Thursday 27 January 2011

geram kat adik

haikal selalu geram kat adik....
kadang kadang dia sayang adik sambil ketap gigi....haikal geram sangat adik yousuf ni...gemuk sangat adik ni......
tu kadang kadang bahaya tinggalkan haikal ngan yousuff...walaupun selalu juga haikal jaga elok adik dia....
:)
semoga abnag dan adik ni membesar jadi anak soleh






vidio haikal dan yousuf

akhirnya jumpa jugak benda alah ni..papa yg simpan dlm beg papa...patutla puas cari tak jumpa....akhoirnya dapat juga upload vidio haikal dan yousuf
Masa ni Yousuff baru 2 bulan...time ni yousuff dah start keluarkan bunyi ...rasa excited sangat rasa bila Yousuff suka berbual dgn gaya dia tersendiri....renungan mata yousuff...mulut yg comel....buat mama rindu yousuff selalu....:)

Ni pula masa haikal umur 2 tahun 10 bulan....kena letak umur setiap vidio...nanti bila tgk balik bila dah besar blh la tau kan.....zikir munajat...tapi rentak zikir dah laju sgt...


satu ..kasih nan abdai
tiada tandingnya
Allah yang satu

dua...
sayang berpanjangan
membawa ke shurga kasihnya mama

tiga
lapar dan dahaga
rela berpayah
setianya papa....

(sekarang haikal dah panjangkan sikit dah lagu tu ...
tambah...)

mama kuingat dahulu menyisir rambutku
kemas selalu

papa menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu bila dewasa...




Wednesday 26 January 2011

lauk oh lauk

hihi kadang kadang ingat nak snap...kadang kadang lupa...

Ni dia ayam goreng lengkuas...ni resepi mbak nety....
bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serai dimesin halus....kemudian perapkan dengan ayam...jgn lupa bubuh garam pulak....
lepas tu rebus ayam yang diperap tu...tak perlu tambah air...air perapan tu pun dah cukup....rebus sampai kering air....pastu baru goreng....hampas hampas tu pun digoreng sama....sedap!...ni car agoreng orang indonesia..tapi tak pasti indonesia bahagian mana...

Makan ayam goreng tu dengan sambal mbak nety..dan kari jepun...memang kena!...
sambal tu diberi nama sambal mbak nety sebab dia juga yang ajarkan....lain sikit sambal ni sebab guna cili campur taucu....saya guna cili kering jepun campur taucu(dari malaysia) perasakan dengan gula sikit dan asam limau...dan saya masukkan daun limau purut(yang ni ikut cara sambal mbak seko...bubuh daun limau purut)
sedap juga sambal ni...tapi saya makan yg mbak nety buat hari tu lagi sedap...mungkin taucu tu berbeza..mbak nety guna taucu jepun...saya pula guna taucu dari malaysia...ermmm

ayam kicap bermadu...ni kegemaran haikal...tak payah goreng ayam tu...perap dengan kicap, madu sostiram, bawang putih, garam....pastu masak atas pan yang tak lekat tu....sedap!...time ni tgh tak sihat, tak mau makan yg berminyak ...tu masak benda yang tak payah goreng

Daging kambing berlada...daging kambing direbus dengan bawang putih, bunga lawang dan kayu manis.....agak agak dah lembut....masukkan ke dalam cili yang dah ditumis....sepatutnya kena tumis ngan bawang merah juga...tapi sebab dah habis bawang...say amasak guna cili jepun semata...perasakan dengan garam dan gula...dan bubuh serai sikit.....sedap.....suami saya suka sangat...tapi lepas tu pening....daging kambing kot....sapa besa masak daging kambing ..macammana nak bagi tak pening....saya selama duk jepun ni baru dua kali beli daging kambing...ada lagi ni dalam peti yang tak masak lagi...tak berani nak masak, satgi takut pening pulak.....ada cara masak khas ka untuk daging kambing?

mainan kegemaran yousuff

Yousuff buka mulut duk keluar suara geram kat mainan dia la tu.....

nilah antara mainan kegemaran yousuff...papa belikan bulan 12 hari tu...
alat mainan ni boleh keluarkan 3 jenis bunyi semasa dia berpusing...bunyi muzik, bunyi jantung dan bunyi burung....

masa hari mula mula haikal la yang terlebih suka....haikal jadikan stereng keretala...papa dah marah si abang ni...sebab takut rosak mainan adik...abang lasak sangat....
pastu haikal asyik nak buka bunyi jantung sebab dia kata tu bunyi bom....sekarang haikal dah tak minat dah main benda ni....dia pun tau kot tu mainan budak kecik....

