Monday 27 June 2011

perkembangan hafazan haikal : Surah Al -Fiil

beberapa hari yang lepas...haikal dah mula menghafal surah Al Fiil setelah berjaya ingat surah Al-Humazah...lambat sikit haikal hafal surah Al-Humazah tu, puncanya...sebab mama yang tak tekankan sebab sibuk dengan benda lain..saya terfikir, anak anak kecik yang berjaya hafal surah surah tu mesti atas usaha berterusan ibu bapa jugakkan...kalau ibu bapa stop mesti anak pun stop...kecuali kalau depa dah besar dan tahu displin sendiri....sama la macam haikal ni...mama stop , dia pun stopla...cuma kadang kadang bila terdengar kita baca dalam solat, dia pun ikut baca...so untuk jadi amalan hafalan setiap hari memang mama pun kena baca tiap tiap hari....

surah Al -Fiil ni rasanya surah yang paling haikal berminat...sebab menceritakan tentang gajah, burung ababil...haikal memang asyik tanya dan tanya macam macam tentang surah ni....saya pun takla tahu sangat...saya cakap kat haikal, mama pun tak tahu sangat cerita sebenar, jom kita cari dalam internet....
saya buka youtube dan terdapat beberapa cerita tentang surah ni..ada yg sesuai dan ada yang tidak, sebenarnya saya pun tak pasti betulka ilusi ilusi cerita tentang kisah tentera bergajah yang mahu merobohkan kota kaabah....ada dua kisah bebeza....
haikal pun perasan perbezaan cerita ....papa balik nanti kita tanya ok haikal

antara yg keluar dari mulut haikal...yang meragukan fikiran dia..ayat sama duk ulang banyak banyak kali,nak kepastian mama yang tak berapa nak tahu ni.....

"Oh mama, gajah tu tak mati mama...orang jahat ja yang mati..."
"Burung tu bukan lontar mama, tapi dia lepas batu tu ja...bukan lontar.."
"Burung kecik ja sebenarnya, bukan burung besar....kecikja burung tu tapi hebat...kan mama"
"Kaabah warna hitam...bukan macam batu"

nanti kita tanya papa ok haikal...

ok ni terjemahan surah Al-Fiil

1.Tidakkah engaku mengetahui bagaimana tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera(yang dipimpin oleh pembawa gajah), yang hendak meruntuhkan kaabah)?

2.Bukankah tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang merugikan dan memusnahkan mereka?

3.Dan Ia telah menghantarkan mereka (rombongan ) burung berpasuk pasuk

. yang melontar mereka dengan batu batu dari sejenis tanah yang dibakar keras

5. Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun daun kayu yang dimakan ulat.


moga haikal berjaya hafal surah ni...

1 comment:

Diyana said...

norlin, sgt baik penulisan norlin.. bestnya Haikal dh dapat baca byk surah.. sy pun akan start jugak.. ikut jejak langkah Norlin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...