Saturday, 30 January 2010

Demam H1N1

Merasa juga kami sekeluarga H1N1...rasanya Haikal yg bawa dari sekolah....
tapi Haikal tak teruk demam...haikal sembuh tanpa ubat H1N1 sebab time tu tak tahu yg haikal kena demam H1N1, sebab suhu tak tinggi jadi Dr bagi ubat demam biasa....
lepas haikal, papa yg kena...suhu tinggi....mencecah 39 celcius...pegi jumpa Dr, sah positif H1N1...Dr cakap, mamanya pun kemungkinan besar kena juga....
beza demam H1n1 ni adalah sakit sendi seluruh badan,....memang kena rest,
untuk saya, suhu badan tak la tinggi mana cuma 38 tapi sakit sendi dan tekak memang terasa...
sakit sendi hilang dalam masa 2 hari, tapi sakit tekak memang agak lama....
mungkin kesilapan saya memberus tekak dengan berus gigi...hihi.(time mula mula rasa sakit tekak) sebab konon kononnya nak buang kuman la....siap termuntah sebab menjolok tekak.hihi.....tapi rupanya bertambah buruk...jadi kepada sesiapa yg mengalami sakit tekak jgn tiru macam saya.
memberus tekak dengan berus gigi dengan harapan akan mengurangkan kuman yg berada di tekak adalah salah pada pandangan dan pengalaman saya sendiri....
bila dah bertambah buruk sakit tekak, baru saya cuba berfikir kenapa jadi macam tu...

...errmmm ...jom kita reka cerita...pada suatu hari.... :)

Di badan manusia terdapat berjuta juta kuman semulajadi yang boleh dianggap "kuman baik"
Di kulit badan, dalam perut, dalam mulut, dalam hidung, dalam telinga , di anggota sulit, dan di seluruh badan kita memang kita hidup bersama mikroorganisma yg memang kita tak sedar pun. Badan kita ni adalah rumah mereka, tempat mereka hidup, mkn, berkeluarga....badan kita adalah dunia mereka.....
Mereka bergantung pada badan kita untuk terus hidup, badan kita adalah tempat perlindungan mereka....dan mereka sentiasa melindungi dunia mereka ini dari ancaman luar yg boleh mendominasikan populasi mereka....boleh dikatakan mereka berjuang untuk melindungi dunia mereka agar mereka terus kekal hidup bahagia....dan yg pasti, mereka juga mahu dunia mereka sentiasa kuat dan berkeadaan baik supaya mereka selamat di dalamnya.....

Samalah halnya dengan tekak saya.....di tekak saya ada berjuta kuman yg mungkin berbahaya pada orang lain, tapi amat selamat untuk diri saya....kuman inilah yg mendampingi tekak saya, yang menjaga permukaan tekak dari jangkitan ancaman kuman luar yg berbahaya bagi saya.......
mungkin pada awal saat saya mengalami sakit tekak, kuman kuman semulajadi di tekak saya ini, sedang berjuang habis habisan menentang kuman jahat....mereka bertungkus lumus mengerah segala tenaga yang ada cuba mengawal populasi kuman jahat denagan menelan dan menghadamkan kuman jahat......

namun saya telah merosakkan segala perancangan kuman kuman baik yg merupakan sebahagian dari diri saya, dengan memberus tekak dengan berus gigi....akibatnya saya telah menghapuskan populasi semulajadi di tekak saya dan secara tak langsung telah memberi green light kepada kuman jahat yg sememang nya ganas untuk terus mara menjangkiti tekak saya..... (Maaf lain kali saya tak kan ulangi lagi)...tiada lagi barisan pejuang yg dapat mempertahankan dunia tekak saya, dan akhirnya saya menderita dengan serangan kuman kuman jahat itu...lebih buruk lagi apabila tindakan saya itu telah menyebabkan luka, jadi mudahla lagi kuman kuman jahat menerobos masuk ....kasihan.
tulah ceritanya......


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...