Thursday, 3 April 2014

Shaklee business yang best!!!


Assalamuallaikum , 


Bisnes Shaklee ni kalau buat sungguh sungguh tekun dan sabar insyaAllah hasilnya sangat mengujakan...malam ni saya ambil peluang untuk baca success story rakan rakan yang dah berjaya capai tahap tahap tertentu dalam Shaklee...

kalau kawan kawan nak baca...jom join group saya ...bawah Master Ainul Shahrazad, ada banyak cerita cerita yang dikongsikan oleh mereka yang dah berjaya dalam Shaklee....jatuh bangun, kesungguhan, kecekalan...dan mereka ada push factor yang jelas...banyak langkah , amalan dan usaha yang dikongsi....terus terang saya katakan...banyak sangat nilai nilai murni yang kita dapat ambil dari perkongsian mereka...

Alhamdullilah dengan nilai keahlian RM 65 untuk dapat ilmu sebanyak ini, berterusan pulak tu....saya syukur sangat, saya tak rugi...malah untung berganda ganda, untung duit ...untung jati diri ...untung semangat 
dan moga moga segala bimbingan mereka beri saya untung akhirat 

petik sikit ayat mummy saya 

Kalau betul2 serius, nasihat saya; REDAH JE! BUAT JE! Kalau rasa malu nak post, POST JE! kalau rasa tergagak2 nak cerita kat org ttg Shaklee, CERITA JE! kalau rasa xde org suka baca post u ttg Shaklee, lantak derang lah... u post ajer.
Ikut apa yang mentor dah ajar.. duplicate.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

JOM berbisnes Shaklee bersama saya, jangan bertangguh untuk mulakan....

p/s : saja nak share, call umi saya dan beritahu apa yang saya dapat bulan ni bonus 4 angka dengan Shaklee....terkejut umi...  saya hanya suri rumah, yang tak habis habis dengan kerja rumah dan anak anak kecil yang bijak dan aktif ....usaha , doa tawakal...lambat cepat tu semua kuasa Allah 




Berminat boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211

FB: Amir Izzani Norlin

Kepentingan Kalsium pada ibu ibu mengandung .

Kalsium sangat penting untuk ibu ibu yang sedang mengandung.

Selain untuk pembentukan tulang  dan gigi ibu,  Kalsium juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tulang rangka baby dalam kandungan ( skeleton).
tahukah anda bayi dalam kandungan anda menyerap vitamin, nutrien dan zat dari badan si ibu untuk keperluan perkembangan fizikal bayi dalam kandungan. Oleh itu sangat penting ibu mengandung mengekalkan pengambilan zat makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan ibu dan bayi. Jika tidak, si ibu akan mengalami kekurangan zat penting dan juga boleh memberi kesan negatif pada perkembangan bayi dalam kandungan.

Oleh itu , jika ibu yang sedang mengandung mempunyai diet yang kurang kalsium adalah dicadangkan untuk mengambil supplemen calsium supaya tidak kekurangan tanpa disedari. Jangan risau untuk mengambil supplemen kerana prinsip diri mahukan yang original, kerana calsium dari supplemen juga tidak mempunyai kekurangan dari sudut zat dan tidak memberikan kesan sampingan pada badan. Apa yang lebih penting adalah anda cukup bekalan kalsium bagi menampung keperluan anda dan bayi :)

Ketika proses mengandung, badan seorang wanita dapat menyerap calsium pada jumlah yang lebih tinggi terutamanya pada 20 minggu terakhir , iaitu fasa yang paling penting dalam pembentukan dan pertumbuhan bayi. Adalah dicadangkan untuk mengambil 1200 mg kalsium setiap hari, jika dalam masa yang sama anda minum susu dan diet kalsium yang tinggi anda boleh kurangkan pengambilan supplemen kalsium kepada 500 mg sehari. Untuk produk Shaklee, Ostematrix adalah kalsium yang direka khas dalam bentuk pil yang licin dan mudah di telan, sebiji pil adalah 250 mg kalsium, jadi dalam fasa mengandung anda dicadangkan untuk mengambil 2 ke 4 biji sehari mengikut keperluan diet anda.

Kalsium bukan sahaja penting untuk pembentukan tulang ibu dan bayi dalam kandungan , Kalsium berperanan lebih lagi untuk mengelakkan "preclampsia". Preclampsia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan kehadiran protin dalam air kencing, terutamanya pada fasa three semester. Jika tidak dirawat, ia boleh mengurangkan pengaliran darah kepada fetus dan akan menyebabkan kelahiran pramatang.