dapat la yousuff menikmati mainan sepuasnya....yousuff memnag suka tengok benda tu pusing pusing ...mulala dia mengeluarkan suara happy dia...tangan pulak terkayuh kayuh nak capai...tapi tak pandai capai lagi....ada sekali tu yousuff ralik tengok benda tu pusing pusing sampai tertido....tapi sekali tu ja baru benda tu berjaya menidurkan yousuff...:)
terima kasih papa belikan yousuff mainan yang bestni.... :)

(mama ada rakam aksi yousuff yang seronok tengok mainan dia berpusing ...tapi tak dapat nak upload lagi ...entah ke mana mama letak benda yang nak kena sambung kat labtop ni...tak jumpa jumpa cari...hihi careless mama ni)


Sunday 23 January 2011

Kaabah

ermmm...sekali tulis...banyak banyak entry....
saya jadikan blog ini sebagai mengumpul cerita saya dan famili untuk dibaca kemudian hari....tu yang saya pakai humban ja bila free....nak tulis hari hari kadang kadang macam mood tu tak datang....hihi takpalakan...

ni pun kejadian yang berlaku minggu lepas kot...
pasal haikal lagi...

tengah duk tengok tv...tv malaysia...ada laungan azan...pastu keluar gambar kaabah...
haiakl tiba tiba bertanya pada saya dengan kuat...masa tu pun papa ada juga depan tv

"Mama, mama!...tu apa mama...tu mama?"

"OO...tu kaabah"saya jawab ringkas...

"Tok ayah dengan Tok umi pegi situ la"...haikal dengan sungguh sungguh tunjuk ke arah kaabah tu ..

saya terus bertanya pada suami...pernah tunjuk gambar kaabah atau bercerita pasal kaabah ka....sebab saya tak pernah story pun pasal kaabah kat haikal...saya cuma bagitau haikal...tok ayah tok umi gi mekah....suami saya pun tak pernah cerita apa apa...

saya dan suami agak tekejut...saya rasa gugup sekejap...adakah anak anak kecil boleh melihat sesuatu yang kita tak mampu lihat.....subhanaAllah....tiba tiba saya rasa takut dan seram...nak tidolah ...bye


kek oh kek!!

Kek milo...bagus juga resepi kek ni....lain kali boleh buat lagi...tempek resepi kat sini untuk rujukan akan datang...diambil dari SINI

Kek milo

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
1/3 sudu soda bikarbonat
1/3 cawan serbuk milo dicampur 2 sudu besar air panas ( jadikan pes)
1 biji telur
1/4 cawan minyak masak
1/3 sudu kecil sedikit coklat emulco

Caranya
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur dan gula hingga agak kembang, kemudian masukkan pes milo, coklat emulco dan minyak masak, pukul sebentar. panaskan oven 170 darjah.

2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula ataupun senduk kayu, kaup balik. alas acuan bulat dengan kertas minyak dan akhir sekali bakar selama 30 minit.

3. sejukkan atas redai dan toppingkan dengan coklat masakan atau ape jua hiasan yang anda gemari. sesuai untuk si kecil anda, selamat mencuba.


Kek Yougurt...resepi ni pun jadi...kalau ikut resepi asal , letak buah peach...tapi kat rumah ni tak ada ...saya letak mix fruit ja...pun ok jugak rasanya...teringat resepi kek nanas Mbak seko, entah kemana saya hilangkan resepinya....
ok ni resepi kek yougurt untuk rujukan sendiri next time ok!

  • ½ cawan yogurt
  • ½ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • ½ cawan minyak masak
  • buah peach (dipotong dadu)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  3. Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
  4. Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
  5. Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
  6. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.




Kek pandan...ni ada dua resepi berbeza...saya lebih suka yang potong besar besar tu...sedap....unik resepi ni sebab bubuh kelapa kering, jadi lemak lemak basah kek tu...
ni resepi kek pandan ni...buat makan pagi degan nasi goreng style kak liza....tak pernah goreng nasi guna marjerin...best juga...dan nasi goreng kak liza ni, pecahkan telur siap siap dalam nasi, kacau...pastu baru bubuh dalam kuali...tujuannya supaya nasi tu tak lekat lekat...almaklumlahlah beras jepun memang melekit sikit....bagus cara kak liza ni...kata kak lizatu cara org jepun buat nasi goreng....

Kek pandan kelapa

125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri(saya bubuh satu sudu baking powder dgn sodabikarbonat)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.

