
Ostematrix
Alfalfa
Gla
Omega

dan mungkin saya nak ready Herblax untuk elakkan sembelit 
dan Peppermint ginger plus untuk buang angin dan panaskan badan



Maklumat bahan dalam herblax ni saya ambil dari internet , Herblax ni macam jamu jugakla, dirumus dari bermacam macam jenis herba terpilih fokus untuk detoksifikasi. Terbaik untuk elakkan sembelit.


Peppermint Ginger Plus ni saya ada amalkan masa pregnant , memang terbaik untuk buang angin, dan saya suka keselesaan lepas gunakannya :)


Last sekali ...selain jamu, vitamin...bagi ibu ibu yang pertama kali berpantang ...kena ada ilmu berpantang sikit...boleh baca buku yang sangat berguna ni ..


Buku ni hanya RM 35, kos pos RM 6

Boleh hubungi saya untuk dapatkannya

Norlin 013 9270211





Sunday, 24 August 2014

Bermulanya latihan coral spaking Haikal


Masa ambil haikal sekolah tadi, cikgu Puspa terus ke kereta saya...kalau dulu, bila nak ambil Haikal saya akan masuk hingga ke pintu sekolah sempat bertanya khabar hal sekolah anak...tapi sekarang dengan baby kecik Anas+ umar yang tak duduk diam dan Yousuff yang lincah,  saya just buka cermin kereta dan ucapkan terima kasih dan senyum saja pada cikgu Puspa yang selalunya setia temani anak anak yang tunggu ibu bapa datang menjemput...

Cikgu Puspa maklumkan pada saya, yang Haikal dan 6 orang teman sekelasnya terpilih untuk masuki acara coral speaking mewakili daerah Kuantan, jadi mereka akan mulakan latihan pada hari Rabu ini. Cikgu Puspa juga maklumkan yang Haikal turut terpilih untuk memasuki acara membaca dalam bahasa Inggeris. Cikgu puspa pesan pada saya untuk latih haikal membaca petikan akhbar berbahasa english dengan gaya macam pemberita  :) oh!! mama tak sempat dah nak latih haikal betul betul, tapi mama akan cuba sedaya upaya pulun untuk minggu ni ok :)

saya berterus terang pada cikgu Puspa saya agak tak sempat, tapi akan cuba latih Haikal...cikgu Puspa cadangkan saya beli akhbar the star dan cari petikan petikan mudah. Cikgu Puspa memang bersemangat, itulah yang saya kagum sangat dengan cikgu Puspa ni. Terima kasih kerana mendidik anak saya dengan sungguh sungguh.

:)

ok malam ni kita start berlatih membaca in english ok...

Yousuff pun basal join bang haikal berlatih ok

tahun lepas abang haikal berlatih hafal coral speaking , tengok tengok Yousuff pun ingat sekali rangkap pertama... :)

B kompleks tingkatkan selera makan

Assalamuallaikum...

Alhamdullilah rasa sangat seronok hari ni...

Kak Nora call tanya B kompleks, Kak Nora adalah pelanggan tetap B kompleks dan Vitamin C SR Shaklee....dia dah call minggu lepas untuk beli b komplek tapi sebab saya masih di kampung dan tengah berpantang saya tak dapat sediakannya untuk Kak Nora.

hari ni Kak Nora call, B kompleks tak sampai lagi, saya baru order...kata kak Nora, dah 2 minggu dia tak makan B kompleks, selera makannya jadi berkurang dan berat badannya turun  :(   ... Kak Nora menggunakan B kompleks untuk tambah berat badan dan ternyata B kompleks berkesan ...


Bila saya dengar macam tu terus saya nak bagi B kompleks yang saya ada untuk buat sampel untuk  2 minggu, kesian kak Nora, sementara tunggu B kompleks yang di order sampai, boleh la dia guna yang sampel,

sebagai agen Shaklee, saya rasa seronok sangat bila dengar kesan positif ni ..alhamdullilah syukur pada Allah, semoga apa yang saya jual ni membantu orang yang memerlukan.

Untuk pengetahuan kawan kawan, B kompleks dapat meningkatkan berat badan ...mungkin kita yang badan biasa biasa ni risau nak ambil b kompleks takut gemuk, takut selera meningkat...sebenarnya ada caranya :)

Ambil sebiji B kompleks sebelum makan, untuk yang nak tingkatkan berat badan...so masa makan lunch atau dinner , memang selera kita meningkat...bila dah lalu makan insyaAllah berat badan boleh meningkat.

dan bagi yang tak mahu berat badan naik, ambil B kompleks selepas makan. B kompleks bagus untuk orang perempuan, terutamanya untuk hilangkan stress....sangat sesuai untuk ibu ibu yang sibuk bekerja, jaga anak....yang terdedah pada stress. ada banyak lagi kelebihan B kompleks nanti saya tulis lain....