Jadi buat ibu ibu yang sedang mengandung, ambil berat soal calsium intake untuk kesihatan diri sendiri dan juga bayi. Selain dari kepentingan tulang, kalsium juga mempengaruhi kesihatan saraf ketika mengandung, saraf dan tulang mempunyai kaitan rapat kerana keduanya saling dekat dan mempengaruhi.....kurang kalsium, tulang tak kuat, saraf terganggu dan kepada yang memang mempunyai masalah saraf anda akan lebih derita :( so pastikan anda mengambil supplemen Kalsium untuk mencukupkan zat kalsium anda.

Saya syorkan OSTEMATRIX



Berminat boleh hubungi ;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin


Wednesday, 2 April 2014

Buku parenting PROMOSI SET KOMBO HOT!- PERCUMA BUKU AMMAR !!!

Bismillahirrahmanirrahim, 







Semua buku ini adalah buku Best Seller samada di pasaran kami atau di pasaran penerbit.


Hanya 40 set terbuka untuk semua sehingga 30 April ini.

40 set sahaja ya.



Jumlah harga semua buku di dalam KOMBO ini adalah rm 181

pada bulan ini, anda mendapat buku ini dengan harga RM 153, dan PERCUMA buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (Harga Asal RM 23)


Harga pos: RM 9.80
Mahu lebih jimat kos pos? belilah secara beramai ramai kalau jiran, ahli keluarga atau rakan sepejabat mahu beli juga;)

Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari segala ilmu dan rahsia kepunyaan Maha Pencipta






RECLAIM YOUR HEART 

by Yasmin Mogahead
Many of us live our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Often, we have no idea why this happens.  Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery.  It is about the journey in and out of life’s most deceptive traps.
Reclaim Your Heart is not just a self-help book. It is a manual about the journey of the heart in and out of the ocean of this life. It is a book about how to keep your heart from sinking to the depths of that ocean, and what to do when it does. It is a book about redemption, about hope, about renewal. Every heart can heal, and each moment is created to bring us closer to that transformative return. Reclaim Your Heart is about finding that moment when everything stops and suddenly looks different. It is about finding your own awakening. And then returning to the better, truer, and freer version of yourself. Many of us live our lives, entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Many of us have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in an out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness, and pain. Providing a manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession: the heart.

HOT ISLAMIC PARENTING BOOK FROM UK 
THE MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS





The Muslim Parent's Guide to the Early Years is an invaluable aid for parents to help bring up their pre-school age children in an Islamic setting.



It offers advice from the Qur'an and Sunnah to the busy parent about a variety of issues from how to create a child-friendly, Islamic home environment right through to how to deal with a disruptive child.

It is packed full of ideas and activities that will keep children from the ages of 0 to 5 stimulated in all areas of their physical, mental, emotional and religious development, with sample daily activity plan, themes and observation chart.

CONTENTS:

1. The Role Of Parents
2. Creating An Islamic Home
3. Creating A Child Friendly Home
4. Raising Healthy Children
5. How To Deal With A Disruptive Child
6. Intellectual Development And Play
7. Child Development
8. Planning Your Day And Activities
9. Observing Your Child

Writer:
Ummu Safiyyah Najmaddin is a mother of two. She received her Diploma in Child Care and Education (DCE) in 2003 and currently is working towards her degree in Psychology. A passionate advocate of the Islamic education of the future generation, she has extensive experience working with pre-school children both in nursery setting and private tuitions.




Cinta Di Rumah Hasan Al Banna



                                                 




Menggambarkan contoh praktikal dalam kehidupan berumah tangga orang-orang soleh. Hasan Al Banna adalah figure yang soleh sekaligus pejuang dakwah yang harum namanya di dunia Islam. Bagaimana praktik kehidupan Hasan Al Banna ? Bagaimana ia menjalin komunikasi dengan isteri dan anak-anaknya? Dapatkan jawapannya di buku ini, melalui hasil temubual dengan anak-anak Hasan Al Banna Rahimahullah
As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang

Muhammad Al-Fatih 1453

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.
Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.
Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.
Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.




PERCUMA 
CERITA CINTA AHMAD AMMAR 


BERMINAT UNTUK DAPATKAN 
SET KOMBO HOT INI
BOLEH MSG SAYA 

NORLIN 013-9270211
FB Amir Izzani Norlin 
page FB : Hiyoko Islamic parenting 

PROMOSI INI HANYA UNTUK 40 SET SAHAJA!!!







Tuesday, 1 April 2014

Cabaran ibu mengandung , sakit saraf.

Assalamuallaikum ,

Saya masih lagi terus menggali kaitan sakit saraf dengan ibu mengandung ....

khas untuk ibu ibu mengandung ....