Mari membaca Haikal


...dah lama nak tulis pasal perkembangan haikal ...tapi asyik tertunda tunda...
mengimbas kenangan lalu...haikal mula menghafal lagu ABC..dan boleh menyebut ABC mengikut turutan hingga Z...pada usia 1 tahun 10 bulan....saya masih ingat lagi , saya mengajar ABC bermula dalam kereta ketika ke LAMU...pastu setiap kali naik tangga turun tangga...mesti akan sama sama baca ABC...haikal akan ikut...seronok bermain begitu ...namun pada masa itu, saya tak mengharapkan haikal untuk menghafal...dan saya tak terfikir yang haikal sesuai menghafal pada usia itu, maklumlah anak pertam atak ada pengalaman mengajar anak lagi...cuma sekadar suka suka, tak tahu nak sebut apa...jadi bacalah ABC dan haikal ikut...rupa rupanya ia terkesan pada minda sikecil haikal....saya menyedari yang haikal hafal ketika mendaki anak tangga di taman Dogo...haikal menyebut turutan ABC sampai Z...pada masa tu saya amatlah seronok kerana tak sangka...tulah antara pengalaman manis saya dengan haikal...

Bila saya dah tahu yang haikal telah menghafal , saya jadi teruja...dan ingin haikal tahu lebih lagi....saya mula memasang azam untuk haikal mengenal huruf ABC, bukan sekadar menghafal....saya gunakan konsep yang sama...bermain sambil belajar....tapi usaha saya tak berjaya...haikal tidak cenderung untuk mengenal huruf....saya masih ingat lagi...saya belikan poster ABC, haikal mengoyaknya...saya tampal di tempat yang tinggi...haikal susun bantal tinggi tinggi untuk ambik poster tu...memang tak berjaya, jadi say abiarkan saja...pada masa tu haikal lebih suka bermain mainan...bergurau, menyanyi, melompat, panjat kerusi untuk basuh pinggan dalam singki....walaupun tak mahu mengenal ABC, haikal sukakan buku...dan amat suka kalau dibacakan cerita...dan pada masa tu buku kegemeran haikal adalah Hiyoko...mama masih ingat lagi haikal :)...

dan akhirnya pada bulan lepas, pada usia 2 tahun 10 bulan...ketika makan pagi....saya letakkan tin biskut JACOB di atas meja..tin tu ada gambar orang makan biskut...haikal berminat dengan gambar tu...di amula tanya itu dan ini...dah habis gambar gambar kat tin tu yang di tanya , akhirnya haiakl beralih pada huruf J...

"Mama, mama...ni huruf Jay kan..huruf jay..macam payung".
"Betul..pandai haikal..., yang ni pulak huruf apa..."

haikal berfikir dan berjaya menyebutnya....
"wah haikal ingat dah huruf ni"....saya pun mula la seronok tanya dia perkataan perkataan besar yang lain yang tertera pada tin tu...sejak hari itu...haikal memang suka sebut huruf huruf yang dia nampak...contohnya pada kotak tisu, pada kotak makanan. pada signboard di jalan...
jadi sejak tu, aktiviti di atas kereta selain dari membebel ...haikal akan sebut huruf huruf yang dia nampak....tapi yang kelakarnya...haikal akan menyebut bermula dari kanan perkataan...contohnya JUSCO...haikal akan baca dari O dulu...lawakla anak mama ni :)

disebabkan haikal sudah boleh mengenal huruf....saya suka untuk mengajarnya mengeja...tapi nampak nya haikal tak suka belajar mengeja...hinggalah suatu hari, rancangan upin ipin terbekas dalam fikiran haikal...ada satu episod tu...upin eja AYAM...haikal asyik tiru ja...A..aa....YAM..yammm...AYAM....
pastu saya ajar haikal...kalau mama..MA..ma...MA..ma..MAMA
Haikal seronok!...dia mula berminat...
antara perkataan awal yang saya ajar adalah..MAMA, PAPA, CUCU, SUSU, KUKU, PUPU, PIPI,GIGI dan ADIK,,,namun saya tak pasti haikal mengeja atau menghafal...say abiarkan saja dia ikut mood dia...mungkin sampai masa nanti dia mula suka untuk belajar mengeja pula...

Saya juga ada mengajar haikal mengenal alif ba ta...namun sampai kini, haikal masih belum mengenal sepenuhnya....tak apalah slow slow...haikal masih berusaha menghafal surah surah awal pendek...masih belum lancar sepenuhnya....semuanya sambil main main...
bab mengaji ni saya agak risau sikit..sebab orang orang tua kata, bila budak dah dapat mulut wajib ibu bapa ajar mengaji..moga Allah mudahkan haikal mengenal alif ba ta...

