Wednesday 7 September 2011

di kyoto

sejak hari selasa kami sekeluarga berada di kyoto...sekarang haikal dan yousuff sedang nyenyak tido di bilik hotel, papa sedang ikuti conference...kami just habiskan masa di dalam bilik...gara gara tertinggal stroller, agak terbatas pergerakan saya...kalau tak, bolehla saya melangkah jauh sikit pusing pusing area sini dengan haikal dan yousuff masa papa berconference....tanpa stroller, nak mendukung yousuff yg semakin berat dan memimpin haikal yang cergas berlari sana sini...agak bahaya dan meletihkan...

semalam kami makan di kedai Iran (SHANDIZ)...bersama aishah dan suaminya (suami dia kawan papa)..dan juga bersama seorang pensyarah dari Indonesia (kawan pada mbak intan)...sedap juga makanan Iran tu...tapi agak mahal....kami berjalan kaki, yousuff papa yang dukung dan saya memimpin haikal....kemudian kami naik keretapi....dan berjalan sikit lagi untuk sampai ke kedai tu....

Kyoto sebuah bandar lama, tidak terlalu sibuk seperti osaka...banyak kuil kuil lama yang cantik cantik, ada taman yng menarik dan cantik juga di sini...mungkin hari Jumaat ni baru boleh melawat sekitar kyoto...

cuaca.....pelik sikit....haikal dan yousuff terus selsema, patutnya sekarang masih panas, tapi kami sejuk ....memang tutup aircon ....saya pulak,entah kenapa rasa tak sedap badan, rasa tekak tak best loya ..tu yang kami rest ja kat bilik....

yousuff dah bangun

2 comments:

Xiet_Enigma said...

Oh, saya rindu pada keyoto.... bandar yg tak sesak.... dan cantik

norlin said...

betul betul..kalau musim luruh memang best rasanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...