Bulan ni saya fokus pada "mengandung dan saraf"

Saya juga sedang mengandung 6 bulan sekarang dan menghadapi fasa ujian " sakit saraf" sudah seminggu lebih dan alhamdullilah semakin ok..
boleh baca pengalaman sakit saya pada post post berikut;

sciatic-nerve-pain.

sabar 

Alhamdullilah sakit sarah makin ok 

Bersama kita berkongsi ilmu , moga sakit yang datang menjadikan kita lebih baik dan dekat padanya.

Bulan ini adalah promosi Ostematrix, seperti kebetulan dengan keadaan diri saya...

Alhamdullilah sakit ini rupanya menjadi sebab untuk saya menggali ilmu tentang saraf dan lebih "feel" berkongsi ilmu dan membantu rakan rakan yang mengalami masalah yang sama seperti saya. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Proses dan fasa  mengandung sememangnya membawa banyak perubahan diri pada si ibu, dari segi fizikal, perubahan hormon, emosi dan macam macam aspek luar dan dalam yang berubah.

saya cuba google sedalamnya tentang kaitan sakit saraf dengan mengandung dan ini adalah hasil ringkas yang saya dapat ;
(kalau ada kawan kawan Dr yang lebih jelas tentang sakit ini saya alu alukan pandangan..saya cuma kongsikan apa yang saya google pasti ilmu sebenarnya jauh lebih dalam )

Sciatica

Pelvic girdle pain (PGP)

Symphysis pubis dysfunction (SPD)

InsyaAllah saya akan tulis lebih jelas tentang masalah masalah ini di lain post .



Monday, 31 March 2014

Alhamdullilah sakit saraf makin ok :)

Alhamdullilah saya boleh katakan setelah seminggu bertarung sakit saraf pada pinggul kiri , akhirnya sakit saya sudah berkurang 70%...alhamdullilah :)

saya ingin kongsikan apa yang saya dan suami lakukan untuk hadapi saat saat getir ni, mungkin kawan kawan yang hadapi masalah yang sama boleh cuba cara yang saya lakukan.

Sebelum tu saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan kawan yang memberi cadangan dan dorangan, intan , shahiniz, nazima, kak wan, wafa, azah, diyana, mash dan ramai lagi ...terima kasih.

Rakan saya Intan ada berkongsi pengalaman melakukan fisioterapi, saya juga sedang mencari klinik yang sesuai untuk fisioterapi tetapi melihat pada perkembangan positif saraf saya ni, saya hold dulu dan teruskan dengan langkah langkah berikut.

1. Lakukan urutan mengikut cara ini cara urut saraf, untuk lakukan urutan ini sendiri memang boleh sebab urutannya simple tetapi lebih berkesan jika mendapat bantuan suami. Suami saya telah buat urutan ini pada saya, agak mudah dan memang kena dan fokus pada titik sarafnya. Lepas urut saya pakai stokin ikut cadangan rakan saya Azah Zamhari. Saya sangat syorkan pada kawan kawan yang ada masalah saraf kaki macam saya untuk buat urutan ini, bukan urutan sangat sebenarnya lebih pada memberi sedikit tekanan pada point point tertentu saraf.

2. Lakukan regangan, kedudukan macam orang buat yoga duduk bersela, rapatkan tapak kaki, saya tak dapat cari gambar yang sesuai jadi saya minta tolong anak anak untuk buat demo, moga dapat berkongsi dengan rakan rakan :)

(gambar saya bubuh kemudian yer)

3. Saya berpendapat mengekalkan badan panas (bukan demam) bagus untuk merawat saraf, jadi saya minum juga air halia (bukan yang pekat sangat), 2 biji alfalfa Shaklee, sebelum ni saya pernah sekali sekala makan alfalfa walaupun pregnant sebab bagi saya alfalfa tidaklah panas macam herba kampung lain (saya memang jenis mkn herba, so dpt rasa level kepanasan tu, alfalfa ok untuk badan saya. tapi kalau kawan kawan yang bukan jenis makan herba kampung mungkin anda kena kenal diri anda, takut alfalfa panas bagi anda )

4. Setiap hari saya akan makan sebiji vitamin C SR Shaklee dengan segelas air kosong di awal pagi masa perut kosong, dan lepas makan pagi saya makan 2 biji Ostematrik. Sebelum tidur juga 2 biji Ostematrik...jika sebelum ini saya ambil Ostematrik hanya sebiji 3kali seminggu, tapi dalam keadaan sakit saraf ni saya ambil semaksimumnya Ostematrik.