Itu sahaja perkembangan haikal....
selain dari tu ...papa ada belikan haikal puzzle baru bulan 11 hari tu....kiranya haikal dah ada dua jenis puzzle....yang pertama adalah hadiah hari sukan sekolah...yg kedua yang papa beli....
haikal amat amat suka main puzzle...tapi yang tak bestnya...pandai main tapi tak pandai simpan....semalam pegi hard off haikal nampak puzzle dan minta dibeli....tapi papa mama tak mau beli lagi sebab haikal tak pandai jaga puzzle....kena pandai jaga puzzle baru boleh beli yang baru ok! :)


visa yousuf

hari jumaat lepas kami sekeluarga ke kagawa urusan visa yousuf...
saya dan suami tak tahu yang yousuf perlu membuat visa dalam tempoh dua bulan....hari selasa yang lalu, pihak imigresen call, bagitau yang yousuff dah overstay....terkejut kami..jadi kami diminta ke kagawa, dan berurusan dgn pihak imegresen di sana....
semoga semuanya dipermudahkan...

kalau ikut peraturan, sesiapa yg overstay perlu dihantar pulang segera dan tidak dibenarkan masuk Jepun dalam tempoh setaun...tapi kami bershukur kerana yousuff tidak diarahkan mengikut aturan itu....tetapi kami perlu memohon untuk mendapatkan visa, dan penyiasatan akan dijalankan oleh pihak imegresen....kalau semuanya ok...akan dapat kelulusan, kalau tak ...akan dihantar pulang dan tidak dibenarkan memasuki jepun dalam tempoh 5 tahun...kesian si kecik yousuff ni...

hampir seharian juga kami habiskan masa di imigresen kagawa...lepas dah setel semua kami berkesempatan berjumpa dengan rakan suami yg belajar di kagawa, makan udon dan borak borak...pastu bertolok pulang...tiba tiba suami saya cakap...tak jadi balik, bermalam di kagawa untuk semalam...sebab esok pun cuti sabtu...dan badan pun kurang sihat...suami, saya , haikal dan yousuf agak kurang sihat hari tu....jadi kami berehat malam tu di kagawa.....
seronok juga rasa macam pergi bercuti...

semoga urusan visa yousuff dipermudahkan....urusan passport Yousuff pun tak buat lagi...mungkin lagi 2 minggu akan ke tokyo pulak....suami saya pun dah agak kalut, byk urusan nak kena setel...dengan study, lab lagi....cabaran menjadi ibu dan ayah dalam masa study begitulah....

Ni masa time duk tunggu orang imigresen uruskan hal visa Yousuff....tengok tu Yousuff happy ja dia...abang haikal yang taku adik kena tangkap....hahaha

Sampai hotel...Yousuff seronok main depan cermin besar...haikal pulak nak berendam...mama bagi depa main air panas puas puas..kalau kat rumah sayang la air nak berendam selalu...jimat!

Haikal habiskan masa pagi dengan tengok kartun...punya khusuk tgk kartun, lembik tengkok tengkok....malam tu sedap la tido, bilik panas elok ja...tapi mama ngan papa yang tak lena sebab tak sihat...mama asyik gi toilet buang hingus, tak reti guna tisu...

Wednesday 12 January 2011

kenangan


ternampak gambar ni dlm fb nabilah...umur setahun rasanya time ni...kat rumah mok cik ye...haikal kalau balik ubang golok mesti gi cari kambing kat rumah mok cik ye, time ni dia tak reti takut lagi...

gambar makanan


ikan tai kukus...merah kan warna carot tu...first time beli carot warna merah yang panjang kurus tu...rangup dan sedap...beli kat area rumah kak liza....

isi ikan mentah dikisar halus...campur dengan bawang cincang, kelapa kering, daun kesum yang diracik, bunga kantan yang diracik, lada hitam sikit, garam, telur sebiji, dan cili hijau yang diracik)...ni resepi umi ni,,,pastu goreng.sedap...haikal ratah ja...tapi bila tergigit cili kalut cari air..makan ngan nasi panas panas sedap....

yang ni pulak kuih rekaan saya ...hihi tak la reka...sebenarnya ni macam kuih kacang hijau yang selalu jual pagi pagi kat malaysia tu...tapi kat sini susah nak cari kacang hijau...saya guna ja kacang merah yang dah siap tu....cuma campur garam sikit dan tepung satu sudu....pastu buat bulat bulat ...leperkan..celup tepung...goreng....suami saya suka sangat kuih ni...tapi mesti goreng garing dan nipis...kalau tebal, mesti suami saya complain :)...kan abangkan?


sebenarnya nak tunjukkan ...maguro goreng kicap...
beberapa minggu yg lalu ...suami saya gi beli ikan kat pasar ikan yang agak jauh dengan rumah....suami saya ada belikan seekor ikan maguro kecik...saya pun tak reti nak buat apa ikan ni...selalu org makan mentah jakan....tapi saya tak reti la nak buat makan mentah...jadi saya buat goreng kicap ja...buah kiwi tu haikal makan satu pinggan tu dia sorang...suka sgt buah kiwi...
beli banyak hari tu kat jusco, dlm 11 biji...murah 100 yen!...balik balik makan punyala masam, muda lagi patutla jual murah...setelah diperam 1 minggu...akhirnya semua buah tu manis...alhamdullilah, puas saya dan haikal makan...suami tak minat sangat buah kiwi ni...

