kalau haikal dulu masuk 37 dah bersalin...perasaan dah mula risau dan teringat sakit bersalin...
moga kali ni Allah permudahkan dan andainya dengan merasai sakit bersalin tu dapat menggugurkan dosa dosa lalu, diri ini sanggup menerimanya ya Allah...dengan redha akan nikmat sakit itu....cuma Ya Allah aku mohon padamu..lindungilah diri ini dari kecederaan yang teruk, agar dapat kekal sihat menjaga anak dan suami ...kali ini Ya Allah, tiada orang tua yang akan menjaga...tiada urutan khas untuk memulihkan tahap kesihatan ..hanya padaMu ya Allah aku mengharapkan segala punca kesihatan dan kemudahan...maka Ya Allah, tolonglah..berikanlah kemudahan, kurangkan kecederaan....sakit bersalin itu akan ku cuba Ya Allah melaluinya, cuma Ya Allah peliharalah kesihatanku agar sihat selepas melahirkan....dan juga Ya allah selamatkanlah anak yg bakal dilahirkan, moga sihat dan selamat melihat dunia ini...melihat papa, haikal dan mamanya....
Hanya padaMu aku berserah segalanya....hanya Engkau Ya Allah yang tahu apa yg terbaik untukku.....peliharalah imanku, kuatkanlah ibadahku, hampirkanlah hatiku pada Mu...walau diri ini seringkali alpa , malas dan lupa....jgn lah Kau jauhkan diriMu padaku yg hina ini...hanay padaMu aku memohon segala galanya...hanya padaMu aku mengharapkan segalanya....tiada yg lain yang dapat membantu diri ini...Ya Allah tolonglah aku...berikanlah aku kekuatan iman, kekuatan hati, kekuatan diri....agar terus tabah memperbaiiki diri yang hina ini...amin.
6 comments:
InsyaAllah, Allah permudahkan semuanye nanti. Kalau ade problem call kakliza. kot2 ada yg boleh di tolong .
tak lama dah ye noli.insyaAllah doa2 moga semuanya baik2...
terima kasih kak liza dan fith...dub dab dub dab ni...tapi tak sabar jugak...
semoga semuanya dipermudahkan.. amin..
amin semoga dipermudahkan n selamat semuanya. xsabar nak tgk adik haikal :)
terima kasih murni dan ina....doakan saya selamat ya... :)
Post a Comment