Pada awalnya, saya tak nampak apa apa kaitan ambil Ostematrik dengan saraf, tapi bila sakit saraf ni saya banyak baca pasal saraf...dan rupa rupanya memang ada kaitan yang besar sakit saraf dengan kekurangan kalsium...ingatkan kalsium berkait dengan tulang gigi ja rupanya banyak lagi peranan kalsium :). saya juga baru tahu...tu yang saya tekad ambil 4 biji Ostematrik setiap hari. Sebiji Ostematrik bersamaan 250 mg, so setiap hari saya ambil 1000mg kalsium ...untuk makluman kawan kawan, pengambilan kalsium adalah terbaik pada dos yang rendah, jadi ambil sikit sikit..sebiji sekali ambil atau  2biji...jangan terus telan 4 biji Ostematrik.

Ostematrik membantu pengecutan otot dan saraf :)...insyaAllah saya akan tulis kaitan kalsium dan saraf , moga boleh berkongsi ilmu ini pada kawan kawan terutamanya yang ada masalah macam saya.

5. Pakai stokin, atau selipar dalam rumah, terutamanya rumah yang bersimen macam rumah saya :)
saya kurang menitik beratkan hal ini, walaupun mak mertua saya selalu pesan pakai selipar masa di dapur...so bila dah terkena baru saya nak take action :)...jadi kawan kawan yang rumah banyak kawasan bersemen jomla kita pakai kasut :)..

6. Jangan minum air ais, terutamanya pada kawan kawan yang tgh sakit macam saya, minum air panas

7. Elakkan bangun dari tidur dan terus bergerak...pengalaman saya sangat perit untuk bangun pagi, sangat tajam sakitnya pada setiap gerakan, memang air mata mencurah curah setiap pagi...setelah seminggu saya telah belajar dari pengalaman, sedar dari tidur , buat regangan kaki dulu ..dalam keadaan baring tarik kaki macam bersela, biar betul betul regang...dan kemudia pusingkan badan macam meniarap...saya memang rasa lega regangan macam ni, dan mengurangkan sakit saya untuk bangun pagi sekurang kurangnya saya tak mengalir air mata :). Sekali lagi saya minta anak anak baik saya untuk buat demo :) , moga membantu rakan rakan yang senasib dengan saya.

(gambar ni pun saya letak kemudian yer )

8. Akhir sekali think positive :)...suami saya pesankan ini pada saya...cakap kat diri sendiri saya nak sembuh...saya nak sembuh..
sebelum ni bila sakit saya banyak kata " Ya Allah sakitnya"...tapi sekarang saya dah tukar " Alhamdullilah ya Allah sakitnya"...saya nak salurkan sebanyak mungkin cas cas positif pada saraf saya, moga Allah tolong saya. Allah beri saya sakit baru seminggu saya rasa sangat tertekan , fikir balik rakan rakan saya yang diuji lebih lama bagaimanalah perasaan mereka...sakit saraf sangat sakit, siapa yang pernah merasa tahulah macammana, nak minta tolong orang pun kita tak tahu nak minta tolong macammana

saya kongsikan sikit lagi, contohnya anda tersilap posisi ketika mahu berbaring, sakkittt sangat , dan anda tak mampu nak gerakkan kaki untuk hilangkan rasa sakit sebab setiap gerakan adalah sakit walaupun hanya menarik nafas (dasyatkan, tapi tulah yg saya rasa, tarik nafas panjang pun sakit saraf kaki tu ) jadi anda minta tolong suami , tapi suami nak ubah kedudukan kaki anda tu macammana?..sebab suami nak gerakkan pun akan memberi rasa tersangat sakit....jadi berdasarkan pengalaman yang sangat sikit ini saya kongsikan....

suami perlu mengubah kedudukan kaki kita sipesakit secara serentak dan menyeluruh, contohnya pegang kedua dua belah kaki di bahagian atas (area pinggul ) dan bahagain bawah (area betis)..dan angkat dengan serentak..baru ok..faham tak...ok takper, kalau anda pesakit saraf mungkin anda dapat faham sedikit sebanyak apa yang saya kongsikan :)

ini adalah perkongsian kalau anda sakit saraf pinggul ke kaki, kalau saraf tulang belakang atau saraf bahagian lain saya tak tahu...moga Allah mudahkan urusan rakan rakan yang ada masalah saraf...dan kongsikanlah sakit dan cara anda merawat untuk bantu orang lain dapatkan info...