nila rupanya ikan maguro kecik tu...penat siang ikan hari tu byk sangat ikan ...sampai sekarang ada lagi stok...murah dan segar


Donat...saya gunakan kentang dalam donat ni...rebus kentang, blandkan dengan susu...campur dalam tepung,masukkan yis yg dah diperamkan dalam air bercampur gula (air tu dah berbuih), dan marjerin, dan garam....uli....biar...pastu buat bulat bulat biar kembang jap...goreng

roti puri fith...ni gambar masa first time buat...seronok sgt sebab rasa macam dah jadi....buat lagi dan lagi...hasilnya lebih bagus...betul betul kembung sepenuhnya...yg first time ni kembang tapi macam kembang tak rata...memang sedap roti ni....tu yg suka try resepi dari fith sebab jadi ...nanti nak kena try resepi muffin fith la pulak,,

lalala...

...haikal suka nyayi lagu ni sekarang..

1 kasih nan abadi tiada tandingnya
Allah yang satu

2 sayang berpanjangan ..
membawa ke syurga...kasihnya mama

3 lapar dan dahaga..
rela berpayah ...setianya papa...

haikal suka nyanyi kat adik Yousuf pastu ayun ayun adik dalam bekas ayun tu...yang adik pulak macam faham...tersengih tersenyum tengok abang ..tapi kadang kadang abang ayun laju sangat...adik mula la riau....

kereta papa zaman muda...dah jadi milik haikal...keta control ni..haikal main elok elok...papa sayang keta tu

mama buat cheese kek ..terlebih masak atas dia...sedap.haikal suka...resepi mbak seko

adik mandi ....seejukkk..

gengam tangan sekuatnya...jenuh mama nak bukak...nak gosok daki celah tgn.....

papa tgk tv tertido..haikal makan biskut tertido

Tuesday 11 January 2011

fokus

Ya Allah ya tuhanku berikanlah kekuatan hati dan kecekalan untuk aku fokus...
ya Allah berilah rahmat dalam tiap langkah dan nafas
ya Allah bukakan pintu hatiku, terangkanlah dadaku agar lancar segala kerjaku
Ya Allah berikanlah kemudahan bagiku dengan sokongan orang orang di sekelilingku....
amin

Thursday 6 January 2011

terima kasih suamiku

saya teringat masa berpantang hari tu...suamilah yang banyak menjaga saya
terima kasih abang!

haikal time meragam....9 hari dengan papa la kan masa mama di hospital

Haikal kalau selsema batuk kena paksa pakai mask...takut berjangkit kat adik...masa ni time kena campak kot...



balik dari sekolah, haikal bawakan mama dua kuntum bunga ros merah...
"mama , papa kata ni nanti boleh masak buat sayur"...tu dia romantiknya papa....bunga ros suruh masak...posmen nya haikal la...hihihi..masa ni dalam pantang, mama ada merajuk pasal apa tah....ni kali kedua saya terima bunga dari suami ..kali pertama dulu ros pink...masa zaman MRSM taiping dulu...hihi cerita lama...ingat lagi tak abang?

Papa jaga adik yousuf....adik yousuf kecik ja time ni...sekarang dah gemuk dah pun...

papa bakar apa tu...masa pantang hari tu, papa selalu bakar ikan kat mama..ikan salmon , daging....sedap sangat dapat makan air tangan suami...


Ni dia batu tungku....selalunya papa bakar...pastu terleka...dah tutup api tapi lambat tungku...batu tu pun dah sejuk...tapi bagus jugak ...tak la sampai terbakar kain....selalunya just nice la nak tuam atas perut....lega sangat bila bertungku, terima kasih abang



Haikal yang kadang kadang caring

papa bawak balik biskut dari akita,,masa ni haikal kena campak
Gi makan epal kat ringgo gari dengan papa dan uncle dan aunty aunty...mama dan adik yousuf kat rumah tak leh berjalan lagi dalam pantang...


caring juga haikal ni...kadang kadang :)

"papa hati hati "....haikal berlari ke pintu,bila tiba tiba nampak papa meluru ke pintu untuk keluar dari rumah...
papa cepat cepat keluar tak bagitau Haikal sebab tak mau haikal ikut papa gi main badminton...
yang haikal pulak bukannya nak ikut...tapi nak wish papa hati hati...
mesti abang ingat lagikan saat tu...lin nampak muka abang tahan senyum...