Untuk mendapatkan info lanjut
jangan segan silu untuk 
hubungi saya


bersama kita berkongsi ilmu 


mendidik anak lakukan kerja rumah

Assalamuallaikum...

Siapa kata suri rumah boleh rehat rehat :)....bagi saya kerja suri rumah la paling sibuk...dari pagi sampai malam...tidur pun tidur tidur ayam...sebab tu kalau suami ajak makan kat luar atau ajak jalan jalan, nikmatnya tuhanja yang tahu...walaupun masa makan luar dan jalan jalan tu si mama tetap tak menang tangan kontrol anak anak tapi suasana tu dah lain, best sangat dapat keluar rumah ooo :)

tapi walaupun letih takpalah...insyaAllah biar Allah beri rasa ikhlas dalam kita melakukan kerja, dan moga mendapat ganjaran pahala..moga segala susah payah menguruskan anak anak dan rumah  menjadi kenangan terindah yang tak dapat dicari ganti tak dapat dijual beli....kenangan yang insyaallah dapat memberikan kepuasan yang tak ternilai ..insyaallah.

ok sebenarnya saya tengah berfikir macammana cara saya nak bahagikan tugas kerja rumah yang simple simple kat anak anak saya...haikal sudah 6 tahun, yousuff 4 tahun, umar 2 tahun dan anas baru sebulan.....rasanya Haikal dan Yousuff dah boleh diberikan tugas...untuk melatih mereka jadi anak yang lebih bertanggungjawab, di samping meringankan kerja saya  :)

saya terjumpa post ini di blog cinta rasul, blog ni memang saya selalu ikuti sebab bagi saya penulis blog ini sangat komited mendidik anak anaknya dan rajin menyampaikan idea kepada semua orang melalui blognya....

saya copy paste
sebagai rujukan saya terutamnya





1- AJAR:
Ajar anak-anak cara untuk membuat kerja rumah

2- BAHAGI TUGAS

Contoh:
Mama sapu sampah, Abang ABbudey sidai baju, Adik cuci pinggan

3- KERJASAMA

Jika kerja rumah itu banyak seperti kerja-kerja di dapur, sama-samalah buat dengan anak2

4- BERI PELUANG
Biasanya anak-anak memang suka menolong (+ kacau) ibu bapa melakukan kerja rumah, berilah peluang kepada mereka untuk turut sama melakukannya, InsyaALLAH lama kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan dan memudahkan kerja kita pula.

Apabila musim cuti juga adalah masa yang terbaik untuk membiasakan anak-anak dengan tugasan-tugasan di rumah 


Saturday, 23 August 2014

Buku Hadiah dari syurga

Assalamuallaikum

Hari ni saya nak kongsikan satu buku yang bagi saya sangat bermakna untuk seorang wanita....moga semua kawan kawan wanita yang membaca blog ini bakal menjadi ibu suatu hari nanti...jangan dirisau lambat atau cepat...yang penting kita ada impian untuk menjadi ibu...

buat adik adik jangan malu untuk bermimpi menjadi ibu...walau kita masih belum ada calon, belum bertunang, belum berkahwin...tak salah untuk kita berazam menjadi ibu... :)

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah...walau pun kita dah bergelar ibu, tapi ilmu untuk menjadi ibu untuk anak yang seterusnya tetap perlu sentiasa "direfreshkan"...teringat saya bebelan nurse ketika di ward semasa melahirkan Anas..

nurse tu beri nasihat kepada semua ibu di ward tu ( ada 4 orang ja masa tu)...nurse tu cakap : Awak ibu ibu muda ni, kena rajin cari ilmu...kalau tak kesian anak anak awak...patutnya bila baby dah lahir awak dah tahu apa nak buat  (eye contact dengan baby, tumpuan pada baby, menyusu)...kesian anak awak kalau awak buat tak layan ja kat minggu pertama baby (sebab ramai ibu yang layan handset ketika temankan anak sepatutnya perhatian perlu diberikan penuh baby terutamanya di awal hari hari usianya :)  )

:)

ok moga bebelan makcik nurse tu bermanfaat untuk semua juga untuk saya sendiri...

saya kongsikan buku HADIAH DARI SYURGA


bagus buku ni....bakal ibu kena beli :)


Buku Hadiah Dari Syurga merupakan panduan lengkap bagi ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan. Diinspirasikan dari pengalaman penulis sendiri, pelbagai tips yang bermanfaat dikongsikan oleh penulis untuk membantu ibu-ibu melalui tempoh kehamilan dengan kesihatan yang terbaik dari segi fizikal dan kerohanian. 
Halaman : 176
Penulis :  Fadillah Nur Bt Abdul Rashid



Buku ini berharga RM 60 dan kos pos Rm 7





Kepada kawan kawan yang berminat untuk dapatkan buku ini
boleh msg saya 
NORLIN : 013- 9270211




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...