Thursday 2 June 2011

yousuff semakin bulat

yousuff memang suka makan sekarang ni...apa saja yang disuap mesti yousuff akan makan...
makanan harian yousuff adalah nasi yang dicampur ayam dan carot atau sayur hijau....bubuh bawang sikit....nasi jepun senang nak hancurkan, tak macam beras siam yang perlu direbus lama..jadi penyediaan makanan yousuff agak senang...alhamdullilah...

haikal...masih makan bersuap..kalau dia makan sendiri memang tak habis atau mungkin satu dua suap ja....agak kalut juga bila time makan,,,yousuff disuap, haikal pun disuap..nasib baik papa tak disuap jugak, kalau tak mama kena tambah tangan satu lagi....hihi

ermm...tula sekarang ni berazam nak ajar haikal makan sendiri...kalau kat sekolah boleh pulak haikal makan sendiri...kalau haikal dah mahu makan sendiri dengan sempurna, senang la sikit mama.....boleh tumpu adik yousuff sorang time makan.....sebab kalau nak suap yousuff sebelum atau selepas makan satu famili macam tak boleh...sebabnya yousuff pun nak makan kalau nampak satu famili makan...so memang kena makan bersama sama....especially makan pagi...

gambatte haikal...mama dah tahu sekarang apa yang haikal suka makan pada umur 3 tahun ni....kari jepun, ayam goreng, ikan goreng, sup carot, brokoli , salad kentang campur timun jepun dan jeli....tu antara makanan yang haikal paling suka....kalau yg lain haikal makan juga, tapi memang semuanya harus disuap untuk habiskan sepinggan nasi....

moga Adam Haikal dan Ahmed Yousuff terus membesar dengan cemerlang dunia akhirat

1 comment:

Ummu Amin said...

Baru tengok yousuff thru skype semalam. yousuff mmg bulat sungguh...kaki dia pun besar juga. Moga haikal n yousuff membesar dengan sihat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...