sambil baring baring celah ketiak mama...adik yousuf tengah tido time tu, haikal ja belum nak tido lagi....haikal tengok mama dekat dekat ...pastu pegang bibir mama....
"mama, haikal cabut naa..."...haikal nak cabut kulit kering kat bibir...musim sejuk memang bibir kering.....
"kesian mama, sakit ni...haikal cabut sat"....
pastu haikal cakap "mama mama jilat la bibir tu baru hilang..."
"tengok haikal tak dak pun, haikal jilat tak dak la"
amboi dah tau dah cara nak hilangkan bibir kering....sapa ajar ni


adik yousuf menangis...mama riba dan cuba dodoi dodoi..
"mama adik yousuf nak susu la tu....dia tak mau tido...dia lapar la tu...bagila susu"
memang selalu suruh mama susukan adik...:)


masa mama tengah masak pagi pagi kat dapur....haikal bangun pagi mesti cari mama
satu pagi tu...haikal ambik kasut yang pakai dalam rumah..
"mama ni kasut mama ni...pakaila...sejuk ni lantai...kalau pakai barula tak sejuk"
ohh terharu mama..."terima kasih haikal"
haikal pun senyum buat thumb up... pastu mai nak calit ngan mama..haha


masa Yousuf batuk batuk hari tu....haikal datang tepi adik yousuf pastu pegang dahi adik...
"haikal nak cek sat....panas sikit ni mama...adik yousuf nak demam ni"

Semoga caring haikal semakin berkembang ....caring pada adik, mama dan papa...sayang selalu!




berita gembira ...haikal dan yousuf dapat sepupu baru


alhamdullilah selamat adik ipar saya Aimi melahirkan bayi lelaki petang tadi...
saya memang rasa seronok sangat,,,memang sejak beberapa hari ni saya asyik teringat kat aimi...teringat catatan pertama nazli masa mula mula tahu aimi mengandung....alhamdullilah 9 bulan berakhir...selamat semuanya...

saya dapattahu aimi dah bersalin bila terbaca dari fb adik saya nabilah...
terus call nazli, ayah dan nabilah...bertanya khabar dan ucapkan tahniah...
semasa call nazli, nazli tgh on the way balik rumah dari hospital...nazli sempat bercerita pasal aimi dan anak....

alhamdullilah selamat semua...melahirkan anak sulung pasti pengalaman baru dan paling bermakna buat aimi dan nazli, walaupun perit dan sakit bersalin...semuany akan bertukar tersangat indah bila mendengar tangisan anak ....
malam ni saya tak dapat tidur...fikiran saya teringat pada aimi yang berseoranagn di hospital....aimi bersalin di hospital alor setar, tidak dibenarkan sesiapa menjaga di waktu malam....kasihannya....mungkin situasi ini sama seperti di jepun...tidak dibenarkan sesiapa menjaga, tapi saya rasa sayu kerana saya tahu susah dan letih ibu yang baru lepas melahirkan....
semoga aimi sihat dan boleh cepat pulang....kata nazli mungkin esok dah boleh balik...

saya melihat foto Muhammad Irfan, nama baby nazli dan aimi di facebook...saya tersangatlah happy...sangat comel dan putihnya....moga irfan jadi anak yang soleh...

sebenarnya saya masih teringatkan adik ipar saya aimi....kata nazli, dia berasa agak cuak juga semasa proses melahirkan...padahal nazli memang biasa menyambut bayi, tapi bila time isteri sendiri...rasa gementar dan cuak tetap ada walaupun bukan nazli sendiri yang sambut...

saya berharap agar adik saya dapat jadi suami dan ayah yang baik...melihat sendiri pengorbanan isteri melahirkan anak, sakit....semuanya tertanggung oleh si isteri...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...tapi demi suami tersayang, anak yang dikandung...segala sakit di telan demi melahirkan anak yang selama ni 9 bulan dikandung....hanya Allah yang tahu betapa besar pengorbanan isteri...

nazli akan dapat cuti 7 hari sempena dapat baby baru....7 hari harapnya bukannlah untuk sekadar cuti...nasihat kakak untuk nazli...gunakanlah 7 hari tu untuk bekerja dan oncall untuk isteri tersayang, ....walaupun mungkin dianggap kekok dan jangkal seorang lelaki menyalin pampers, membuat susu, mandikan bayi....tapi semua tu boleh dilakukan kalau ada kemahuan....apalah sangat semuatu jika dibandingkan sakit si isteri...bukan mahu di bandingkan, tapi itulah cara untuk membuat kita berfikir untuk melakukankannya....buatlah semua urusan baby, bantulah isteri walaupun untuk mencapai tisu di meja....sebab kakak faham, ibu yang baru lepas bersalin lemah dan amat mengharapkan bantuan bantuan ringan...kakak hari tu, bila abang amir bantu urut kaki..walaupun taklah sehebat mak bidan urut tapi rasa tersangat sangatlah lega, dan rasa berterima kasih sangat....nazli pun cubalah bantu isteri ..

