beberapa hari yg lepas saya menonton cerita ni di internet youtube...entah kenapa hari tu saya teringin nak tgk cerita benar yang sedih...saya terjumpa cerita ni
menceritakan kisah seekor anjing yang bernama Hachi....dipelihara dari kecil oleh Parker....
Hachi amat rapat dengan Parker, setiap hari Hachi akan temankan Parker ke station keretapi untuk ke tempat kerja....dan pada setaip petang, hachi akan setia menunggu tuannya walaupun hujan, salji...Hachi akan setia tungu tuannya pulang di stesen keretapi...hinggalah pada suatu hari Parker meninggal dunia di tempat kerja, Hachi setia menunggu.....sedih dan saya menitiskan air mata untuk Hachi....saya berfikir betapa setianya Hachi...saya syorkan cerita ini ditonton.
saya menonton cerita tu hingga habis...dan pada akhir cerita, di tulis cerita asal anjing bernama Hachi ini adalah dari cerita Jepun ...
Hachi dilahirkan pada 1923, dan dipelihara oleh Dr Eisaburo Ueno...pada 1925 Dr Eisaburo Ueno meninggal dunia, dan Hachi terus menunggu tuanya pulang dari kerja sehingga 9 tahun tahun berikutnya hingga ke akhir hayat......
saya berminat untuk menonton kisah sebenar Hachi...dan alhamdullilah ada di Youtube....
Hachiko Monogatari
cerita ini saya tonton bersama haikal dan suami.....jalan ceritanya agak slow jika dibandingkan dengan cerita pertama, cerita pertama lebih dramatis...namun perjalanan kisah sebenar terasa lebih dekat kami...
kami hayati cerita ini hingga habis.....cerita ini terasa hampir dengan kami , kerana ia melibatkan station keretapi shibuya...kami pernah ke stesen keretapi shibuya ketika urusan passport yousuff dulu....kami pernah bergambar di dataran shibuya....dan kami boleh bandingkan keadaan dataran itu pada tahun 1925 dan sekarang.....masih terasa suasananya....keretapi hijau dlm cerita itu masih ada di dataran shibuya, dijadikan muzium kecil...lingkaran bulat tempat hachi menunggu tuannya juga masih ada cuma sudah berubah rekaannya....itu yg tergambar lagi dlm ingatan saya
semalam suami saya ke Tokyo seorang diri untuk ambil passport yg baru direnew....suami call dan beritahu dataran shibuya yg menjadi lokasi Hachi menunggu tuannya dinamakan Dataran Hachi, patutla ada patung anjing.....itu rupanya kisah sebenar dataran yg amat sibuk tu...
Buat Hachi....kesetian seekor anjing terbukti...moga kisah kesetian ini mengajar sesuatu pada semua yg menontonnya...terima kasih Hachi...
No comments:
Post a Comment