Thursday, 6 January 2011

berita gembira ...haikal dan yousuf dapat sepupu baru


alhamdullilah selamat adik ipar saya Aimi melahirkan bayi lelaki petang tadi...
saya memang rasa seronok sangat,,,memang sejak beberapa hari ni saya asyik teringat kat aimi...teringat catatan pertama nazli masa mula mula tahu aimi mengandung....alhamdullilah 9 bulan berakhir...selamat semuanya...

saya dapattahu aimi dah bersalin bila terbaca dari fb adik saya nabilah...
terus call nazli, ayah dan nabilah...bertanya khabar dan ucapkan tahniah...
semasa call nazli, nazli tgh on the way balik rumah dari hospital...nazli sempat bercerita pasal aimi dan anak....

alhamdullilah selamat semua...melahirkan anak sulung pasti pengalaman baru dan paling bermakna buat aimi dan nazli, walaupun perit dan sakit bersalin...semuany akan bertukar tersangat indah bila mendengar tangisan anak ....
malam ni saya tak dapat tidur...fikiran saya teringat pada aimi yang berseoranagn di hospital....aimi bersalin di hospital alor setar, tidak dibenarkan sesiapa menjaga di waktu malam....kasihannya....mungkin situasi ini sama seperti di jepun...tidak dibenarkan sesiapa menjaga, tapi saya rasa sayu kerana saya tahu susah dan letih ibu yang baru lepas melahirkan....
semoga aimi sihat dan boleh cepat pulang....kata nazli mungkin esok dah boleh balik...

saya melihat foto Muhammad Irfan, nama baby nazli dan aimi di facebook...saya tersangatlah happy...sangat comel dan putihnya....moga irfan jadi anak yang soleh...

sebenarnya saya masih teringatkan adik ipar saya aimi....kata nazli, dia berasa agak cuak juga semasa proses melahirkan...padahal nazli memang biasa menyambut bayi, tapi bila time isteri sendiri...rasa gementar dan cuak tetap ada walaupun bukan nazli sendiri yang sambut...

saya berharap agar adik saya dapat jadi suami dan ayah yang baik...melihat sendiri pengorbanan isteri melahirkan anak, sakit....semuanya tertanggung oleh si isteri...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...tapi demi suami tersayang, anak yang dikandung...segala sakit di telan demi melahirkan anak yang selama ni 9 bulan dikandung....hanya Allah yang tahu betapa besar pengorbanan isteri...

nazli akan dapat cuti 7 hari sempena dapat baby baru....7 hari harapnya bukannlah untuk sekadar cuti...nasihat kakak untuk nazli...gunakanlah 7 hari tu untuk bekerja dan oncall untuk isteri tersayang, ....walaupun mungkin dianggap kekok dan jangkal seorang lelaki menyalin pampers, membuat susu, mandikan bayi....tapi semua tu boleh dilakukan kalau ada kemahuan....apalah sangat semuatu jika dibandingkan sakit si isteri...bukan mahu di bandingkan, tapi itulah cara untuk membuat kita berfikir untuk melakukankannya....buatlah semua urusan baby, bantulah isteri walaupun untuk mencapai tisu di meja....sebab kakak faham, ibu yang baru lepas bersalin lemah dan amat mengharapkan bantuan bantuan ringan...kakak hari tu, bila abang amir bantu urut kaki..walaupun taklah sehebat mak bidan urut tapi rasa tersangat sangatlah lega, dan rasa berterima kasih sangat....nazli pun cubalah bantu isteri ..

bantulah isteri selarat yang boleh....sibukkan tujuh hari tu dengan menjaga isteri dan anak....guna betul betul masa untuk mereka...berdoa pada Allah agar aimi sihat dan anak juga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah...dan jagalah perasan isteri....jagalah perasaan keluarga isteri. kerana perasan isteri cepat terguris dalam tempoh berpantang...hormati isteri sepertimana kita juga mahu dihormati....kakak harap nazli boleh buat semua tu....guna betul betul 7 hari yang bermakna ni, sebab bila dah kerja masa tu takkan sama dengan masa cuti.....tambah kerja nazli yang memang sibuk dengan oncall dan sebagainya...

Selamat menjadi seorang ayah Nazli...dan menjadi seorang ibu buat Aimi...
kakak doakan yang terbaik buat adik adik kakak...
besar sangat harapan kakak agar nazli jaga aimi elok elok.
tahniah nazli aimi.
selamat datang Muhammad Irfan.


call nazli lagi, rupanya semalam nazli spent masa di hospital...bagusla mcm tu kakak ingat aimi keseorangan semalam...nasib baik kakitangan hospital kenal nazli sebab housementship hospital tu dulu....blh la nazli menyelit nyelit masuk,,,,hilang kerisauan kakak,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...