bantulah isteri selarat yang boleh....sibukkan tujuh hari tu dengan menjaga isteri dan anak....guna betul betul masa untuk mereka...berdoa pada Allah agar aimi sihat dan anak juga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah...dan jagalah perasan isteri....jagalah perasaan keluarga isteri. kerana perasan isteri cepat terguris dalam tempoh berpantang...hormati isteri sepertimana kita juga mahu dihormati....kakak harap nazli boleh buat semua tu....guna betul betul 7 hari yang bermakna ni, sebab bila dah kerja masa tu takkan sama dengan masa cuti.....tambah kerja nazli yang memang sibuk dengan oncall dan sebagainya...

Selamat menjadi seorang ayah Nazli...dan menjadi seorang ibu buat Aimi...
kakak doakan yang terbaik buat adik adik kakak...
besar sangat harapan kakak agar nazli jaga aimi elok elok.
tahniah nazli aimi.
selamat datang Muhammad Irfan.


call nazli lagi, rupanya semalam nazli spent masa di hospital...bagusla mcm tu kakak ingat aimi keseorangan semalam...nasib baik kakitangan hospital kenal nazli sebab housementship hospital tu dulu....blh la nazli menyelit nyelit masuk,,,,hilang kerisauan kakak,

Wednesday 5 January 2011

suasana pagi

haikal, yousuf dan papa sedang tidur....haikal bangun sekejap bila rasa mama tak ada di sebelah, anak sulung mama ni memang sensitif kalau mama takdak....memang dia blh tahu mama ada kat sebelah atau tak...yousuf si kecil, masih lena dalam selimut....papa pulak tak sihat hari ni, panas sikit badan....demam mungkin.

semalam yousuf tersangatlah aktif....memberi respond pada mama dgn amat baik...
lincah melonjak... eye contact yg sangat bagus...senyum dan ketawa bila diajak berbual....
semalam juga yousuf join saya dan haikal baca buku...ni kali kedua yousuf join....excited ja yousuf...macam macam bunyi keluar..abang haikal pulak suka tengok adik suka..

haikal macam biasa...aktif main, suka sangat buku atau apa apa kertas yang ada apa apa gambar...suka menyanyi lagu jepun yg sensei ajar...suka tanya macam macam, dan soalan dia mesti dijawab dgn betul....walaupun jawapan tu panjang lebar...di akan tetap setia dengar dan nak tahu...ermm budak budak memang daya nak tahu tinggi...

semalam...haikal tunjuk gambar kilat kat buku baru dia kat mama...

haikal:mama ni apa mama, mama cerita la sat (tu ayat biasa tu...semuanya mama cerita la sat)

mama:tu kilat, tanya papala...biar papa cerita, mama tgh jaga adik ni...(sebenarnya mama tak reti cerita pasal kilat....tak ingat dah macammana kilat terjadi time tu...tu yg suruh papatu..kalau pasal katak , rama rama..benda benda semulajadi ni mama taula..hihi)

bawak buku kat papa, papa tengah makan kat meja makan...mama kat ruang tamu ja...dekat ..blh dengar cerita papa...papa memang suka melawak sikit, cerita yang nak bagi tergelak ja....saya pulak jenis yang betul betul nak cerita kalau haikal tanya...hihi...

mama: abang cerita la betul betul kilat tu apa....dia tak faham dulu takpa, nanti bila dia dengar banyak kali dia faham....sebab apa yang kita cerita memang masuk otak dia terus tu....

papa pun mula la story pasal kilat.....fuih papa memang pakar bab bab kilat ni...punyala saintifik papa cerita...cas positif la negatif la...guna perkataan perkataan saintific habis...tergelak saya...hihi papa papa (mentang mentang mama suruh cerita betul betul...memang betul betul sungguh papa cerita..ternganga haikal).... haikal tekun mendengar....ayat last papa
papa: pastu jadila kilat..(sambil buat bunyi kilat)

pastu dalam buku tu ada tunjuk gambar kartun,,apa yang perlu dibuat bila ada kilat....kena masuk rumah cepat, tutup payung.....haikal nak tahu yg tu pulak...bila bab ni mula la saya mencelah...hihi yang ni mama tau la....
pastu bila tany abalik apa tu kilat haikal....hahaha lawak sangat rasa...haikal hanya boleh cerita bunyi kilat pastu cerita yang lari masuk rumah semua tu...segala cas positif negatif perlanggaran semua tak dak dah....okla tu haikal...