Terus terang saya katakan seminggu ni saya memang mencari info tapi tak banyak perkongsian dari pesakit saraf sendiri...semoga apa yang saya kongsikan ini memberi maklumat pada anda, saya tidak terus berjumpa Dr kerana sebelum sebelum ini saya menghadapi masalah sama setiap kali prengnant dan Dr tidak dapat memberi rawatan direct sebab pregnant. untuk makluman kawan kawan saya mengalami masalah saraf setiap kali pregnant dan level sakit nya adalah berbeza beza untuk setiap pregnancy. Sakit ini akan hilang terus setelah bersalin. Jadi Dr hanya sarankan saya menjaga posisi badan, dan menjaga pemakanan.....tidak mencadangkan sebarang ubat seperti pain killer kerana saya mengandung.

Semoga sedikit perkongsian ini membantu terutamanya kawan kawan yg tengah pregnant dan mengalami masalah saraf di sekitar sciatic nerve.

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi;
Puan Norlin
SMS 013-9270211
FB: Amir Izzani Norlin




Friday, 28 March 2014

Cara mengurut sciatica nerve







Cara mengurut untuk mengurangkan sakit bahagian ini saya jumpa di blog sitik. 
credit to : https://sitik.wordpress.com/2011/03/22/urutan-terapi-bagi-kaki-belakang-sciatica/

sabar sakit saraf hanya ujian kecil

saya menulis sambil menangis...
sudah seminggu laptop saya di atas katil sebab saya buat bisnes online kecil kecilan so handle sambil baring...rasa macam tak tahu nak cari penyelesaian macammana...

sakit saya ni tajam, silap posisi memang rasa perit sangat..meniarap paling selamat dari rasa sakit...
anak yang kecil Umar pulak tak faham apa lagi, bila nampak saya baring mulalah dia nak naik atas belakang

terima kasih buat suami sebab tolong saya, semalam suami saya bawa 2 orang anak kami, haikal dan yousuff ke tempat kerja, suami tak ada kelas semalam so oklah anak anak ikut...sebab saya tak dapat nak handle anak anak di rumah, biasalah budak budak ada masa bergaduh berebut, tumpahkan makanan minuman, so saya terpaksa bekerja kemas sebab dah teruk sangat kalau nak biarkan...dan sakit semakin teruk bila bergerak...

hari ni suami saya just bawak yousuff tinggalkan haikal dan umar, ok sikit la...cuma umar yang kecil tak faham bila mama kata sakit dia lagi nak main kuda kuda pula dengan kita :)

bila kedudukan tak kena, sakittt sgt kat saraf kaki...apa yang saya buat untuk lega adalah (mungkin kalau ada yang alami macam saya boleh cuba)

: cuba untuk berada dalam keadaan meniarap..bila meniarap terus rasa hilang sakit tu.

: kalau baring telentang, untuk hilangkan rasa sakit, angkat kaki dan rapatkan tapak kaki ke dada macam bersela..regangan pada pangkal paha ni boleh hilangkan rasa sakit.

: Elakkan duduk di kerusi sebab , posisi duduk paling menyebabkan sakit. Kalau terpaksa duduk, contohnya di toilet ...cuba ampu pinggul kiri (saya sakit saraf di pinggul kiri) dengan tangan (buat macam penunbuk), so saraf tu akan tertekan, dan saya berjaya kurangkan sakit dengan cara ni.

Selalunya di rumah, dalam seminggu ni, bila tak sakit saya cepat cepat buat kerja, dan bila ada rasa sikit sikit nak sakit terus pergi baring di katil posisi meniarap atau telentang tapi buat regangan kaki...kalau lambat ke katil untuk baring, alamatnya mengalir air mata la nak berjalan sampai ke katil...

duduk sangat sangat bahaya

dan bila sakit saya tak tahu nak minta tolong macammana dari suami atau anak..sebab hanya saya yang tahu gerakan mana yang menyebabkan sakit...kalau suami nak tolong saya mesti buat gaya tangan stop sebab saya takut lagi sakit...cuma harapkan sokongan moral, dan harap suami dan anak anak boleh handle benda yg kecil kecil sendiri...macam nak buat susu anak, saya berterima kasih sangat kalau suami tolong...atau nak minum pagi, kalau boleh buat sendiri alangkah baiknya terutamanya masa saya tgh sakit...tolong angkat pinggan ke dapur, tolong buang sampah, tolong bawakan anak kecil ke toilet...semua yang mudah mudah tu kalau suami dapat tolong saya sangat rasa lega, terima kasih abang...mungkin ni hikmahnya, supaya abang berlatih jaga anak untuk anak ke empat kita nanti...


                                                Boleh hubungi saya untuk berkongsi maklumat  ;

Puan Norlin

FB: Amir Izzani Norlin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...