Thursday, 30 June 2011

adab adab orang melayu

lepas makan malam tadi...saya dan haikal sembang sembang...haikal suruh saya beri situasi dan dia akan cadangkan penyelesaian....kami memang sellau main macam tu...

contohnya

situasi 1
haikal sedang jalan jalan tiba tiba terdengar bunyi kucing dari dalam longkang...haikal nak buat apa (situasi ini diceritakan dalam nada yg menarik, hihi mamakan pandai bercerita...terlopong haikal ...tu yang dia suka dengar...hihi)

penyelesaian...
macam macam yang haikal akan jawab.....dia akan jawab dengan sungguh sungguh dan berfikir jalan yg terbaik untuk selamatkan kucing tu....

****************************************************
tapi tadi saya dah boring nak beri situasi kat haikal....jadi saya ajak haikal sembang sembang pasal adab orang melayu....saya tak pernah tekankan kat haikal pasal adab adab orang melayu sebelum ni, kecuali amalan bersalam bila berjumpa orang..tu pun tak la saya tekankan sangat...ermm lepas ni mama akan cuba sellau ingatkan haikal dan yousuff amalan amalan ni...

jadi tadi saya berikan contoh ketika berkunjung ke rumah orang....saya beri contoh berkunjung ke rumah makcik syhtah dan ayah we....excited haikal dengar nama makcik shytah dan ayah we...dia memang suka gi rumah ayah we...haikal haikal...

ok haikal dan yousuff...mama tuliskan sikit kat sini supaya haikal dan yousuff bila besar nanti kalau terbaca blog mama ni, ingatla kita orang melayu dididik untuk menjaga adab....adab susila mesti dijaga

* beri salam bila berjumpa...beri salam bila berkunjung ke rumah orang, 3x cukuplah beri salam, kalau pintu tak dibuka lagi...balikla...mungkin tuan rumah ada hal....

* salam , kalau dengan orang yang lebih tua...cium tangan...sambil tu tanya "apa khabar"

* Duduk elok elok, jangan lari sana sini (untuk haikal yang tak duduk diam)

* Bila lalu depan orang kena bongkokkan badan , minta izin lalu (yang ni haikal paling suka belajar, siap buat latihan lagi cara tundukkan badan....hihi...dasyat betul mama tak pernah ajar haikal sebelum ni....first time mama ajar benda ni kat haikal....belum terlewat lagi, alhamdullilah)

*Bila dihidangkan minuman dan makanan, tunggu tuan rumah jemput makan baru makan....makan elok elok jangan bagi tumpah (haikal selalu tumpahkan makanan...gambatte haikal, mama tau haikal tak sengaja...tapi haikal dah makin besar kena berlatih jadi lebih bagus ok...yousuff pun tau, makan comey comey ok)

* Puji makanan yang dijamu...baru seronok tuan rumah penat penat sediakan makanan... ( haikal pun menambah maklumat...mama!, kalau sebelum mkn kata oishiso!...selepas makan kata oishikatta!)....hihi pandai anak mamani..betulla tu haikal...budaya orang jepun suka memuji makanan yang dijamu...walaupun air kosong....

itu ja tadi yang sempat saya ceritakan pada haikal dan yousuff...yousuff pun dengar sama cerita saya, dan seronok tengok telatah abang haikal yang lakonkan aksi berkunjung ke rumah orang....malam ni aktiviti yg best jugakkan...sayang haikal dan yousuff!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...