Friday, 9 September 2011

melawat kyoto

tadi kami sempat jalan jalan di 3 buah temple...temple pertama adalah Kinkakuji temple...temple ni bersadur emas...sangatlah cantik pemandangan taman dalam sekitar temple tu...kalau musim luruh mesti best tersangat sangat...pokok pokok dijaga rapi, cantik dan indah sangat...tapi haikal pulak buat hal...baru start jalan dah mengadu nak kencing, jenuh saya mencari toilet, rupanya tak ada toilet dalam kawasan temple tu,,,diluar pintu temple baru ada toilet....saya pun cepat cepatla ikut laluan dalam kawasan temple tu sampai ke penghujung taman, pak guard kat pintu keluar tunjukkan arah toilet, jauh lagi...alhamdullilah selamat haikal lepaskan hajat....

pastu kami nak masuk balik kedalam taman ikut pintu keluar...pakcik guard tu tak bagi masuk kot pintu tu, suruh masuk kot pintu masuk....entah arah mana pulak dah la jauh.....lepas cakap kat pak guard tu yg saya tak tahu jalan dan cakap tiket ada dengan papa kat dalam ..pak guard tu pun bagi kami masuk tu pun lepas bincang dengan bos dia...pelik betulla orang jepun ni skima sungguh...bukan susah pun...takpalah....memang orang jepun macam tu...

kesimpulannya...saya kagum jugak sebab demi menjaga kesucian dan kebersihan kawasan temple , mungkin toilet tak didirikan dalam taman yang agak luas tu...dan lain kali haikal mesti diingatkan untuk ke toilet sebelum masuk ke kawasan yang mungkin susah nak cari toilet....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...