yang bestnya, hari ni haikal bawakan buku tu lagi tunjuk kat saya...suruh saya cerita pasal kilat....saya cerita yang biasa jela...haikal buat muka tak puas hati

haikal: bukan mama...cerita yg ni...(sambil tunjuk kat buku bahgaian bawah kilat...pastu tunjuk kat atas pulak)....

mama: yela kilat ni bahaya haikal..kena lari masuk rumah kalau ada kilat...tak boleh main kat luar

haikal: ha la mama....mama cerita la yg ni....positif tu...yang tu tu..(sambil tunjuk kat buku tu)...dah nak nangis dah dia bila saya tak dapat cerita apa yang dia nak dengar....

mama: oo haikal nak tau yang cas positif semua tu ka...(dalam hati, tak sangka haikal ingat)
haikal angguk.mama pun mula la story....ingat sikit sikit apa yang papa cerita semalam...
barulah haikal puas hati....

tula anak anak....otak depa ingat apa yang kita cerita...walaupun tak faham hari pertama...tapi masih nak tahu...dan sentiasa minta diulang...mama kena rajin baca buku la lepasni...untuk memberi jawapan yang betul,

sayang haikal dan yousuf...




Tuesday 4 January 2011

cuti akhir tahun


dalam masa cuti hari tu ...byk juga aktiviti ...
yg paling best adalah pergi tgk yuki...best sangat...indahnya pemandangan subhanaAllah.....
betullah kata bidalan...tiada lukisan secantik pemandangan....cantik walaupun diselubungi warna putih...

sampai kat tempat yuki tu...saya ragu ragu nak turun atau sekadar memerhati dari dalam kereta, saya pada awalnya bimbangkan yousuf....saya tunggu dlm kereta dalam 15 minit, susukan yousuf sepuasnya, salin pampers...baru saya turun....nampaknya yousuf ok...saya peluk erat yousuf, dan nampak yousuf mcm nak tidur...akhirnya,
yousuf tidur ja dalam dakapan...0 Celsius ...okla kan, dibalut balut , yousuf tidur ja...saya cuba pegang kaki dan tgn yousuf ..ok tak sejuk...so kiranya yousuf harapnya ok....alhamdullilah, yousuf tak demam...kalau yousuf demam, sayala yg harus dipersalahkan...alhamdullilah selamat.

:) sepanjang di tempat yuki...haikallah yg paling happy...haikal asyik nak makan yuki...tak larat mama papa marah tetap nak mkn yuki...haikal kata sedap manis....adui haikal haikal..
byk juga gambar gambar yg disnap....buat kenangan.

kami tak lama di situ, bila nampak cuaca agak mendung dan salji yg mulai turun agak lebat, kami cepat cepat ready untuk pulang....seronok jln ramai ramaini...famili kak liza, famili mbak netty, famili mahmood, famili laith...dan bersama yasir dan rein...3 buah kereta semuanya..
saya agak bimbang ketika perjalanan turun dari kawasan tinggi tu, suami bawak slow ja, sebab jalan licin...dalam hati saya berdoa biarla selamat.....saya ni penakut sikit kalau saya tahu tu bahaya...alhamdullilah selamat...

kemudian kami ke rumah kak liza...bawa makanan sorang sikit dan berkelah di rumah kak liza....
saya bawakan kari jepun, ikan kering dan cheese kek....seronok mkn ramai ramai..terima kasih kak liza, mkn minum solat semua rmh kak liza...hihi mesti penat kak liza, tetamu penuh rumah , tambah tambah ada baby kat dalam perut....

tu je cerita yuki...cerita beli belah ujung tahunpun best..sales byk sgt ...seronok cuci mata...
suami saya cakap dulu suami saya kalau nak beli apa apa tunggu hujung tahun ...harga murah...
jadi sempena sales hujung tahun kali ni saya beli baju tidur dan baju tangan panjang(harga asal 4000 yen jadi 1000yen...murah sgtkan)...suami pun beli baju dan seluar, yousuf saya belikan baju baru untuk dia dua helai...hihi baju yousuf tak belipun sebelum ni, semua org bagi (rezeki rezeki..)...ni kira baju baru untuk yousufla...dan yg paling best yousuf dapat mainan baby yg boleh pusing pusing keluar muzik tu...seronak sangat yousuf!...haikal pun seronok jugak, sampai rumah dia yg excited terlebih...zaman haikal dulu mana ada mainan macam tu, mama bagi main anak kambing ja kat malaysia kan ..haha....untuk haikal papa beli buku dan mainan thomas...thanks papa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...